Nota: Ini bukan segmen Ustazah NeEM Bercerita. Harap maklum.
Waktu dalam perjalanan pulang dari Bagan Lalang 2 minggu lepas, aku ditanya soalan yang mengelirukan aku. Sebenarnya, ia adalah soalan KBKK berbentuk minta nasihat dan tips dari seorang rakan;
“NeEM, how to forget someone?”
Aku terkesima. Aku tak tahu ‘someone’ itu sesiapa.
Aku diam. Cuma.
Bukan kerana aku tak tahu lelaki itu siapa, tetapi kerana aku tidak tahu jawapannya. Aku rasa aku bukanlah seorang perempuan yang sesuai untuk memberi nasihat-nasihat sebegini kerana aku susah move on.
Well, mungkin kerana itu dia rasa aku layak menasihati. I’ve learnt the hard way.
Terus terang, aku lebih mudah move on dari lelaki berbanding perempuan. Meaning, kalau mana-mana perempuan putuskan persahabatan dengan aku, atau betray aku, atau reject aku, aku merana. Kalau lelaki tak layan aku, tak kisah sangat kut?
Hek eleh, cakap seolah-olah banyak pengalaman je. Ada ke lelaki tinggalkan aku?
Berbalik kepada soalan tadi, aku tak sempat jawab kerana aku tak sempat fikir jawapan yang sesuai. Aku cuma sempat fikir ‘kenapa tanya NeEM?’
Tapi soalan tu kira relevan la juga berbanding soalan dari Syima beberapa bulan lalu.
“NeEM, macamana nak dapatkan lelaki yang kita mahu?”
Aku jawab “Tak tau. Tak pernah pun dapat.”
Hans Isaac tak pernah call aku pun?
Kalau dia tanya atas asbab aku milik Encik Stateskop, aku wajar buat pengakuan di sini yang aku tidak pernah merancang untuk bersama lelaki itu.
Beliau yang ajak aku keluar, beliau yang minta nombor telefon aku dari Amnah. Aku cuma ‘mengurat’ beliau setelah beliau sudah jatuh hati sama aku. Itu adalah ngelat makanya untuk aku brag tentang kejayaan ‘mendapatkan’ beliau, walaupun aku memang ‘dapat’ beliau.
All I did was being my-bimboyangcerdik-self – and he happened to like it.
Maka aku kata kepada Syima, just be yourself. Coz you would want him to like you the way you are.
Itu sajalah nasihat yang aku boleh tawarkan kepada kamu, semua gadis di luar sana. Jangan berlagak macam jumpa bakal mertua di depannya. Itu stage lambat lagi, OK? Tak payah kontrol-kontrol.
Tengok macam NeEM, selamba aje paw Encik Stateskop punya Irish Lamb Stew pada hari berkenalan.
Hahah! Makan mana boleh tolak, bai! Tak tumpah pun mujur- sebab aku minta dia potongkan siap-siap. Yes, dia tau aku tak reti makan lutut bebiri guna cutleri. Like, ‘sooo country…/country giler…’.
Selambe aje aku buat lawak Pujaan Sirap Radio 9 dan gelak kuat-kuat depan dia di Secret Recipe pada hari yang sama.
Untuk soalan bagaimana nak lupakan seseorang tu…payah sikit la. Terutamanya jika kamu pun macam NeEM, tidak punya selective memory. Aku jenis ingat benda tak penting, detail gila walaupun tak penting, dan aku paling ingat benda sakit. Kalau boleh, mestilah aku pilih untuk taknak simpan dalam memory. Buat penuh harddisk je.
Lain orang, lain caranya untuk melupakan seseorang. Macam aku, aku kena let go pelan-pelan. Meaning aku tak boleh terus jauh, tak boleh juga selalu jumpa. Kena pelan-pelan heal sambil kekalkan hubungan professional. Pendek kata, bagi aku kuncinya ialah masa. Jangan expect aku move on dalam masa seminggu.
Bak kata Scott Summers kepada Logan dalam The Last Stand, "Not everyone heals as fast as you can."
Ada orang senang heal kalau jauh.
Ada orang dengan cara membenci. Tapi ini aku kureng kerana macam tipu diri sendiri. Tak salah pun kalau kau still care as a friend dalam senyap kut?
Ada orang dengan cara rebound. Ini tak patutlah. Aku pun pernah buat secara tak sedar, tapi aku tak rasa horrible kerana rebound aku itu layan aku macam murahan. Baguslah dia tak best, terus aku stop dating sebab rasa bosan dengan lelaki.
I mean, like, stop for awhile sebelum jumpa current main squeeze lah. Hihi.
