[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
December 26, 2008
Entri Terima Kasih Yang Patutnya Dah Lama Post: Makan Makanan Halal Tapi Macam Haram
Phat: tulh..aiman nk iftar sblm solat..tp aku ckp kat die,30minjer utk mkn
Phat: pastu nk kene cri surau
Phat: tu yg aku mintk gak die tny org kedai tu blh ke x dtg lmbt skit
NeEM da rookie Slayer: yea betul tu
NeEM da rookie Slayer: 30 minit maknanya seringgit utk seminit makan
NeEM da rookie Slayer: mana cukup!
NeEM da rookie Slayer: lagi2 perut stokin mcm neem
Phat: haha
Phat: ko nmpkjer kecik
Phat: makan mcm haram
NeEM da rookie Slayer: Eh mana ada neem makan yg haram
Phat: Makan mcm haram, bukan makan makanan haram!
NeEM da rookie Slayer: Makan mcm halal la.
Encik Phat sejak dulu lagi risau tengok aku makan. Dia cakap
“Aku tengok badan kau kecik, aku risau tak muat nanti kau muntah”
Beliau juga pernah menghasilkan teori di mana lelaki-lelaki yang kecewa dengan aku telah bomohkan aku, maka aku takkan gemuk walaupun makan banyak.
Aku rasa itu hanya logik untuk suami yang sayang isteri tapi tak mahu beristeri gemuk.
Ataupun tak mampu biaya kos program pelansingan isteri.
…
Hari sebelumnya, aku dapat sms berbunyi bising. [?]
Eh, maksud aku sms berbunyi begini;
‘Neem, sila datang iftar Studio. Anda akan ditaja oleh Anak Bongsu Encik Kildong…wajib…melainkan ada urusan keluarga’
Mulanya aku tak mahu pergi kerana pokai. Hati mahu pergi juga kerana boleh jumpa budak-budak studio yang hensem dan cun kesemuanya. They are very good in organizing events, too.
Oleh kerana ada yang mahu sponsor, aku terharu(join) jugalah.
Walaupun sebenarnya aku ada iftar bersama keluarga di Desa Haras.
p/s: I love you my adik bongsu! Lupa nak ucap terima kasih
.
December 24, 2008
Warkah Buat S.C.
Ke hadapan Uncle Santa Claws yang kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia.
Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
Bagaimana cuaca di kutub Utara? Kompas di sana menunjukkan arah ke mana?
Apa-apapun tujuan saya menulis surat ini adalah untuk, erm, untuk...
alah, macam tak tahu pula. Faham-faham sendiri lah.
Pada tahun ini saya berkelakuan baik. Benar, ianya benar wahai Uncle Claws.
Saya tidak lagi mengecewakan mana-mana lelaki (kecuali beberapa orang itu dan ia bukan salah saya kerana mereka tahu saya ada teman lelaki).
Saya juga sudah belajar bangun awal pagi dan mengemas bilik setiap hari.
Saya juga belajar memasak. Saya juga sudah potong kuku. Saya juga sudah cukur ketiak.
Oleh itu, saya ingin meminta hadiah ikhlas dari hati Uncle.
Saya mahu susuk tubuh seperti ini

Kalau tak boleh, saya mahu kulit yang licin dan warna sekata seperti beliau.
[Bagi aku, warna kulit yang gelap tapi rata adalah lebih cantik daripada kulit cerah tapi spotty macam aku. Siriyesli, kau tengok la perempuan Melayu pun contohnya Dayang Nurfaizah dan Leez AF. I think they're piping hot, man! OK, I mean they have nice lovely skin.
Ok, Encik Penyangak, aku minta maaf kalau kacau kau punya market ke apa. Jangan risau, lelaki Malaysia tak ramai yang taste macam kau]
Kalau hadiah tu tak boleh jugak, bagi La Senza je lah. Apa lah Uncle ni kemut sangat.
Oh ya, malam ini saya biarkan tingkap sedikit terbuka kerana apartment tiada serombong asap. Apa kelas serombong asap, orang pakai heater la. Saya buka tingkap sikit je, takut masuk nyamuk, pandai-pandai la kuak sendiri.
