May 18, 2009

All In The Family: Persoalan Arnab Ajaib Yang Khunsa Lagi Songsang

No, I'm talking about THIS rabbit.


4 bulan lalu, dengan tidak disangka-sangka Vanilla melahirkan 5 ekor anak.
Siapa ayahnya, masih menjadi misteri.
Ok, sebenarnya takdela misteri sangat. Cuma kami tak tahu yang mana satu antara 2 jantan itu yang patut dipertanggungjawabkan.

Anyway, hanya 3 ekor anak arnab yang survive dalam dunia yang kejam dan dipenuhi arnab materialistik ini. My favorite, yang paling nakal iaitu Dodot meninggal keracunan kerana termakan plastik. Maka, marilah kita sokong kempen No Plastic Bag.

Vanilla dan anak-anaknya diasingkan di dalam sebuah kandang lain. Maka tinggallah jantan berdua itu di dalam kandang yang lama. Boring....betul.


Ya, sangkar. Tapi aku panggil kandang. Lebih matang bunyinya.


Tetapi sebulan yang lalu, setelah 3 bulan Vanilla menjadi ibu, beliau menjadi nenek pula. Ketiga-tiga anak beliau melahirkan anak serentak.
Tiba-tiba pagi itu ada ramai anak arnab la pulak. Tak cool betul. Anak menakan aku dah layak menerima sijil perbidanan arnab. Ini tidak adil!


Erm. Apa-apapun, mari kita fikirkan. Kalau kesemua anak Vanilla melahirkan anak, itu bermakna ketiga-tiga mereka betina. Maka siapakan gerangan tuan empunya kromosom Y?
Selain mereka bertiga, cuma Vanilla yakni ibu mereka yang tinggal sekandang dengan mereka.



Seolah-olah perkara itu belum cukup memeningkan kepala kami, pada petang hari yang sama, Vanilla pula melahirkan 7 ekor anak.

Hah?

Hampir 30 baby arnab kesemuanya lahir dalam satu hari.

Ada lagi yang ajaib.
Anak-anak Vanilla yang baru lahir kesemuanya tak panjang umur. Dan Vanilla makan semua jenazah itu sebelum sempat dikebumikan. Oleh kerana kita tahu arnab bukanlah karnivor, ibu aku berteori mungkin jenazah bayi arnab itu menjadi penawar dan ubat untuk ibu arnab yang baru bersalin. Whatever.


Ibu aku berlagak cool tapi esoknya membuat pengakuan bahawa malam semalam tak dapat tidur kerana memikirkan begaimana arnab-arnab betina 4 ekor itu boleh hamil.
Encik Arif kata ”Tak mahu fikir. Tak payah fikir kan senang.”

Itu ego seorang lelaki. Mesti kat ofis dia Google jawapan kan?

Aku pun cuba jugak Google. Inilah yang aku jumpa tentang arnab khunsa. Aaa apa, homoerotic? Eh? Hermaphrodite?

Maka keluarga aku meneruskan kehidupan macam biasa, macam tiada perkara ajaib berlaku.

Tapi akhir-akhir ini ada bunyi-bunyian pelik dari kandang si jantan 2 ekor itu.

Lor...ada yang suka sama sejenis rupa-rupanya. Maksud aku, yang seekor itu mahu kerjakan yang lagi seekor yang tak rela. Kerana kasihan pada yang nyaris jadi mangsa rogol itu, (dan mungkin kesian yang horni itu) Encik Arif pun alihkan si jantan queer itu duduk bersama Vanilla.


Tapi tak selesai juga masalah.

”The other way, stupid! Not only you tried to do it with the wrong partner, you are doing it the wrong way. That’s her head. The other way around, stupid!”

Aku pun tak tahu arnab tu faham English ke tak tapi bila aku tengok arnab gay itu sedang buat apa, aku fahamlah kenapa Encik Arif marah sangat sampai membebel.
I mean, apa si jantan tu cuba lakukan? Is he forcing her to….?

erm… never mind.

Blog ini untuk tontonan umum, apparently.

Dan bunyi-bunyian protes(atau sengsara) dari Vanilla itu menimbulkan rasa ingin tahu pada cucu-cucunya yang tinggal 9 ekor itu. Semua sibuk nak skodeng. Nasib baik dan hadang dengan papan. Baru umur sebulan sibuk hal arnab tua. Nakai, neh.

“Huh. Tak reti-reti. Penat dah ajar!” Encik Arif sambung membebel.



Wait, ‘penat dah ajar’? Ajar arnab tu? Ajar cara mengawan dengan betul?
Erm..ajar camne tu?


Kalau mintak tolong Wonderpets pun wajib itu akan menjadi episod terakhir mereka kerana masalah ini tak dapat diselesaikan walaupun dengan kerjasama yang serius.


Apa-apapun, aku cuma nak cakap...

TAK BOLEH KE KITA BELA HAIWAN YANG NORMAL, YANG TAK KHUNSA/HERMAFRODIT DAN TAK SONGSANG/HOMOEROTIK?



Sekian.
Don’t judge a person by his pets.

6 suicidal thought(s):

farizzet said...

Tu la akibatnya mengasingkan arnab mengikut jantina. Betina semua beranak, jantan jadi gay. Kalau marah sangat, buat sate arnab. Habis cerita. Halal juga tau yg penting sembelih mengikut syarak.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

ini selalu berlaku bila ada kecelaruan dalam gene pool.

Weed and Bandages said...

Nama 'Vanilla' macam sedap saja nak di makan. :D

adrie said...

gua ngah tmbah pengetahuan pasal arnab...thx utk info..hahah

Anna Molly said...

setuju dengan adrie.haha

tenkiu n hello!

nice blog.=)

NeEM™ of Suicide Park said...

Oh..terima kasih atas sokongan anda semua.haha