2 jam.
Tanpa pemain simpanan.
Tanpa waktu rehat.
Tanpa wisel.
Tanpa kad.
Tanpa stretching dan warm up.
Tanpa sunblock.
2 pasukan yang dianggotai pemain lelaki dan wanita berentap hebat di gelanggang terbuka bolasepak pantai Bagan Lalang. Pemain lelaki dari kedua-dua pasukan ternyata agak tertekan dengan corak permainan pemain wanita. Mereka dikatakan lebih agresif dan merbahaya berbanding pemain lelaki.
Encik Aiman telah diberikan sepakan percuma kerana tergolek dot dipercayai dirempuh pemain wanita bernama Hana di gawang sendiri. Malah, NeEM sebagai pemain pertahanan turut memberikan ‘sepakan percuma’ ke buku lali Aiman ketika mahu merebut bola yang digeleceknya. Menurut Encik Phat, penjaga gol pasukan 1, “Aku ingat main dengan perempuan tak kasar, sekali diorang yang ganas. Aku tak nak main….kenapa paksa aku?”
Antara yang paling digeruni ialah penyerang pasukan 2, Encik Ebal yang bergaya ala-ala Messi tetapi memakai jersi Portsmouth dan Cik Aye yang meyumbang banyak gol offside, manakala dari pasukan 1 pula ialah Encik Ipin dan Cik Hana. Perlawanan ini menarik minat pengunjung pantai Bagan Lalang termasuk seorang lelaki berkacamata gelap yang menunggang ATV.
(Ipin:”Ceh, abang tu saja je nak usha awek main bola, duk kat situ buat muka Awie”).
Tidak ketinggalan, Mazidul Akmar Sidek dan keluarga yang kebetulan bercuti di sini.
Encik Ipin mendakwa pemain pasukan lawan, Cik Solekhatun telah mengambil kesempatan terhadapnya sewaktu perlawanan berlangsung. Namun tiada siasatan dan tindakan diambil kerana Encik Ipin sendiri didakwa pura-pura jatuh untuk mendapatkan sepakan penalti.
Cik Deena pula begitu bersopan ketika bermain dan sering meminta maaf setiap kali tersentuh pemain lain.
Setelah bermain 2 jam tanpa rehat, jaringan masih seri 6-6. Mereka memutuskan untuk mengakhiri perlawanan dengan mati mengejut atau sudden death. Kesudahannya memihak pada pasukan 1 yang mana salah seorang pemainnya bernama NeEM.
Ya, NeEM yang bermain dengan harapan dan pulang dengan kemenangan.
NeEM, yang betis kirinya masih bengkak akibat sepakan tepat ke tulang keting.
NeEM, yang menghantar bola tepat ke perut Encik Abdus dari jarak dekat.
NeEM, yang sering keliru siapakah pemain pasukan sendiri.
NeEM, yang menggunakan teknik mengeluarkan bola dari padang dan melengahkan masa jika berada di kedudukan selesa.
NeEM, yang masih berjalan sedikit senget.
Sara cakap “ingat tengah tahan kentut tadi!” Hahah.
***
3 jam sebelumnya.
Kami tiba di Bagan Lalang kira-kira jam 11.40am.
My Boys terus menghampar tikar dan menyediakan kelengkapan BBQ.
My Girls and me terus duduk bersembang di atas tikar.
My Boys berusaha menyediakan makanan.
My Girls and me duduk bersembang dan bermain gitar.
That’s why I love My Boys so much. Korang memang the best!
Muah muah muahahahaha…
***
Acara selepas bolasepak pantai ialah ketinting, baling selipar dan bola beracun.
Ya, kami semua berusia 10-12 tahun.
Encik Ipin paling menarik perhatian ketika permainan baling selipar kerana membaling selipar ke arah Encik Aiman (yang berada kurang semeter darinya) dengan wajah penuh kebencian umpama membaling George Bush.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh tetamu undangan, iaitu Encik Fikri, seorang jurutera carigali yang kagum dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan semua Studiofellas. Kata beliau, “Lawak korang ni lawak kualiti lah!”
Yes, bangga I mendengarnya.
***
Pada malam itu, NeEM, Kak Hana, Kak Atun, Kak Liza dan Kak Aye bermalam di rumah Kak Asha yang merupakan housemate Kak Bebet dan Che Yam.
Kak Asha, maaf kerana tumpahkan minyak urut. Tumpah menumpahi sudah sebati dalam diri ini.
Sambil urut betis, aku rasa aku lagi banyak sepak kaki daripada sepak bola.
Kena tendang tanpa kasut pun dah sakit macam ni, jangan harap la NeEM nak ikut akak-akak sekalian pergi main futsal! Nak ikut pergi karaoke je tau !
Update: Perbuatan bermain bola ini memang tidak patut memandangkan aku diberi ubat batuk asthma, ubat selsema, ubat demam dan cuti sakit 3 hari sebelumnya
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 suicidal thought(s):
aih, ada kawan Tuan memang kene curse tumpah menumpahi gak, especially time makan. gerenti tudung kene cili..hahahaha
ko kes lain kot..
Bila time main bola, orang berebut untuk letak aku dekat pasukan mana.
"Kau ambiklah dia"
"Tak mau. Kau ah".
Terharu. Haha. Akhirnya dibanned dari ikut main sekali. :)
encik stateskop ade gi tengok tak? die tak merajuk ke kalau tak dapat tengok? hoho. i pon dah nak merajuk ni.
dari dulu asek tumpah tumpah! :D :tepukdahi:
Tuan.
Sama je.klu pakai tudung kena tudung.klu tak pakai, kena seluar.
Huzai.
Kau ambiklah dia, aku ikhlas ni.
Xeem.
Dia tak merajuk tapi cemburu je.hehe..jom futsal!
Shafiq.
Tak pernah kena bising lak.Umayr pun tak komplen.haha
Post a Comment