Ini untuk Ms Weed, tapi alang-alang menyeluk saku biar sampai pada semua orang.
Encik Stateskop jenis yang suka berguru dengan otai-otai...dan beliau suka juga untuk berkongsi dengan aku ilmu yang beliau dapat. Baru-baru ini aku ikut beliau pergi berguru.
Saja ja beliau mahu libatkan aku supaya aku reti sikit-sikit.
Yang aku kagumnya, ramai otai-otai lelaki Muslim yang sudah menjadi usahawan jutawan ini mengatakan...
tidak perlu poligami.
Yang paling aku ingat, Encik Salleh anak Wak Dakam berkata;
"Buat apa bila dah berjaya nak kahwin lain? Bini pertama dah bersama kita waktu susah senang. Yang kedua tahu tumpang senang aja."
Betul juga tu.
Patut pun dalam surah Annisa' Allah telah memberi amaran bahawa kamu tidak akan dapat berlaku adil. Tak adil lah andai isteri kedua berkahwin dengan jutawan, isteri pertama kahwin dengan penjual ubat di pasar malam.
Sebut pasal adil, aku tabik sama Sultan Brunei. Aku tak tahu lah pula perihal rumahtangga dalamannya tetapi aku respek kerana Sultan Brunei pergi majlis apa-apa bawa semua isteri. Sepatutnya begitulah. Sudah ada ramai isteri kenapa cuma bawa yang pertama tetapi sorokkan yang lain?
Lagipun, kahwin ramai ni senang dapat dosa. Itu ajalah yang aku boleh cakap
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 suicidal thought(s):
lama dah tak tengok entri pasal poligami kat blog ni. haha. Macam biasa, boleh buat lelaki bukak mata besar sikit pasal ni.
buat ape nak kawin sorok-sorok... bersyukur jee lah ngan apa yang ade...
hahaha. aku setuju.
Post a Comment