Tak payah letak hadiah dalam stokin. Stokin yang tergantung tu baru basuh, sedang dijemur. Kang tak pasal-pasal longgar stokin saya Uncle sumbat Si Nicole. Saya nak kulit macam dia, bukan nak dia.
OKlah, saya sudah buka tingkap, jemur stokin, gosok gigi. Sekarang mahu tidur. Nanti datang tak payah kejutkan saya, datang senyap-senyap ya, Uncle.
Babai.
P/S: Kalau Uncle nak tumpang solat Isya' sejadah ada kat ruang tamu. Jangan malu-malu, solat 5 waktu tu wajib.
Yang and Dangerous,
Anoneemus™
December 23, 2008
If life is so short
"Kalau saya marah-marah sekarang, kelak bila kamu tiada saya akan rasa pedih yang amat."
Waktu yang aku ada untuk menyenangkan hati ibubapa juga amat singkat. Aku tak punya banyak waktu.
Hidup di dunia ini singkat. Mati itu pasti. Untuk semua orang.
I just want to love.
Aku rasa pengajaran dari pemergian atuk aku sudah cukup untuk buat aku mengerti.
Walaupun itu bukan kali pertama aku kehilangan orang tersayang, tapi kali ini aku benar-benar merasai yang aku telah mensia-siakan masa.
Yang dulu pun aku kesal tidak mendakapnya semasa kali terakhir bertemu.
Sementara masih hidup, tunjukkan kasih sayang. Ketepikan ego.
Let us spread the love.
***
There were hours that just went on for days
When alone at last we'd count up all the chances
That were lost to us forever
But you were history with the slamming of the door
And I made myself so strong again somehow
And I never wasted any of my time on you since then
If you forgive me all this
If I forgive you all that
We forgive and forget
And it's all coming back to me
Kamu mungkin tidak perasan tapi lirik lagu ini agak sayu.
***
Let's spread the love, people
.
December 21, 2008
Jujur lagi Ikhlas
Aku memang suka tolong orang,
Aku memang ada nurturance need yang tinggi,
Kawan-kawan suka cerita masalah pada aku.
Tapi kalau aku tak jawab waktu kau telefon, mungkin aku sedang sibuk, mungkin bateri sudah mau mati, mungkin aku kena tonsilitis tiada suara, atau aku baru cabut gigi ada kapas seketul dalam mulut.
Kalau kau baru telefon 2 kali dalam masa 3 jam jangan cakap aku tak pernah jawab telefon. Kau tak pernah ke sibuk melebihi 5 jam? Esok tak boleh cuba lagi ke?
Perangai macam kau lah orang Melayu tak boleh buat sales, tak boleh kerja marketing.
Lagipun macam lah kau tak tahu aku student, kalau kelas berderet-deret memang lah aku tak boleh angkat telefon satu pagi takkan itu pun tak faham?
Kalau aku tak balas pesanan teks kau, aku mungkin sibuk atau tiada kredit. Aku kan student, kamu yang tiap-tiap bulan dapat gaji kalau aku tak balas sms kalau tak puas hati telefon aje lah. Senang bukan?
Kalau kau tak cukup kredit nak call kenapa kau tak boleh faham aku pun guna prabayar X Pax maka logiklah kredit aku sudah tamat tempoh walaupun masih berbaki RM9.90 tunai. Tak percaya sila tanya perempuan simpanan Celcom. Aku nak shoot(miskol) pun tak lepas.
Jangan fikir bukan-bukan.
Jangan tuduh bukan-bukan.
yang penting,
Jangan cakap aku penipu.
Bila aku kesempitan wang, aku jarang tambah nilai kredit prabayar Celcom
dan
aku sedikit tertekan.
Faham
?
December 18, 2008
Jauh ke Dekat ke, Dia ada bersama kita.
Bukan, bukan yang selalu rasa. Ini yang jarang dirasai.
Kadang-kadang sudah sembahyang pun masih rasa jauh.
Jauh dari rahmatNya, itu satu hal. Ini macam jauh dari hati.
Macam apa yang aku rasa sekarang.
Bila aku rasa macam tu, aku gelabah dalam lebih kurang 3 minit. Lepas tu aku tak buat apa-apa.
Patut pun tiada improvement.
