March 30, 2009

Men from Earth, Alien from Venus 3

Dipendekkan cerita, aku punya ex itu merupakan lelaki pertama aku date.
Lantaklah ada orang mesti tak percaya sebab aku selalu dengar rumours aku selalu keluar dengan lelaki sebelum tu.

Tapi memang itu pun yang pertama.
Semestinya, yang pertama tidak bermakna yang terakhir.

Sounds weird. You know what, I was once the President of Lone Rangers Club, and I stepped down because I violated the vital rule [Go out with the same guy more than once]. Yeah, basically I stepped down because of my ex – and even picked my own successor, Ely.
Heck I even made up the rules myself- and broke it.


Lepas melalui fasa breakup, aku jadi expert pula bab dating-dating ni.




Macam eksperimen.
Macam percubaan.
Macam budak sekolah.

Rupa-rupanya orang lain dah buat benda tu lama dulu.
Aku memang lambat matang bab ni. Zaman matrikulasi baru ada first crush. Jangan tanya siapa.
Zaman sekolah dahulu serius tiada perasaan. Mungkinkah kerana semua lelaki hot di sekolah telah menjadi pengyu aku? Yang kamcing?
Pengyu OK? bukan Peyuh yang kerja Perodua itu.



So aku jadi macam serial dater bila dah abis ‘iddah.
Paling lama aku tahan dengan seorang lelaki pun dalam 3 bulan camtu la. Sama ada 3 bulan atau 2 kali date, dah.
Macam-macam jenis lelaki, macam-macam jenis perangai. Sk8er boi? Pegawai insurans? Pembantu teknikal? Pembantu makmal? Jurugambar? Juruteknik? Jurutera? Jururawat?
Semua pun aku pernah date.

OK, tipu. Jururawat takde.


Oh please, bear in mind that I only date one at a time, OK?

Memang ditakdirkan Tuhan itu merupakan sukatan pembelajaran aku dalam matapelajaran Pengetahuan Am Lelaki di Universiti Kehidupan.




Kemudian tibalah di satu saat ini, aku rasa bosan yang amat terhadap semua lelaki. Maka aku bersara dari kegiatan serial dating itu.
Hearts broken. Said and done. Never been proud of it.

And guess what? I’d never felt so free. Kalau tahu dari dulu lagi aku join balik Lone Rangers Club. Lantaklah mereka nak kuarantin aku dulu sebab menurut mereka aku macam ada potensi untuk keluar balik.
Rupa-rupanya seronok betul jadi orang yang tiada affair langsung.


Rasa ringan macam boleh terbang dan rasa bebas berlari.
Aku cuma keluar dengan Studiofellas. Terutama Eja. Eja. Eja dan Eja setiap minggu.
Seronok yang amat.

Yang paling best, zaman tu aku kurang dapat perhatian lelaki. Dalam ertikata lain, tak ada sangat orang nak mengurat. Sungguh seronok dan puas hati dengan diri sendiri.


Dan pencapaian paling membanggakan ialah, aku sudah pandai tell, erm, how do I put this in bahasa? I mean, I learnt how to tell if a guy sees me just as a friend or a girlfriend material. I learnt to differentiate between 'mahu berkawan' dan 'mahu mencuba'.



Akan tetapi, kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya tengah malam pun masih lagi panas jua.........

3 suicidal thought(s):

Pakcik Luar Otak said...

Tagged!

NeEM™ of Suicide Park said...

Tag gapo gak?

Guzzer said...

Aku nak try kamu... boleh?!

Salam 'babe' from - Sarang Seni Pekik blog