January 14, 2009

Keluar Pakatan. Masuk Pekatan. Kacau hingga sebati. Siap.

Dolu-dolu....

Aku selalu fikir, kenapa orang Islam tak mahu laksana hudud? Hudud tu susah atau tak relevan?
Atau tak sesuai dengan negara berakyat majmuk? Atau tak sesuai dengan zaman sekarang?

Aku tanya pada orang berilmu.

Kata mereka, hukum agama itu datang dari Allah. Pasti pencipta yang Maha Mengetahui menetapkan hukum yang boleh digunakan sepanjang zaman.

Aku tak faham sangat, tapi aku anggap, mungkin macam waktu solat.
Zaman dahulu mereka tengok bayang-bayang untuk mengetahui masuknya waktu solat. Sekarang kita tengok jam, berpandukan jadual waktu solat yang dikeluarkan jabatan agama. Sah juga solatnya bukan?

Kiranya, hukum Tuhan boleh lah disesuaikan dengan zaman sekarang. Aku yakin dengan pimpinan Islam Hadhari. Pasti boleh menghadharikan hukum hudud.

Itu apa yang aku cakap tanpa penyelidikan dan ilmu.
Kiranya, waktu dulu aku cuma hairan kenapa orang Islam tak mahu hukum hudud langsung. Aku tak hairan orang bukan Islam bangkang dengan keras, kerana mereka takut dijatuhkan hukuman yang tidak berperikemanusiaan.



Itu dulu.

Sekarang aku fikir sebaliknya. Aku sudah faham kenapa orang Islam tak mahu hudud dilaksanakan. Ia adalah kerana hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam, maka logiklah orang Islam di bumi Malaysia menolak hudud.

Kau bayangkan, berapa orang yang akan kena sebat kerana berzina? Ibubapa kepada penzina pun tak mahu anak mereka disebat. Walaupun mereka tak halang anak mereka berzina.

Kau bayangkan, berapa orang yang mencuri walaupun secara subtle seperti korupsi, akan dipotong tangan? Well, kau yakin ke pakcik dan menantu kau tak korup?
Kalau salahguna kuasa, kena buang negeri kut?


Fahamlah aku mengapa orang Islam tak mahu hudud. Kalau aku berzina pun aku tak mahu.
Walaupun ada orang tu cakap aku berzina pada Maal Hijrah eve. Kalau begitu akulah rakyat Malaysia pertama yang berzina di ruang makan restoran stimbot pada pukul 5 petang. Di khalayak ramai pula tu.




Sekarang ni pula aku hairan kenapa orang bukan Islam, contohnya orang ternama DAP yang tak mahu hudud. Maksud aku, bukankah hukum hudud tidak dikenakan pada orang bukan Islam? Bukan kah orang bukan Islam hanya dikenakan takzir?

Atau aku yang jahil?

Apa-apapun, aku tak salahkan orang bukan Islam. Mereka memang tak wajib belajar tentang hukum agama Islam. Logiklah kalau mereka yang punya persepsi negatif tentang hukum Allah.




Aku cakap macam ni lah, orang yang nak sangat laksana hudud itu lah bertanggungjawab memastikan semua pihak, terutama bukan Islam faham tentang hukum hudud, terutama bagaimana ia boleh dilaksanakan dan diselaraskan dengan sistem perundangan sedia ada.



Dato' Idris Jusoh cakap, "Kalau tak tahu fakta jangan main cakap je. Blogger ke, pembangkang ke, kalau tak tahu fakta jangan nak beri syarahan."





Err, ini bukan syarahan.

Aku cuma nak cakap, silap lah kalau parti bulan mengambang tu ingat lagi ramai sokong kalau mereka bangkit-bangkitkan isu hudud selagi tak semua orang faham. Terutama bila nak dekat pilihanraya
.