January 02, 2009

Nyong...nyong...eeek...creeek....

Walaupun tahun baru bermakna usia meningkat, aku masih muda tau.

Kalau bercerita tentang hiburan zaman kanak-kanak, orang akan ingat umur aku dah cecah 27-29 gitu. Faktornya ialah aku cepat matang bab-bab hiburan ni.


Maklumlah, tak masuk tadika makanya aku duduk rumah tonton TV dan dengar radio sajalah. Lagipun sejak umur 4 tahun aku dah rajin menyalin lirik lagu. Dulu mana ada internet so kena play-pause untuk salin lirik.

Lirik Ice Ice Baby aku masih hafal. Masa kecil dulu aku rappers, sebab tu sekarang aku cakap laju.

New Kids On The Block buat aku rasa tua. Penyatuan mereka dengan rupa yang sangat berbeza dari yang aku kenali dulu buat aku rasa tua. Dulu waktu Joey muncul dengan lagu Stay The Same tu aku terkejut tengok dia dah besar. Rasa macam jumpa pakwe lama.

KFC kembalikan Twister tapi ia tak setanding zaman 90-an dulu. Dulu ada lettuce. Mana pergi sayur kegemaran aku?

Ini siri-siri animasi kegemaran aku;

Starship Troopers Chronicles (Animation) - yang ni aku ada DVD Complete Campaign. Dulu waktu siaran aku selalu miss akibat latihan Choral Speaking.
Futurama – paling berkesan untuk buat aku ketawa
Oggy and the Cockroaches – Terbaik!
Smurf – aku tak ingat jalan cerita tapi siapa boleh lupa Smurf?
Sakura Cardcaptor – aku layan dari siri sampai movie dia
Samurai-X
Pinky and The Brain
Thundercat
Ninja Boy – juga berkesan untuk hati lara
He-Man
Teenage Mutant Ninja Turtles – kali pertama tengok wayang ialah filem TMNT
Garfield – tak best sangat pun, tapi aku suka
Chip and Dale Rescue Rangers
Kim Possible – What’s the sitch?
Sailormoon – Aku ada crush pada Momeru tau!
Captain Planet
Tomato Man – Nak dengar aku nyanyi lagu tema dia?
Duck Tales
Alvin and The Chipmunks – Aku belum tonton movienya
Mighty Morphin Zeorangers – satu-satunya musim Power Rangers yang aku layan
X-Men Evolution
Fantastic Four
Dexter’s Lab – aku suka kartun intelek
Denver The Last Dinosaur – aku tak libatkan John Hafiz, ok.

Doraemon aku tak minat. Gaban pun.
Carebear aku ingat tapi tak suka sangat. Gummibears pun.


Kalau kau pun minat yang sama, pasti kau lebih tua atau sebaya dengan aku.

30 suicidal thought(s):

xxeemm said...

at 4, i was singing along to Everly Brothers and the Beatles and other oldies while waiting for my dad to come home from work and start playing the guitar to oldies.

I can be like... 60?

Caracol S. Trampt said...

ada lagu Mc Hammer kan time tu..ish ingat lagi

List katun sezaman.
Best apa cerita katun yang bley kuar cahaya dari dada tu. Gummibears kan?

Ko lupa sebut satri baja hitam...ermm...mungkin ko tak minat kot.

Hidemichimomotani said...

Alamak, smurf ke...tua gak aku ni!

no se quir de sir pero realmate to entrano...hah! faham?

Weed and Bandages said...

Paling suka

Jem and The Hologram.

Subang bintang!

Handsome balak dia!

zuhair said...

yg ni aku x pernah dgr. "Tomato Man"

Ladynoe said...

Dulu mana ada internet so kena play-pause untuk salin lirik.

ahahaha. betul betul. ingat lagi dulu kalau nak rakam lagu, beli tape kosong, lepas tu dubbing melalui radio. kadang kadang termasuk sekali suara dj.

lagu ice ice baby dulu pun jadi kegilaan abang aku. Sampai aku pun terikut2. Reggae toksah cakap lah.

biskott said...

tomato man dan oggy and cockroahes memang best!

Z said...

Haha Dexter's Lab kegemaran aku juga.

Kau x minat Power Rangers ke?

[siti] said...

aku pon bole nyanyi lagu tomato man. hehe.

fafarafa said...

errrr...ada certain dalam list ko, hanya wujud bila aku dh sekolah.

jadik....aku lebih tua dari ko kot.

ekekkekekeke.

-aku suka popeye, he-man, she-ra, my little pony, carebear, voltron, thundercat, smurf, & byk lg-

Dyana Halim said...

haha. Adakah kita sebaya? semua kartun tu kite layan dulu. tomato-man paling best! :P

magenta said...

To mato mato mato matok..(tu je aku ingat, entah betul ke tak)

hfz-khazali said...

nak exchange link x??klau berminat email aku kat sini hafisha2@gmail.com

ni blog aku

http://hfzkhazali.blogspot.com/

pepam said...

err..bukan mamoru ke

*ref-sailormoon

Rambo said...

orgy and the Cockroaches memang mental.

