December 24, 2008

Warkah Buat S.C.

Pintu 372,
Suicide Park.
Dec 24 2008





Ke hadapan Uncle Santa Claws yang kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia.
Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Bagaimana cuaca di kutub Utara? Kompas di sana menunjukkan arah ke mana?


Apa-apapun tujuan saya menulis surat ini adalah untuk, erm, untuk...
alah, macam tak tahu pula. Faham-faham sendiri lah.


Pada tahun ini saya berkelakuan baik. Benar, ianya benar wahai Uncle Claws.

Saya tidak lagi mengecewakan mana-mana lelaki (kecuali beberapa orang itu dan ia bukan salah saya kerana mereka tahu saya ada teman lelaki).
Saya juga sudah belajar bangun awal pagi dan mengemas bilik setiap hari.
Saya juga belajar memasak. Saya juga sudah potong kuku. Saya juga sudah cukur ketiak.

Oleh itu, saya ingin meminta hadiah ikhlas dari hati Uncle.



Saya mahu susuk tubuh seperti ini


Kalau tak boleh, saya mahu kulit yang licin dan warna sekata seperti beliau.

[Bagi aku, warna kulit yang gelap tapi rata adalah lebih cantik daripada kulit cerah tapi spotty macam aku. Siriyesli, kau tengok la perempuan Melayu pun contohnya Dayang Nurfaizah dan Leez AF. I think they're piping hot, man! OK, I mean they have nice lovely skin.

Ok, Encik Penyangak, aku minta maaf kalau kacau kau punya market ke apa. Jangan risau, lelaki Malaysia tak ramai yang taste macam kau]

Kalau hadiah tu tak boleh jugak, bagi La Senza je lah. Apa lah Uncle ni kemut sangat.

Oh ya, malam ini saya biarkan tingkap sedikit terbuka kerana apartment tiada serombong asap. Apa kelas serombong asap, orang pakai heater la. Saya buka tingkap sikit je, takut masuk nyamuk, pandai-pandai la kuak sendiri.

Tak payah letak hadiah dalam stokin. Stokin yang tergantung tu baru basuh, sedang dijemur. Kang tak pasal-pasal longgar stokin saya Uncle sumbat Si Nicole. Saya nak kulit macam dia, bukan nak dia.

OKlah, saya sudah buka tingkap, jemur stokin, gosok gigi. Sekarang mahu tidur. Nanti datang tak payah kejutkan saya, datang senyap-senyap ya, Uncle.

Babai.

P/S: Kalau Uncle nak tumpang solat Isya' sejadah ada kat ruang tamu. Jangan malu-malu, solat 5 waktu tu wajib.

Yang and Dangerous,

Anoneemus™

12 suicidal thought(s):

Pewaris Reformasi said...

haha, kau nakal!

amirnazrin said...

uikss...nak tulis surat pada doraemon jugaklah..spender dah gantung tu.tak kering lagi..

Tuan Caracol said...

agaknya dia parking kat mana?

Hotak~Kappa~City~Rendah said...

Yang and dengerous?

damn, tang tu mmg teknikal kelakar!

Pously Naie said...

Cukur ketiak. Kalau aku cukur ketiak mesti dua tiga hari lepas tu mula gatal yang teramat sangat.

Btw, I had an idea to draw Santa 'Claws' since it's Christmas suma, then I came to your blog, I actually did earlier when you already posted this entry, only to realize that idea came up, mesti sebab I read your blog tadi.

So I will be drawing Santa Claws later kot. And thanks you for inspiring me! Yay!

NeEM™ of Suicide Park said...

PR.
Yeah, I've been naughty all my life.

Amir.
Jemur dlm rumah mmg la kepam.

Tuan.
Parking kat parking lot.genius kan neem?

Happa ntah nama pjg sgt.
Aww...klakarnya...

Naie.
Klu gatal kena buat apa?pakai aftershave kat ketiak? eh nanti dah lukis send la kat neem.

durian said...

sejadah disediakan..bagus.. lagi bagus dari sediakan susu dan biskut. boleh la santa jamak ta'khir kat rumah kau neem.

alhamdulillah.

Pously Naie said...

Dah email dah!

amoi chantek said...

hahaha.. kelakar glew!!

NeEM™ of Suicide Park said...

Durian.
Susu n bizkut mestilah aku mangan dulu.

Naie.
OK thanx.

Amoi.
Err..hye leng lui, u single lagi kah?

amer zaman said...

dah dapat la ni?


err...td kat youtube tu u ker?

NeEM™ of Suicide Park said...

Ha'ah. yg kat MTV pun neem jugak.