'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri.'
Bukan setakat hafal makna, ayat sebenar pun aku hafal hasil penyeruan berkali-kali dari ustaz waktu tingkatan 1 dulu. Surah Ar-Rad ayat 11 bukan?
Tapi kalau kau tanya aku, Quran ni bukan untuk dihafal sahaja. Quran ini untuk dikaji maksud dan diamalkan perintah dan dijauhi larangan di dalam kandungannya. Sekarang dah banyak cetakan mungkin kau tak perlu hafal semua macam zaman dahulu?
Ya, tau takpe. Hafal saja tapi tak amal apa guna?
Mukjizat al-Quran ni banyak, tapi kalau jadi johan Akademi Al-Quran pun kalau tak amal isi kandungan apa barang?
Betul lah kata-kata yang selalu aku dengar dan baca, kalau diri tak tak ingat Tuhan, kau tak perlu lah tertanya-tanya kenapa doa tak ma'bul.
Harijadi aku ke 17, ada seorang kawan memberi aku hadiah, yang dicoretkan di tepinya,
'Kalau kita melupakan Tuhan, Tuhan juga akan 'melupakan' kita.'
Aku bubuh quotation mark kerana mana mungkin Tuhan melupakan, cuma buat-buat lupa aja.
Bila kau rasa jauh dari Tuhan kau pun mesti risau macam aku, bukan?
Abu Darda' pernah berkata,
'One of the indicators of a person’s understanding is when he knows whether his iman increases or decreases'.
Untuk aku mentafsir kata-kata di atas agaklah ralat, tapi aku fikir macam ni,
kalau seseorang boleh merasai jauh-dekat dari Tuhan itu menunjukkan dia ada kemahuan mendekatkan diri kepada Tuhan kerana dia faham betapa dia memerlukan Tuhan hatta di dunia ini.
Lebih baik aku hidup tak tenang supaya aku berusaha mencari ketenangan dengan cuba mendekatiNya, daripada aku hidup senang dan bahagia tanpa rasa perlu mengadu kepada Tuhan.
Tapi, fikir-fikir balik, mana ada kita jauh dari Tuhan. Kerana Tuhan tak pernah jauh dari kita.
Bila-bila masa pun kau boleh contact Tuhan, cuma bila senang kita lupa. Takde kredit ke, takde bateri ke, kau masih boleh contact Tuhan.
Kepada yang suka mengeluh, macam aku.. Err...aku whining kut?
Aaa...apa kata kita tukar mengeluh tu jadi komunikasi dengan Tuhan?
Contohnya, kalau lapar, bagitahu pada Tuhan yang kau lapar. Kalau bosan, kau bagitahu pada Tuhan. Biar jadi tabiat.
Sebab bila kau selalu komunikasi dengan Tuhan kau akan mengingatkan diri kau supaya lebih ingat Tuhan.
Aku nak tulis panjang-panjang pun tak cukup ilmu. Aku share apa yang aku fikir ajelah.
Kalau ada salah sila betulkan
.
December 16, 2008
Perisik Persendirian
Rupa-rupanya, jika ada kenduri kahwin di kejiranan aku,
Semua rumah jiran secara automatik menjadi rumah terbuka.
Ini kerana kawan Cikgu Yusuf dan Cikgu Ani juga merupakan kawan Cikgu Wahid, Cikgu Mat, Cikgu Ida, Cikgu Romlah dan cikgu cikgi lain.
Padahal ibubapa aku bukan tinggal di kuarters guru atau yang setanding dengannya.
Tapi para guru dan pensyarah pakat-pakat beli tanah lot di kejiranan aku.
Semalam anak jiran aku kahwin.
Maka ramai orang datang rumah aku. Datang rumah dan mula bertanya-tanya tentang aku dan kakak. Ibubapa aku ringan mulut mahu cerita biodata lengkap.
Ini adalah menakutkan.
Kerana semua kakak aku sudah berkali-kali dirisik orang. Aku pun tak tahu kenapa ramai orang mahu berbisankan ibubapa aku.
Ini adalah menakutkan.
Semalam anak Cikgu Yusuf kahwin.
