Hikayat sepohon Azadirachta indica yang mendiami Suicide Park

[KISAH BIMBO YANG CERDIK]

January 30, 2012

Bakal boikot

Sebaik sahaja juara AJL 26 diumumkan, Encik Stateskop yakni suami aku terus bangun dan menutup suis televisyen.


Pesanan kami,

kepada Yuna, toksah masuk juara lagu la, buang masa je. Pi balik L.A., target MTV Awards mahupun Grammys.

Loque pun.

Faizal Tahir boleh cuba lagi.

Edry sila bawa Jac Victor ke luar Malaysia
.

January 28, 2012

Pesanan berbunyi macam kurang sopan

Erm.

Ni aku nak cakap la kan.
Nak buat statement (kenyataan). Bukan nak publisiti atau publisitu.


Erm.

Kalau torso pendek, kan....erm...erm...(well I think most Malaysians pun torso pendek)

buruk ah ambik gambar topless.

Serius buruk.


Tak, bukan nak galakkan mana-mana lelaki mahupun perempuan bertorso tak pendek (macam aku) bergambar topless.


Tapi yang suka ambik gambar topless tu biasanya buruk
.

January 21, 2012

Bookgasm



Sweet. Yummeh!
.

January 18, 2012

Bohong tanpa niat

Yang sebenarnya.
Bohong lah lelaki itu jika dia mengatakan dia suka pada wanita yang tahu apa yang dimahukan.

'A woman who knows what she wants'.


Don't get me wrong, lelaki itu mungkin, diulang- munggin tidak berniat membohongi.
Dia sangka dia suka wanita seperti itu.

Seksi, mungkin.
Intriguing.
Tampak yakin.

Ye lah, kerana low self-esteem adalah agak off-putting buat lelaki.


Hakikatnya, setelah lama bersama (lama itu subjektif - lebih 6 bulan sudah dikira lama agaknya zaman sekarang ni), lelaki tak mahu perempuan yang tahu apa dia mahu.
Lebih-lebih lagi setelah berkahwin dan tinggal serumah. Suami isteri duduk berasingan mungkin lain cerita.

Ya, perempuan yang tahu apa yang dimahukan dilihat appealing jika dia adalah teman wanita. Atau lebih baik, perempuan yang belum dimiliki.

Tapi setelah dimiliki,
lelaki bukan mahu 'a woman who knows what she wants', tapi mereka mahu 'a woman who wants what he wants'.

Or better yet, 'a woman who wants to give what he wants'.

Oh kamonlah, buat lelaki Asia terutamanya apa yang diperlukan dari seorang isteri adalah sifat submissive dan 'a woman who knows what she wants' sangatlah tidak submissive.


Susah kot, kalau perempuan tu ada goal sendiri.
Nak kerja apa, kerja di mana, tinggal di mana, anak berapa, beranak umur berapa.

The thing is, kalau perempuan itu sudah biasa independent, memanglah akan ada goal sendiri.
Lainlah kau kahwini seorang budak perempuan berumur 18 tahun yang tak lulus SPM.
Yang itu pun, mungkin ada goal sendiri (seperti mau jadi tukang jahit) tapi tak sedetermine dan adamant lulusan universiti.
Ok well kalau dia tak educated pun kalau adamant nak jadi usahawan (seperti jutawan kosmetik) apa kau boleh buat?


Maaf lah aku reveal berita buruk.

Ini cuma teori aku. Manusia ada macam-macam jenis.
Aku tak kata semua lelaki macam itu. Ada juga yang fleksibel.

But then again, ini apa yang aku nampak, kisah di sekeliling aku.
Lelaki mau perempuan cerdik, tapi bila perempuan itu berkeras mau apa yang dia mau (atau tak mau apa yang dia tak mau), tiada gunanya.


Apa kata kau?
Salahkan kerajaan kerana bangunkan negara dan benarkan perempuan dapat education?


Maaf, sekali lagi kalau entri ini mengganggu ketenteraman awam
.




January 09, 2012

"Merokok memey sedak"


Everyone let's report this video as inappropriate for promoting cigarette smoking.
We can also report this to the Ministry of Health and have this singer banned.

Oqeh yes I know it's a euphemism for.......something else
.

Kenapakah aku baru tahu tentang Baucer Buku 1 Malaysia RM200?

Baiklah, esok aku pergi ambik baucer,

lepas tu pergi serang MPH atau Borders atau KK,

lepas tu borong buku Amir Muhamad dan Neil Gaiman hardback version,

lepas tu pergi daftar pemilih,

bulan 3 undi BN
.

January 08, 2012

Tentang 3 Sekawan

Roti Ahmad merupakan sekeping roti Melayu.
Beliau bersekolah di SRK Taman Melawati 2.

Di sekolah, Roti Ahmad bersahabat dengan Roti Ah Meng. Roti Ah Meng merupakan roti Cina.
Ah Meng dikenali dengan kepandaiannya dalam subjek matematik walaupun malas mandi pagi.

Roti Ah Meng pula bersahabat dengan Roti Muthu, iaitu roti Benggali.
Roti Muthu pula pandai berpantun dan menggunakan deodorant.

Mereka berkawan baik, sama sedarjah.
Berkawan, belajar, main bersama.

Hei hei hei, hei hei hei.

Tiga roti sekawan
.