Satu jenis shopping yang aku paling suka ialah shopping bersama seorang kawan lelaki yang platonik.
(Walaupun Encik Stateskop kata lelaki dumb saja yang sanggup shopping dengan aku dan stay platonic. Pardon him, he thinks I’m hot).
Bayangkan, aku pilihkan baju untuk seorang lelaki, and he likes it so much.
Kemudian malam itu dia sms aku ‘Thanx NeEM, i really like dis shirt.Nk pakai esok ada date.’ Kau bayangkan esoknya dia pergi dating looking so handsome in the shirt I chose for him, dan lebih indah kalau temannya cakap ‘You look good today, sayang.’
Aduhai horninya!
Kalau tak beli baju untuk lelaki pun, aku suka tolong lelaki pilihkan hadiah untuk ibu atau teman wanitanya. Wow! Being able to choose a nice gift for someone without having to pay for it is totally awesome!
Iqbal Rifasha, ini hint untuk ikut kamu shopping. Sila faham.
Ok, well, yeah I am a sucker for altruism and gumption after all.
But not materialistic. Aku ini duitlistik. Heh.
Statement!
Kau bayangkan betapa bahagianya aku rasa kalau suami aku cakap, “I work hard for money. But I don’t know how to spend it. Will you help me out?”
Dan bila aku bercanda “We’re a perfect match. You love making money, I love spending money” beliau menjawab “Of course, siapa lagi yang nak spend if not you.”
Ok, aku memang kedengaran seperti high maintenance. Tapi percayalah walaupun aku mahu makan 6 kali sehari, tapi bukan semua 6 kali itu Naab atau Hotel Nikko. Aku tak kisah pun overdress untuk warung tepi jalan. You get the point?
Ada satu peristiwa di Xes yang aku tak akan lupa. Harga asal RM29.90. Potongan 50%. Sepasang wadges. Silver. Glittery. Sparkling. Wo!
Tapi aku sudah ada banyak kasut. I obviously don’t need it. But it’s lovely, and worst of all, it only costs RM15! I decided I didn’t need it, but ended up in tears because of the stress. I didn’t want to buy it because I know I’d regret it later, but I was also afraid I would regret not buying it.
Kamu teka sendirilah penamat kisah ini.
Mac tahun lepas, aku terlebih shopping (sebagai hadiah harilahir untuk diri sendiri). Kemudian aku tersedar bahawa aku tiada ruang untuk simpan semua baju dan kasut itu. Semua almari dan laci aku penuh. Hingga sekarang, sebahagian baju aku tersimpan di dalam beg. Then I made a vow not to shop for clothes till I can afford a new closet.
Satu pencapaian yang agak bagus kerana aku berjaya puasa sehingga Februari tahun ini. Bukan mudah mahu puasa sebegitu lama.
Rasanya kalau aku pergi Shopaholic Anonymous dan berkata ‘Hi, I’m NeEM. I’ve been ‘sober’ for 11 months now’ pasti aku mendapat pujian gemuruh.
Aku ‘berbuka’ puasa itu kerana aku rasa tak logik pula mahu beli almari baru sedangkan ruang untuk almari pun tiada. Who am I kidding?
Tapi sejak puasa tu ramailah pula yang hadiahkan aku baju. Maka baju aku masih berkumulatif walaupun tak beli. Kasut jua begitu.
Sejak aku decide yang aku tak akan beli kasut selagi semua kasut yang aku ada sekarang masih elok, kakak aku yang 3 orang semua nak kasi kasut. Maklumlah, kaki aku aje yang muat kasut yang mereka tak muat. Kakak pertama kasi kasut sukan, kakak kedua kasi boot tumit tinggi.
Kakak ketiga pula telefon aku minggu lepas tanya aku pakai saiz apa sebab beliau mahu belikan Crocs. Hati aku kata, ’no thanks, I’ve got more than enough shoes’ tapi bibir seksi ini mengatakan ‘Size 6. I want pink one, please. Thank you very much.’
Maka aku sudah merancang, bila berkahwin nanti aku tak akan habiskan duit untuk kereta atau kolam renang atau perabot mahal tetapi aku mahu walk-in closet.
Yeah, selain bath tub.
Seorang pemain bolasepak mengatakan bahawa kepuasan menjaringkan hatrik itu lebih baik dari orgasma.
Seorang bini pemain bolasepak mengatakan bahawa coklat yang enak itu lebih baik dari orgasma.
Aku tak pernah menjaringkan gol dan semestinya belum ada sex life, maka aku tak layak mengubahsuai ayat-ayat di atas.
How about a shopping spree?
Well, yeah, shopping malls make you feel good and all.
But shopping malls can leave you poshly broke.
But still, habis duit untuk diri sendiri is way better than habis duit untuk lelaki jongos yang buat kita kecewa, rendah diri, patah hati dan pokai, kan? Kan?
Kannnnnn…….?
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 suicidal thought(s):
wah.. walk-in closet... idaman setiap manusia dalam dunia kot... lagi-lagi yang macam dalam MTV cribs... hahhaha
Post a Comment