January 01, 2009

Sedikit Lambat

'May Allah grant us Iman and Taqwa to persevere in our journey as Abid and Khalifah.'

Betul ka English aku ni?

Selamat Tahun Baru.
Erm, bergantung pada agama yang kamu anuti sebenarnya.

Kalau kamu beragama Islam, selamat menyambut ulangtahun penghijrahan Rasulullah dan umat Islam ke Madinah.

Kalau beragama Kristian, selamat menyambut ulangtahun pembaptisan Jesus Christ.



Kau sambut yang mana?



Aku tengah sedih ni kerana tidak sempat baca doa awal dan akhir tahun. Waktu tahun baru aku berada di AEON AU2 (yakni tempat paling tidak selamat untuk berdating kerana ahli keluarga aku semua shopping di situ).

Tahun lepas aku sempat. Mulanya nyaris lupa, tapi sewaktu aku makan dengan Encik Stateskop kami teringat dan dia cepat-cepat hantar aku pulang. Hajatnya beliau mahu ke masjid setelah pulang, mandi dan bersiap tapi tersekat dalam trafik dan cuma sempat ke masjid dengan memakai kemeja-T Semusim Di Neraka.

Orait juga pergi event Maal Hijrah pakai baju SDN
.

14 suicidal thought(s):

Caracol S. Trampt said...

Uiks,
grant or grants, Tuan pun tak sure.
Luppi cakap ko power english :p

farizzet said...

saya pon tak sempat. langsung. tahun depan la agaknya, kalau umur panjang.

pjoe said...

selamat tahun baru!

Ferdows said...

Neem, Salam tahun baru. Kira 2 jenis tahun baru sekali lah. Mengikut Islam dan kalendar 'kafir' bak kata bapa aku. Haha.

Anyway, apa pendapat kau ttg ini?
http://theyogainstructordiaries.blogspot.com/2008/12/post-christmas-day-post-vpost-party.html

Kau tak rasa perbuatan dia mcm sarkastik yang sangat melampau. Aduhai. Kenapa aku nak pening2 kan kepala aku pasal ni?
Jgn marah ya Neem. Cuma mahu tanya ttg pendapat kau. Peace out

sigg+ said...

maksud ulangtahun penghijrahan tu sb tahun ke sb bulan?sb hijrah bkn bulan muharam,kalo xsilap a.. Sori

*Sarah is the One said...

selamat tahun baru cik neem yang cantik manis dan selalu beri aku ilmu baru! ini tahun 2009 ramai-ramai tulis banyak-banyak posting menarik


(macam satu pekerjaan lah pulak!)

Sue Anna Joe said...

Haih, aku sempat je baca doa, tapi yang doa awal tahun tu baca sekali je, ingat ke, yang akhir tahun tu je 3 kali, rupaynya both kena 3 kali.

Jadi, macam mana tu?

Hehe. Bibik baru my bro, pakai tshirt tulis Fuck U, ada gambar rainbow-rainbow lagi.

dammit said...

sesungguhnya encik stateskop sangat bertuah sbb ade baju SDN. tapi kalau pgi event maal hijrah dgn baju tu lagi terbaik. haha

NeEM™ of Suicide Park said...

CST.
Jgn percaya ckp Luppi tu.dia lg hebat.

Fariz.
Next year kita remind each otha,k?

Pjoe.
Slamat!

Ferdows.
Erm. Yoga instructor. Erm. Body dia lawa.

Sigg.
1 Muharam tu hari pertama bulan pertama kalendar Islam, marked by the hijrah.

Sarah.
Slamat tahun baru anda juga.thanx 4 keeping my mind active spanjang tahun lepas.Kan best klu dibayar ikut post.

Sue.
Drpd tak baca langsung ok la tu.

Dammit.
Orait ah.

sigg+ said...

kalau tak silap, hijrah ke madinah tu bukan bulan muharam, muharam diambil sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah atas sebab yang lain. kot..

Ferdows said...

Haha
itu aku setuju jugak

Anonymous said...

sebenarnya kite takleh wish untuk agama lain cam christmas ke deepavali ke...tidak dibenarkan dalam agama.

Peace bro said...

syabas anda telah menunjukan peribadi muslimah yang terpuji. walaupun bersama lelaki yang bukan mahram dan menghampiri zina masih mengingati untuk berdoa tahun baru islam.

begitulah sepatutnya. zina zina juga tapi yang lelaki jangan lupa pergi sembahyang dan masjid

Bukan seperti anak muda menyambut pembabtisan Jesus anda masih ingat doa untuk berhijrah walau setengah orang memandang serong muslimah berpoya2 dengan lelaki dalam kereta malam2.

sekurang2nya dia pergi sembahyang.. jelas zina tidak menipiskan imannya.. allahu akbar!

NeEM™ of Suicide Park said...

Anonimo.
I agree!

Peace bro.
Gilak ah kitorang 'berzina' kat restoran steamboat.
Gilak ah ada orang tu baca doa akhir tahun waktu malam. Wow! ajaran baru!