Rupa-rupanya, jika ada kenduri kahwin di rumah Cikgu Yusuf, secara automatik rumah Cikgu Wahid, Cikgu Mat, Cikgu Ida, Cikgu Romlah dan cikgu cikgi lain semua menjadi rumah terbuka.
Ini adalah menakutkan
.
December 15, 2008
Sepatu
Seorang wartawan berbangsa Iraq, menurut CNN, telah dimasukkan ke dalam penjara kerana melontar seekor anjing dengan sepasang kasutnya.
December 14, 2008
Bukti bahawa aku benar-benar sibuk
Visual tak relevan. Yang penting, suara.
Suara!
Macam bayi. Bayi darjah 3.
.
.
Aku sibuk, dan
aku lupa password YouTube.
Boleh kasi kamu punya
?
December 11, 2008
Blogger. Fancy one?
Ya, aku tau kau malas mahu baca. Sebab kau memang malas membaca.
Kau nak aku cerita post tu pasal apa ke? Aku rajin je nak cerita.
Tapi sama je nanti kau kena baca kat sini juga.
Haha...aku saja je nak suruh kau rajin membaca.
OK, ok...
Sarah cakap dia takkan fancy blogger...adalah sebab-sebabnya.
Aku pun.
Eh?
Aku pun. Aku pun rasa macam tu.
Aku pun rasa blogger macam tu.
dan aku cuma minat bergaul dengan blogger as online friends.
Kiranya what's online should stay online.
Tapi waktu aku berkenalan dengan Encik Stateskop aku tak tahu dia blogger. Dia pun tak tahu aku blogger (blogger kutuk lelaki pula tu!).
Ini bukan cinta blogosfera, sila jot down. Eh, maksud aku sila take note.
Kami berkenalan di KLCC, bukan di alam siber. Sudah kenal baru tahu masing-masing ada blog bahasa Melayu yang lahir di zaman sama.
Aku pernah baca blog dia sebelum itu tapi aku tak tahu dia siapa. I mean, who cares?
Aku baca blog bukan sebab aku kenal blogger tu, aku baca sebab apa yang ditulis.
Aku bukan kenal pun Amir Hafizi tapi aku suka baca.
Aku kenal je kawan-kawan aku tapi aku tak minat nak baca walaupun aku suka mereka.
Kesimpulannya, blog cuma alter ego seseorang. Kau baca blog orang itu kau tak akan dapat agak personalitinya bagaimana. So jangan perasan kau kenal sangat blogger otai tu macam mana.
Blog aku pula mungkin tak best, tapi aku tahu aku sebenarnya best je.
dan,
sekali lagi,
aku setuju dengan Sarah.
Blogger tu macam perasan best dan semua dia nak menang.
Macam aku.
Thus, I would never fancy a blogger.
Heh.
Blogger
blog beliau akan terabai
mungkin lama tak update
mungkin tak reply komen.
Bosan kan?
Padan muka.
Ni aku pun tengah sibuk juga.
Nak jaga anak orang yang berkhatan, satu hal.
Anak buah aku balik kampung, ni nak jaga anak arnab pulak dah.
Macam Pinky and The Brain, asyik lari je. Walaupun mereka akan balik semula, aku risau nanti diserang haiwan lain yang memang duk dengki arnab tu jelita. Kura-kura pun nak balas dendam sebab kalah lumba. Mereka lebih selamat di dalam kurungan walaupun macam poyo kurung anak orang. Eh, anak haiwan.
Apabila seseorang blogger itu terlibat dengan projek penulisan lain seperti projek buku, ataupun projek-projek bukan penulisan,
blog beliau akan terabai
mungkin lama tak update
mungkin tak reply komen.
Bosan kan?
Tahapahapatah blogger ni
.
December 10, 2008
Notion
mereka ada tak dikunjungi satu perasaan tak sedap hati?
Instinct, kau panggil.
Intuition?
Prophecy?
Aku selalu ada perasaan begitu, sebelum berlaku bencana
atau kemalangan, mahupun sebelum terserempak dengan seseorang aku biasa teringatkannya.
Aku rasa, semua orang begitu.
Cuma kita yang biasa tak menghiraukannya.
Aku selalu kata pada diri sendiri, jangan fikir bukan-bukan.
Kemudian ia benar-benar berlaku.