Aku pernah kasi link ini kut suatu waktu dulu.
Aku pernah bincang hal ‘melupakan’ ini dengan Anak Bongsu Encik Kildong, kami setuju caranya ialah jangan terlalu paksa diri. Carpe diem, dan nikmati hidup.
Jangan sibuk memikirkan ‘why can’t I forget him?’ dan ‘Dammit he really took the best of me.’ Itu tidak membantu, sayang.
Samalah macam tak boleh lelap dan asyik memikirkan ‘kenapa aku tak boleh tidur’.
Suatu hari kau akan tersedar kau sudah melupakan dan bak kata ABEK, bakal rasa macam boleh terbang tanpa sayap kerana sudah ‘ringan’, sudah tiada beban.
Aku tak tahu tentang lelaki, tapi perempuan perlukan distraction. Kau fokuskan saja pada pelajaran, kerjaya, penulisan blog. Pergi daftar kursus pengurusan blog. Haha…
Ya, retail therapy itu juga satu distraction. Tapi bahaya. Jangan jadi macam aku, once aku sedar it works wonder for me, I became a shopaholic.
Self-control sangat penting. Dan be aware dengan pemikiran kita sendiri supaya tidak jadi self-destructive.
Good luck, dear friends.
By the way, walaupun aku suka lagunya, aku menyampah je dengan lirik Over You -The Daughtry. Kau dah move on tak payah la nak kutuk-kutuk dia lagi, dan cakap how terrible and mean she was.
Kerana jika kau masih marah maknanya kau masih tak ‘over her’ lah wei! Nampak sangat kau berlagak tough walhal dalam hati kau masih pathetic dan hancur.
Samalah dengan lagu I Never Really Loved You Anyway oleh The Corrs.
Kalau lagu Smile oleh Lily Allen baru sudah move on betul-betul, mengaku sajalah dulunya kau sakit. Dan Survivor oleh Destiny's Child sangat bagus.
Ok, ini bukan entri tentang lagu, tak payah argue contoh mana paling sesuai.
Mmmuah!
I'm wishin' you the best,
Pray that you are blessed,
Much success, no stress, and lots of happiness,
(I'm better than that)
I'm not gonna blast you on the radio,
(I'm better than that)
I'm not gonna lie on you or your family, yo,
(I'm better than that)
I'm not gonna hate you in the magazine,
(I'm better than that)
You know I'm not gonna diss you on the Internet
Cause my momma told me better than that.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
February 18, 2009
Men from Earth, Alien from Venus [NeEM menjawab kemusykilan anda]
Planted in the gardens of
Oestrogen,
Self-esteem
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 suicidal thought(s):
i heart lagu survivor!!! betul kau kata, kalau masih ada benci yang macam bitter maybe belum move on. walaupun ada orang lain.
aku tahu aku dah move on bila aku bole tengok belakang, kalau cerita balik pun, cakap aku pernah rasa disakitkan hati tapi dalam hati aku, aku tak rasa pape dah.
and actually aku rasa antara cara senang nak move on ialah maafkan dulu, and let it pass. cakap dalam hati je takpe. sebab hatred ni makan lagi banyak tenaga sebenarnya.
iya.mmg susah.
mcm aku setahun pun masih boleh menanges terkenangkan dia.
it's not that i didn't move on.i did.cuma kadang2 luka tu berdarah kembali.nak2 time bulan mengambang.ya blame the menstruation cycle haha.
that's y x berani involve dlm r'ship lg.
rs nak delete pastu empty the recycle bin.i wish it works in human memory.huhu.
thanks for the post anyway neem.
time will heal. that's all i can say
*sob*sob*
yes...
kalo laki...
senang sket nak lupekan...
tade ah kisah sangat...
tapi kalo pompuan yang putus sahabat dengan kite...
memang payah nak lupekan...
kene-kene bile pikir benda-benda sakit yang penah dia buat..
tamo pikir...
tapi selalu terpikir...
haihh~~~
so...
neem...
how to forget someone...?
(^_^)
ok...
ok...
just kidding...
aku laki, aku pun pnah ada problem nak move on. gila wei, memang betul org kata jangan bg sepenuh hati dan simpan sikit utk kita.
silap ke bg sepenuh hati?
tapi aku jenis org yg sibuk, maka aku cuba channelkan rasa sedih dan terkilan aku dgn kesibukan. sebelum tu meronta gak la, hehe
cuma pnah gakla aku jadi gila sat sebab sering difitnah, sampai akhirnya aku 'pancung' semua semak samun fitnah ni dan aku berlalu, kuat dan tegap, cewah!
Post a Comment