
...Watchmen The Movie memang 2 jam 45 minit.
Sia-sia aku bisik pada Ucop "Kami nak tengok Watchmen sebenarnya petang ni. Dah book tiket."
Encik Stateskop terlepas cakap kepada umum yang kami akan menuntun apabila mereka membincangkan filem terkini. Kantuilah kami mahu blah cepat akibat mahu pergi nuntun.
2 jam lebih juga kami stay kat majlis tu, kawan-kawan. Mana tak sempat jumpa tu harap maaf ya.
Dan, waktu beli tiket penjaga kaunter tipu kami, dia kata cerita ni 2 jam je, bukan 2 jam 45 minit.
Sudahnya kami masuk pukul 5 setengah, keluar pukul 8 suku.
You do the math.
The verdict?
Ntah. Sukar untuk menilai. Yang pasti aku sudah sangat lenguh duduk tak bergerak di kerusi panggung.
Lapar pun ada.
OK, ok, I try.
Hmm...lakonan; orait.
Aksi; tersangat violent sampai bahu aku berdenyut (stress). Rupa-rupanya hati aku tak cukup kering untuk aksi ganas terlampau. Lelaki pukul perempuan macam pukul beruang.
Banyak kali juga aku pejam mata. So kalau hati lembut tu tak payah la tengok. Dibimbangi kencing malam. Aku takdela kencing malam, tapi semalam aku macam takut yang teramat pada kumbang. Tak, dalam filem ni tiada kumbang pun. Whatever.
Jalan cerita; menarik. Sila tumpukan perhatian.
Grafik; Boleh tahan.
Lovescene; Mentang-mentanglah 18PL.....(Baca:dot dot dot)
Cinematografi; Amat memuaskan.
Soundtrack; Superb! NeEM amat suka.
Point yang ingin disampaikan; Isu global. Mungkin satira. Ntah. Tak pernah baca komik DC yang ini.
Overall, agak sukar.
Ada banyak benda yang best, malangnya dalam 2 jam 45 minit itu ada banyak juga benda tak best dalam filem ini. Oleh kerana kita sebagai manusia lebih terkesan dengan perkara negatif berbanding perkara positif (negativity bias), aku berpendapat seseorang itu harus menonton filem ini beberapa kali untuk memberikan rebiu yang adil.
Sekian
.

7 suicidal thought(s):
watch it oso..for me jalan cite ok tapi macam to much dialog (penat lah)..memang menarik mesej yang cube disampaikan buang lah scene2 yg x perlu tu..sebab ader satu tahap rase macam nak kuar jer dr cinema tapi biler memikirkan i pay 10ringgit..so bertahan jer lah..nasib 2jam 45 minit x lah rugi sangat kan.. ;)
jom tengok sekenraun? kerana nak beri rebiu yg adil.
rebiu yg adil?
hmm... sgt tidak setuju dgn muvie ini..
sgt menyesal kerana terdetik utk tgk ngan ucop..
sgt sgt tidak best..
highly NOT recommended!!!
hehehe...
Adalah lebih afdal anda membaca novel grafiknya pula. Selalunya adaptasi filem tidak berlaku adil kepada karya asalnya, namun untuk Watchmen, hasilnya agak baik.
Novel grafik karya Alan Moore ini adalah antara kerya terhebat yang patut dibaca oleh setiap orang!
Rorschach is the bomb!
Hunnie.
Yeah, scene2 tak perlu tu buang masa dan buang tenaga batin.
Fariz.
Sekenraun? jom!
Jem.
Tak best sbb tgk dgn Ucop kut? hihi jz joking,no offense Asma'.
TTB.
Rorschach is the inkblot!
i have to agree with the soundtrack. all the songs are great! balik-balik terus cari. haha. dasar lanun betul. and yes TTB, Rorschach IS the bomb.
'I'm not stuck in here with all of you, all of you are stuck in here with ME.'
or something similar mcm nih. haha.
it was a good one nonetheless. :D
setuju dengan pelumba kereta kelisa.
tak puas hati kenapa rorschach mati macam tu.
Post a Comment