Jumaat lalu, aku dapat bayangan (vision) seseorang atau sesuatu tergelincir.
Aku pun berjaga-jaga sepanjang hari, periksa lantai kalau-kalau ada benda licin, betulkan karpet, alih kerusi. Tak senang duduk juga lah risau ahli keluarga aku tergelincir. Kerana vision itu berulang kali datang.
Lalu aku beritahu Encik Stateskop kerana sebelum ini aku tak pernah beritahu sesiapa. Maka, aku fikir, mungkin kalau aku beritahu seseorang kemalangan itu tidak berlaku.
Rupa-rupanya bukan setakat orang yang tergelincir.
Tanah, rumah, kereta, jalan, semuanya tergelincir.
Alhamdulillah tiada ahli keluarga terlibat.
Cuma masih berdoa keadaan tidak bertambah buruk
.
December 08, 2008
Erm...Eh malulah nak tanya!
mallluu....
Oh ya, kita warning dulu. Entri ini tidak sesuai untuk bacaan golongan homofobik.
Jangan baca. Pergi masuk syurga. (Tak berani nak tulis pergi mati)
Aaa..ni nak tanya..
Ehem,
Korang pernah tak...erm..erm..
tengok gambar makhluk sejantina dengan korang...
yang cute...
pastu rasa berdebar...
Hik hik...
Ya, masih berdebar.
Damn
.
December 05, 2008
Rahsuah Jiwa (Juga dikenali dengan nama Rahsuah Seks untuk pasangan berkahwin). Ooops!
Kerana aku tiada kepakaran tersebut.
Sarah tu memang, dasar perempuan cerdik menarik da bom selalu post benda yang aku nak baca. Huh.
Ehem.
Kalau dulu, aku ada cara sendiri.
Aku tak akan banyak tanya. Aku tanya sekali dua, kalau dia tak mahu cerita, aku faham lah. Mungkin tak tahu menyusun kata, mungkin tiada mood, mungkin sakit tekak, atau mungkin sekadar ego testostron merajai testis.
Kemudian, aku tunggu sebentar. Kalau masih tak mau cakap, aku pura-pura beredar.
Bukan pergi jauh, cuma sekadar pindah kerusi atau duduk di balkoni. Janji masih dalam satu bilik dan ruang yang sama, supaya aku boleh nampak dia dan dia boleh nampak aku. Janji dia tahu aku masih di situ.
Lagipun kalau-kalau dia mahu mendatangi aku, tak perlu mencari-cari.
Kuncinya, aku diam. Dan bergerak jauh sikit pura-pura ignore.
Well, pura-pura saja lah. Mana mungkin NeEM nak ignore seorang yang dia ambil berat walaupun lelaki itu hanya classmate dan bukan teman lelaki.
Masalahnya, aku tak boleh guna cara yang sama dengan Encik Stateskop.
Beliau tiada di depan mata. Aku cukup bebal bab mahu pujuk dalam telefon.
Inilah penangan hubungan jarak kosta merah. Ya, jarak jauh. Maaf.
Sudah lah aku yang selalu buat hal, mahu pujuk tak reti pula.
Waktu tu lah aku rasa Encik Stateskop merupakan lelaki hampir paling malang di dunia sebab dapat aku. Hampir, bukan yang paling malang. Sebab aku seksi. Ingat tu.
Nak pujuk perempuan jauh lebih senang. Alah, setakat Aston Martin sebijik mesti dia senyum punya lah! Woohooo!
Anyway, aku kasihan lah yang amat terhadap Encik Stateskop itu.
Lagipun, dengan dia aku tak boleh pura-pura ignore. Ignore terus lagi tak boleh rupa-rupanya. Beliau tak suka. Aku kena pujuk juga. Dalam telefon pula tu. Sukarno. Eh? Sukarnya.
Kalau depan-depan boleh la nak buat peek-a-boo ke, peek-a-boob ke (Boobswatch la, boob orang lain punya, jgn fikir lain pula).
Tak pun aku try muncung ke…mana lah tau kut-kut jadi. Tak pun bagi sedas dua.
Sedas dua apa? Haa..yang tu …ikut suka korang la nak fikir apa pun.
