Kisah perhubungan aku dengan laki-laki (atau kata jamaknya lelaki-lelaki) harus hukumnya jika dibahagikan mengikut fasa-fasa tertentu bepandukan jangka masa.
Fasa pertama ialah fasa tidak berperasaan.
Dalam fasa ini aku memang tiada perasaan sama lelaki. Bagi aku lelaki cumalah makhluk Tuhan yang tidak seksi. Maksud aku, makhluk Tuhan yang sedikit berbeza dari aku.
Di sekolah rendah, kawan-kawan aku sudah pandai minat pada lelaki. Aku pula cuma minat mahu bertumbuk dengan lelaki, walaupun yang kena tumbuk tu sebenarnya aku kerana aku bukan tomboi sejati. Aku tahu lempang dan terajang je. Itupun kalau kena lah.
Atas asbab enggan menjadi freak, aku pun bagitahu kawan-kawan yang aku minat pada beberapa orang lelaki. Semua lelaki itu merupakan lelaki yang diminati oleh kawan-kawan aku sebenarnya. Copycat. OK, aku cuma mahu kelihatan normal, faham?
I mean, kalau kawan aku minat lelaki itu, maknanya normal lah untuk aku meminati lelaki itu juga. Itu pemikiran budak darjah 5 yang seksi walaupun brutal kau janganlah perlekehkan aku please.
Ow like I care.
Di sekolah menengah ada juga desas-desus mengatakan aku lesbian tapi tidaklah tersebar kerana tiada bukti melainkan aku tidak digosipkan dengan sesiapa, malah aku boleh berkawan secara platonik dengan mana-mana lelaki hot. Bukan ramai pun lelaki hot.
Kawan pun pernah bertanya, “macam mana NeEM boleh selamat dari gosip?”
Jawapannya ialah memang budak lelaki tak pandang aku pun so what? Siapa nak layan gosip perempuan tak cun?
“NeEM tak minat sesiapa ke?”
Jawapannya ialah tak, langsung. Aku minat KRU, Metallica dan 5ive je.
Ya, dulu aku peminat KRU. Erm, termasuk Yusry.
Hah aku pun rasa lawak.
Aku memang jenis berkawan dengan lelaki atas dasar platonik. Kalau tak percaya tanya Xoll, Mr Crono, Mr Carson dan lain-lain.
Atas sebab itu, dulu aku tak kisah lelaki mahu berkenalan. Aku cuma mahu berkawan sepertimana aku berkawan dengan nama-nama di atas. Panggil aku naïf atau bodoh aku tak kisah.
Kalau kau kata aku murahan memang silap. Aku memang suka berkawan dengan lelaki. Aku suka dengar pendapat mereka, dan aku suka bantu mereka.
Ya, aku benci lagu Oops! I Did It Again. Dan aku sedih juga tengok video klip Pupus oleh Dewa.
Walaupun di fasa ini aku belum ada perasaan, tapi ada satu waktu itu aku ada infatuasi pada seorang kawan. Mungkinkah ini fasa peralihan?
Infatuasi itu hanya berlangsung selama seminggu. Lepas seminggu aku dah tak ingat apa-apa tentang dia walaupun dia hensem banget ramai kawan aku terpiket.
Fasa ini berlanjutan sehinggalah aku melanjutkan pelajaran di peringkat IPT.
Waktu aku di……
Erm, sebentar. Mahu rehat. Mengantuk sudah.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
March 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 suicidal thought(s):
mr carson tu mirul!
erm....
memang best kalo jadi manusia tanpa perasaan kan??~sigh..hehe
aiseh, ada sambungan macam telenovela plakk. haha
haha.
gila anti-klimaks.
Post a Comment