NeEM™ of Suicide Park said...

Xeem.
I guess u're 68.

CST.
Baja ke baju hitam ek?

Hide.
Wo!Ko mencarut ek? haha

Weed.
Lupa nak masuk dlm list!

Zuhair.
Tomato baik utk kesihatan.

Noe.
Jom karaouk.

Biskott.
Biskut pun sedap.

Z.
Tak minat.

Siti.
Cuba?

Fafa.
Lg tua ke? not surprised?

Dyana.
Ya, kita mmg sebaya tapi tak sama umur.

Magenta.
Tomato matek.

Fiza.
Kena email ke? takleh add je?

Pepam.
Ntah. eja camne dlm bhs jepun?

Rambo.
Mental health.

♥ shiMawar ♥ said...

fuiyo..
umo 4 taun dh salin lirik..?terenye.. :)
umo 4 taun, aku still duk bwh ketiak mak kot..haha.. :p
betul le satria BAJA hitam..
Tomato Man tu aku xpenah tgk le..cite die camne ek..?bg sinopsis sket..hoho.. ;)

C.E.@ said...

tomato man???!!!!

my fren said i'm crazy suka kt citer macm tu....woohh dah ada geng...molek lah kamu!!!

;)

mr jem said...

jom nyanyi reramai:

tomato tomato tomato mato...
tomato tomato tomato mato...

hahaha... sanggup tak pi klas ko ku ptg2 sbb nk lyn tomatoman... (+.+)

Jebon said...

Tomato tomatoman tomato matok la.. ke matek? bukan matok eh? Ah! Kat you tiup takde pulak.

Semua yang kamu tulis ni aku suka juga. Termasuk jem & the holograms (nak dengar aku nyanyi lagu tema dia?). Dan the simpsons (dulu kini dan selamanya)

Siri tv bukan animasi kegemaran aku pulak adalah seperti secret world of alex mack, twin peaks, maero attack, growing pains, alf, family ties, ultraman ace, the girl from tomorrow, alam ria cuti sekolah, mr. belvedere, who's the boss, yang ada steve urkel tu, the cosby show, just the ten of us, 2 + 1, Along, my two dads, small wonder, life goes on, i dream of jeannie, boy meets world, Lassie, 3 2 1 contact, head of the class, Mami Rap 4U2C (jangan ejek) dan banyak banyak banyak lagi.

yang paling penting.. wonder years.

tv pendidikan pun layan jugak sebenarnya.

teenage mutant ninja turtle memang beh, ingat tak ada vanilla ice nyanyi 'go ninja go ninja go go!'?

ok dan terlampau panjang sekarang. boleh bikin satu entri. apa2 hal pun ada satu cerita melayu yang hampir semua orang tengok(tak tau apesal), tajuk dia jaguh-jaguh pasal orang main badminton.

jadi berdasarkan ini dan juga profile blogger aku, umur aku 25. ok bye.

capik said...

sires, twister da x bes cam zaman 90-an dulu....

NeEM™ of Suicide Park said...

Mawar.
Tak ingat ah.ingat lagu je.

C.E.@
Sape tak suka tomatoman mmg crazy.

Jem.
Klaz koku takpe lg.neem ada klaz fardhu ain.

Jebon.
Ya, kau memang lg tua dari aku.tahniah.Alex Mack tu aku suka.

Capik.
Tp aku still kepingin la.

Anonymous said...

tomato- matok....

Mr Jagatraya said...

wah,rindu gile cerita tomato man.Lagu semua dah tak ingat.Yang still ingat watak carrot ninja dgn waktu tayangan.Stiap khamis pukul 4 ptg.hehe

amer zaman said...

ada satu episod dexter tu mmg best giler. special one hour....rumah dia boleh jadi robot...

mase kecik2 dulu..selalu duk rumah tgk tmnt..mak g kedai...

tomatoman..siapa boleh lupa lagu dier...

*Sarah is the One said...

pinky and the brain tu ialah nak timangan-timangan aku dan bf bleh tak? untuk mengusik dia. ahaaa. tomato man siapa tak suka

NeEM™ of Suicide Park said...

Ramai gile suka Tomatoman tu rupanya. Sarah jadi Brain la ye?

'One is the genius, the other's insane.'

Brain tu yang insane kan? bukan yang genius.hehe..

*Sarah is the One said...

ahahah boleh guna vice versa pun, aku as the insane one (sebab memang pun) or the so-called brainy. private joke. ahahah. tapi pakai pinky and the brain jugak. tu teringat tu

takahara-suiko said...

Betul, betul. Twister dulu lagi sedap. Wrapper pun cantik.


Rugrats ada minat? Seingat saya ada kat Metrovision, stesen tv zaman dahulu kala, sebelum wujudnya Astro. Masa tu saya 4 tahun.


Wau. Bagi seorang yang mempunyai ADD agak mengagumkan untuk mengingat maklumat setakpenting itu.

encik adi said...

uh tiada jimmy nutron?? hidup anda tak begitu ceria rupanya..