Dalam telefon aku patutnya kena buat-buat cool kan? tapi biasanya aku gabra sangat sampai menangis last-last dia yang pujuk aku.
Tak boleh harap punya perempuan seksi lagi sensasi! Harap comel je lebih.
Buat lawak?
Ni nak bagitau, memang la kadang-kadang aku boleh buat orang gelak. Tapi jujurnya waktu aku buat korang gelak tu, aku bukan berniat nak berlawak. Kawan-kawan sekelas tahu lah, mereka selalu cakap aku berlawak tapi muka serius sampai mereka takut mahu gelak.
Memang la muka aku serius sebab aku tak berniat nak buat kelakar! Cumanya pemikiran aku ni kelakar bagi orang lain, tu yang korang gelihati! Ada orang tak gelak pun. Pointnya ialah, aku tak reti buat lawak. Aku tak pandai buat orang gelak dengan sengaja.
Biasanya orang gelak sebab NeEM bersin, atau melatah, atau tersusil.
Bukan sengaja.
Tang loyar buruk tu, aku bukan sengaja setkan dalam kepala untuk loyar buruk. Dah memang kepala otak aku sentiasa berfantasi yang pelik-pelik. Orang lain yang interpretasikan sebagai loyar buruk ataupun lawak.
Kalau aku pun tengah risau mana ada idea nak buat lawak. Nabil pun belum tentu boleh buat lawak kat tunang dia kalau tengah risau.
Di situ, sekali lagi meletakkan Encik Stateskop sebagai hampir malang sebab dapat aku. Tapi takdelah malang sangat sebab sekurang-kurangnya aku pandai goreng telur mata lembu separuh masak. Dan buka tin kari lembu Yeo’s.
Buat dia horny?
Yang ni lagi la aku tak reti. Memang la aku seksi semulajadi, tapi nama pun semulajadi. Nak buat orang horny mana aku reti? Kalau kau horny pun bukan sebab aku sengaja. Dah memang kau senang turn on.
Kan dulu aku cakap, walaupun aku seksi mungkin aku sebenarnya frigid dengan lelaki. Lagipun aku ada low self-esteem, rasa disgust dengan diri sendiri bagaimana mahu goda orang?
Dan aku cukup sedih kalau aku dah cuba tapi end up kena marah sebab tak berjaya. Diulang, dimarahi kerana tak berjaya.
Kalau kena marah sebab dia bad mood dan aku cakap tak kena tempat takpe,
Kalau kena marah sebab aku banyak soal takpe,
Kalau kena marah tanpa sebab takpe lagi kut.
Kena marah sebab gagal pujuk itu aku paling sedih kut.
Jangan tanya kenapa. Sedih, OK?
Rasa tak guna. Rasa worthless. Kata low self-esteem.
Habis tu, apa nasihat kalian untuk aku demi masa depan aku dan Encik Stateskop yang gemilang lagi terbilang sebelum ada ikatan sah di sisi syara’ ini?
Dah kahwin, lain cerita. Banyak cara boleh explore dengan gagah berani.
Sila bantu dengan tenang.
"Ina harap, Abang boleh bantu Ina. Untuk kali ni je, boleh kan Bang?"
Lagu bekgraun: Sayang menyayang...teneneneng...saling percaya...
Kalau tekun lagi spesifik sila emailkan penyertaan anda ke sparenish_ice@yahoo.com kerana komen-komen di sini boleh dibaca oleh Encik Stateskop. Malulah saya. Uiks uiks…Aww...
Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan perasmian.
Trimas.
Yang I dah balik,
Anoneemus™
.
December 04, 2008
Ruang Waktu dan Bilik Ruang. Eh? Ke Kildong?
Pensyarah aku tulis di papan putih.
Aku, tidak teragak-agak untuk menjawab. “Ya, pasti.”
Kedengaran tawa kecil dari beberapa pelajar.
Bagi aku, cuma 2 perkara yang diperlukan untuk hidup senang di dunia.
Duit dan masa.
Kasih sayang? Tak perlu untuk peringkat ini.
Kalau aku ada duit dan masa, pasti ramai yang akan sayang aku. Kalau aku tiada masa untuk spend untuk orang lain, siapa mahu sayang aku sedangkan aku tak pedulikan mereka? Contohnya aku dan teman lelaki.
