April 04, 2009

Universiti UMNO Malaysia _Yang selama ini dicari telah kutemui...

Harian Metro, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Sebelum ini beliau pernah berucap empat kali di Perhimpunan Agung Umno, namun ucapannya semalam menyentap perasaan apabila menyatakan antara sebab golongan muda tidak menyokong kerajaan adalah hasutan secara halus pensyarah di pusat pengajian tinggi.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Datuk Hasnoor Sdg Husin, berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.

Hasnoor berkata, tidak susah menangani perkara itu daripada terus berleluasa, yakni pemimpin negara perlu menentukan pengurusan tertinggi universiti terdiri daripada orang Umno dan mereka yang sayangkan parti itu sepenuh hati.

“Pada saya bukan susah, tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi seperti (Datuk Seri) Ibrahim Abu Shah di UiTM (Universiti Teknologi Mara).



Wah bernasnya cadangan. Genius, bak kata orang Kampung New Zealand.


Yeah, you do that. And tell me how it works.



...tentukan rektornya orang Umno...tentukan dekan fakulti orang Umno, pegawai yang mengambil pelajar, pekerja dan pentadbirannya adalah orang yang dipenuhi rasa cinta pada Umno sangat tinggi....






What are the qualifications required for someone to be Ketua Penerangan these days huh


?

7 suicidal thought(s):

Caracol S. Trampt said...

fishy lah~

tak payah kene "hasut" pun, kalau student yang dah mmg boleh guna akal sikit pun, baca artikel ni boleh meluat.

sangat meluat.

farizzet said...

eh merepek la encik caracol ni, apa yg umno nak buat ni bagus. mencerminkan keperibadian mereka yg tulus suke jilat tahi sendiri.

kata tak bole berpolitik kat universiti. kata umno. bukan kata pembangkang pon. auku la sangat.

;p lawak aje yeh

zan said...

Tu la apirasi AUKU.

Untuk yang lain, ianya adalah parti politik dan diharamkan untuk pelajar.

Untuk PEKEMBAR, ianya adalah satu semangat jati diri dan sayangkan bangsa dan mestilah dijunjung sehingga ke Arasy kalau boleh..

Hmm..

NeEM™ of Suicide Park said...

Please, tujukan komen anda kepada NeEM. Aku terlalu cute untuk handle seketul blog yg menempatkan pertelagahan antara pengomen.

Kalau aku tak approve kau nak buat apa? aku tak takut ugut2 dlm blog ni.dah la ugut budak perempuan bawah umur.tak malu.

sHe pHa said...

berkata beliau bukan sengaja membuat dakwaan itu tetapi berdasarkan jawapan pelajar universiti di Melaka sendiri, hasil perjumpaan mereka baru-baru ini.

universiti di melaka?
oh.berapa banyak sangat U kat melaka?
yg penting aku takde masa diorg buat soalselidik tersebut haha
(tetiba terasa sbb belajar di melaka hehe)

[siti] said...

education sector pon nak dipolitikkan. politik paksa pulak tu. paksa suke. oh so democracy la.

UMNOlalai said...

Pemimpin Umnno lalai.

Dia orang ingat sokongan orang Melayu itu otomatik.

Mungkin dulu otomatik tapi sampai bila?

Jadi Melayu, jahat macam Khairi, Mahathir, Rais Yatim cuma nak kedudukan jadi menteri supaya dapat kekayaan dari kontraktor2 Cina.

So sedarlah. UMNO perlu masuk universiti perlu kembali kepada perjuangan untuk semua Melayu bukan sekadar jadi Ketua Bahagian dapat tanah kerajaan.

Itu sudah berlalu.

Masuk kampung dan universiti kongsi kekayaan itu matlamat melayu sekarang.

Politik mesti dibenarkan di univerisiti. Siapa pandai hujah dia menang. Kontrol universiiti buat apa?

Supaya Ananda boleh jadi bilionair? Supaya YTL jadi bilionair?

Supaya tokey judi Vincent Tan kawan baik mahathir boleh jadi bilionair?

Buat apa AUKU? Pergilah berpidato di universiti. Jika AUKU hanya untuk Malaysia aman supaya tokey2 judi jadi kaya raya buat apa?

Nak tunggu Melayu jadi macm Mesir?

Kalau orang Melayu tak puas hati cari lah sebabnya bukan tutup mata dan telinga.