"Nak keluar tak? Sebenarnya orang nak temankan cousin orang jumpa kawan lelaki dia yang konon takde apa-apa tu, so orang pun perlukan teman jugak.”
Aku kata OK je. Aku fahamlah memang bosan kalau kau sorang-sorang je chaperon adik kau dating.
Lagipun aku dah lama tak jumpa Cik Muah, seronok juga dapat berbual.
Tapi bila kami sampai di tempat yang dijanjikan, oh wow, lelaki itu bawa lagi 3 orang kawan.
We were outnumbered.
Cik Muah duduk sebelah cousin dia Sue, aku duduk depan Cik Muah, sebelah one of the guys.
“Ok ke duk situ? Nak tukar tempat?” beberapa kali gak la mereka tanya dengan kadar berbisik yang cukup untuk didengari semua pihak.
Aku kata tak kisahlah.
“Given my status (taken) and my age (!) I don’t give a heck anymore.”
Aku sorang je perempuan tak available kat situ, maka aku rasa macam mahu protect Cik Muah memandangkan beliau pun tiada tanda-tanda berminat.
Maka aku dan Cik Muah berbual macam tak duduk semeja langsung dengan those guys. Tiba-tiba Cik Muah tergelak kerana dia dengar mamat-mamat tu teka umur dia 21.
“Do I look twenty one?” Seronot skali Cik Muah kita.
Aku angkat ibu jari.
”Yeah, baby. You look 21. And I’m TWENTY NINE!”
“Apa? 29?” Cik Muah tak faham.
“Yes, I’m TWENTY NINE!” Saja je aku sebut kuat-kuat.
”What do you mean you’re 29?”
Aku nak sepak kaki Cik Muah nak suruh dia berlakon tapi kaki tak sampai. Aku nak jegil mata kang nampak sangat.
Seketika lepas tu aku dengar Sue beritahu those guys
“Kak NeEM ni 4 tahun tua dari Sue.”
Cis. Kantoi. Takkan lah Sue cakap dia 25 kan?
Aku pun tak tahu kenapa aku nak berlagak tua. Mungkin sebab aku rasa those guys tak lebih dari 22 tahun. Kalau tengok gaya dan muka, memang la macam 25 tahun. Tapi bila bercakap, nampak sangat muda. Kalau aku takleh teka chronological age pun, mental age tu boleh lah.
Kalau nak bagi turn off, patutnya aku emphasis yang aku taken, bukan 29 kut. Haha…
Dan aku teruskan berbual tak hengat dunia dengan Cik Muah walaupun kadang-kadang terpaksa menjawab soalan-soalan those guys yang masih mahu cuba berkenalan.
Dalam hati aku fikir, sendiri mau ingatlah kan, kalau kami berminat mestilah kami pun cuba beramah tamah instead of buat hal sendiri. Tolonglah, perempuan zaman sekarang dah tak jual mahal kalau memang nak. Dunia nak kiamat. Lelaki makin sikit.
Lagipun, perempuan ni, kalau tak layan lelaki dikata sombong. Kalau layan pun dapat nama buruk juga. Daripada pangalaman aku, baik sombong dari awal.
Lepas mereka beredar, aku dengar Cik Muah dan Sue berkata
” Diorang asyik usha Kak NeEM ja...?”
Ok, next time I’ll be 32. And engaged.
Teringat pula budak junior yang nak berkenalan semester lepas.
Aku cakap aku budak tahun pertama pun dia percaya.
Dalam hati aku cuma kata,
”Boy, I’m like, 2 years older than you are. You’re lucky I’m not your lecturer.”
Aku tak tahu lah batch aku ni muka tak matang ke apa, tapi sehari sebelum pilihanraya kampus, aku dan kawan-kawan on the way mahu pergi menyendol (makan cendol) tiba-tiba kena tahan dengan sorang junior.
“Esok mengundi ye, dik. Wajib tau untuk student, wajib!”
Erk! Adik?
“Wei, kitorang lecturer la wei!” Bebet jawab bila budak tu dah jauh sikit.
Sebab aku sorang je yang bukan pensyarah di situ.
Nasib baik aku bukan pensyarah. Kalau tak mesti aku dah cakap depan muka budak tu tanpa niat untuk memalukan.
Pengajaran di sini, jangan suka-suka hati mengurat di kampus. Sekarang ni pensyarah muda-muda dan ranggi dan comel lote.
Macam Ryan!
Haha...
Update: Dude, I'm old enough to be your HOT SEXY kakak ipar
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
cikgu yang age 28 beza dua tahun muda dari i yang jelita ini tiba-tiba panggil KAK *WEED, dan dan aku rasa macam tua mak enon sangat ok.
haha..
betul-betul..
pensyarah aku pun tanya pasal thesis ikut facebook saja..memang muda dan ranggi lah..
KALAU GITU BE my sexy ADIK IPAR. eh... takde adik laki pulak... atau bini kedua? :p
laki makin sikit kan?
neem, sepatutnya kamu bole handle diorang la. takkan tu pon kantoi... hahahaha
Neem, sekarang ni guys dah tak kisah hal umur. Walopun gals lebih tua 3,4tahun tapi kalo hot takkan kucing nak tolak ikan. :)
Untung awet muda tapi seksa dapat boyfren muda. haha~
anda kelihatan sgt muda kot... ok lah tu... tp mmg lecturer skrg muda2... takut salah tegur...
"the tree of the 40".. tapi..kenapa 40?kenapa tree?
Weed.
Sebab tu saya tak panggil Kak macam Rhona.panggil cikgu je.haha..
.Khairi.
Nanti bila saya jd lecturer add lah saya.
Fariz.
Mmg boleh handle, tp takde mood.Lgpun I'm done breaking guys' hearts.
Dyana.
Klu matang tak kisah la...I need a man, not a boy who thinks he can.
Yob.
Tunggu I jadi lecturer nanti u nguratlah I....
Anonimo.
U ask me?
hey how about me who looks like some cute budak sekolah menengah..
damn..
Ya, dik. Nak cari sapa?
Post a Comment