Kalau aku tak mampu guna hamfon tak mungkin aku ada Encik Stateskop sekarang ini. Tanpa masa untuk bersms dan kredit kira-kira RM30 seminggu, tak mungkin kami berhubungan.
Kalau aku tiada kredit untuk balas smsnya kami tak akan berkenalan. Kalau aku tiada masa untuk bersembang dengannya kami tidak akan bersama sekarang ini.
Kau dah tonton The Pursuit of Happyness?
Setebal mana pun kasih sayang terhadap anak, duit harus dicari. Perut anak takkan kenyang dengan kasih sayang.Masa untuk bermesra dengan anak perlu diluangkan.
Disebabkan masalah kewangan, suami isteri bergaduh. Ibubapa jadi lebih garang terhadap anak-anak kerana tekanan.
Mungkin kau kata, ramai orang kaya tak bahagia pun?
Faktor masa itu memainkan peranan. Duit banyak tapi hidup terkejar-kejar adalah kerugian.
Masa.
Kalau ada masa lebih, boleh digunakan untuk menjana wang. Kerja sambilan misalnya. Tiada masa untuk kerja lebih, tiadalah wang lebih.
Kalau duit berjuta pun, andai tiada masa untuk menikmati tak guna juga.
Ada keahlian spa terkemuka, tiada masa untuk itu.
Ada gimnasium peribadi, tiada masa untuk bersenam.
Ada kolam renang di rumah, tiada masa untuk berenang.
Membazir saja.
Kalau aku sedih, wang boleh buat aku gembira. Wang juga boleh buat keluarga aku lebih gembira untuk mengadap muka masing-masing. Wang boleh mengeratkan perhubungan bila kami tak perlu risau duit tambang dan minyak untuk menziarah atau bil telefon untuk menghubungi setiap hari.
Masalah kesempitan wang buat aku tertekan, dan jauh dari orang lain. Aku tiada duit untuk pergi travel bersama rakan-rakan, tambah nilai kredit untuk menelefon kawan-kawan dan keluarga, jauh sekali untuk membelikan hadiah atau kek harijadi mereka.
Kalau aku ada duit, aku tak susahkan sesiapa. Tiada siapa perlu bergaduh kerana aku. Contohnya siapa kena hantar aku ke airport. Kalau aku ada duit aku naik teksi apa susah?
Kalau semua orang cukup duit, tak perlu bergaduh tentang harta pusaka. Tak perlu adik-beradik bermasam muka.
Wang bukan segalanya, tapi kau mahu buat apa-apa pun perlukan wang juga.
Dan masa untuk menikmati hasilnya. Kalau kau hidup bahagia, kau akan menarik orang lain untuk mendekati kamu. Itu formulanya.
Dan, seorang balu pernah pesan pada aku, orang perempuan perlu berdikari dan ada duit sendiri. Bila suami kau meninggal atau ada perempuan lain kau tak perlu risau hal duit. Kau sudah terlalu sedih dengan malapetaka, tak perlu tambah dengan masalah sumber kewangan pula.
Kalau kau ada duit, kau boleh bayar perkhidmatan kaunseling yang terbaik, dan retail therapy dan melancong dan rawatan spa itu semua membantu; dengan syarat kau ada masa untuk diri sendiri.
Kalau bercerai pun, kalau kau banyak duit senang dapat hak penjagaan anak.
Persediaan itu perlu.
December 02, 2008
Kari Lembu Moo
maka sudah sedia maklum, orang lain yang memasak di rumahnya.
Malam itu.
"Ni lauk apa ni?" tanya semua orang. Semua orang tanya.
"Kari lembu."
NeEM menjawab dengan tenang.
"Sapa masak?"
"Saya."
Jawab NeEM lagi, masih. Tenang.
"Patut pun rasa semacam."
Ha'ah. Kari lembu Yeo's memang masin sket.
Kari ayam jenama ayam (Ayam Brand) OK juga.
Kari kambing aku belum rasa.
Bila ibu sibuk menguruskan perihal jenazah bapanya,
maka sudah sedia maklum, masakan lain yang ada di rumahnya
.

