Kalau kau ingin tahu apa yang aku mahu sekarang ini.
Kalau kau bertanya apa yang aku mahu saat ini.
Setakat ini.
Aku mahu kekuatan.
Kekuatan untuk menghadapi hidup ini.
Kekuatan untuk tidak berpaling dari Dia tika aku kesesatan.
Kekuatan untuk menyenangkan hati orang yang aku sayang.
Aku mahu kekuatan untuk berhadapan dengan semuanya.
Aku mengemis secebis kekuatan dari kekuatanNya yang maha banyak.
Kerana aku sedang bersedia untuk berduka.
Atau sebenarnya aku sedang berduka. Bukan untuk hari ini.
Tapi aku berduka untuk hari esok.
Kerana esok dan seterusnya aku bakal berhadapan cabaran getir.
Walaupun aku sudah menempuhi pelbagai jenis kesedihan, aku rasa ia belum berakhir.
Garis di tapak tanganku masih banyak cabangnya. Yang halus-halus itu.
Dan kamu, wahai pembaca.
Kalau kamu bersama aku, tolong doakan aku. Tolong pinjamkan kekuatan doa kalian untuk aku.
Doakan aku tabah dan kuat untuk mengharungi entah apa pula yang datang pada aku esok hari.
Dengan kehendakNya, aku doakan kalian jua.
***
We ask God to grant us
The serenity to accept the things we can’t change,
The courage to change the things we can,
And
The wisdom to see the difference.
:)
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
May 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 suicidal thought(s):
Baiklah!
Amin.
Neem, amal doa rabitah.
Ujian tak boleh elak. Jadi aku doakan, "Semoga di permudahkan".
Amin.
Btw, aku tak boleh nak tahan nak puji ayat ni. Aku rasa telinga capang aku teruja bila baca ayat kau ni;
"Walaupun aku sudah menempuhi pelbagai jenis kesedihan, aku rasa ia belum berakhir.
Garis di tapak tanganku masih banyak cabangnya. Yang halus-halus itu."
knape berduka cik pokok?
Jangan putus asa, lagi-lagi terhadap Dia. Semoga pulih cepat2. amin :)
langut ke langit.
Amin
Post a Comment