April 30, 2009

Perkara Tidak Best di sebalik keBestaan.

Perkara pertama, aku mahu ucap terima kasih kepada rakan-rakan yang kenal aku di luar blogosfera tetapi bila di sini boleh buat-buat tak kenal. Aku suka.
Aku berterimakasih juga pada pembaca yang sudah lihat gambar aku tapi tak hebahkan bagaimana rupa aku.
Dan kudos pada yang tahu identiti Encik Stateskop tapi buat-buat bodoh saja depan aku.

(Untuk pengetahuan kalian, keyword dalam enjin carian yang paling banyak membawa kepada Suicide Park ialah 'Encik Stateskop blogspot'. Kenapa kamu yakin sangat bahawa Encik Stateskop itu wujud?)


Kau tau tak perkara tak enak bila bercinta dengan manusia dari set sosial yang sama?


Perkara best itu kamu sudah tahu bukan? Kalau tak tahu sila email.
'Tanya Kak NeEM' dikelolakan dalam email.


Perkara tidak enak itu, terutama kerana set sosial kami membaca blog ini ialah

apabila aku sedang marah atau kecil hati dengan my other half,
aku tak dapat luah di sini.

Itu kerana aku tak mahu beliau dicemuh rakan-rakan dan pembaca aku.
Atau sebenarnya aku tak mahu dicemuh rakan-rakannya.
Atau aku tak mahu beliau cemuh aku kerana membawa perkara hubungan kami ke publisiti.

Macam itulah akibatnya.


Keperluan untuk meluahkan perasaan itu sentiasa ada.
Aku rasa macam nak padamkan hamfon namun tak guna juga, kerana kalau beliau tak cuba hubungi aku buat apa? memang lah tak ada kesan pun kecuali jimatkan tenaga dan selamatkan bumi.


Aku cemburu juga lihat perempuan lain boleh cerita masalah perhubungan dengan bitchy-nya di blog masing-masing. Atau sekurang-kurangnya di Facebook. Aku tak boleh. Tak sampai hati.

Rasa jahat mulut, kau tahu?





Ok, kau dah faham belum maksud tersirat entri ini?

Tolong, aku bukan nak kutuk orang lain. Aku cuma mahu luahkan perasaan sendiri.



So, kau dah faham belum maksud tersirat entri ini?




?

3 suicidal thought(s):

melon. said...

sudah tentu.
kau nak jadi ghost supaya org lain tak tahu apa kau cakap.
memang ini jalan terbaik.
kalau semua orang tahu nanti dituduh mulut becok pula.
betul?

Weed and Bandages said...

ok sama.

lagilah kalau dah kahwin kan? rasa macam nak luahkan tapi tak terkeluar. sebab yang kenal dan tak kenal rasanya tak perlu tau.

tapi masih boleh kawal jari.

tapi macam seksa juga.


tapi macam malas nak tulis dalam buku (konon diari) .

memang yang terang2 kongsi di blog sangat terbuka,

tapi bab2 nak terlalu terbuka, tak sampai hati pula.

:)


anyway, mmg tatau hang sapa wehh.. hehehe.. hang dan berpangkat 'datin' ka?

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

Neem ialah Datin Zaiton.

hehehe