Aku rasa sudah menjadi pengetahuan am, kita akan suka sesuatu atau seseorang itu berlebih-lebihan pada mulanya, dan secara gradual perasaan suka itu akan menyusut sejajar dengan peredaran masa.
Contohnya, seperti manusia yang bercinta bagai nak rak tapi selepas berkahwin sudah hambar. Makin tua, makin hambar. Bukan macam Ustazah Semanis Kurma TV9 tu dengan Bang Aji beliau.
Abang Haji, bukan Ajie Ngateman.
Seperti aku yang dulu suka sangat makan nugget ayam waktu kecil. Sekarang sudah muak.
Seperti aku dulu sangat suka pakai baju biru, sudah lama bosan jua.
Tapi ada satu perkara dalam hidup aku yang aku belum bosan. Bukan setakat tak bosan, malah benda ini still amazes me. Aku masih kagum dan teruja sampai sekarang, selepas 10 tahun.
Aku menaip ini sambil menonton konsert S&M Metallica.
Selepas 10 tahun, aku masih tabik sama mereka di atas kejayaan konsert ini.
Kemantapan suara Hetfield macam dalam studio(malah lebih best). Sungguh bertenaga lelaki tua itu.
Sistem bunyi yang berjaya mengimbangi antara suara, band dan orkestra. Memang tak sia-sia keringat Hammet dan Ulrich, tak tenggelam langsung hasil gerak tangan mereka.
Pencahayaan, videografi, koreografi, semuanya bagus.
Sekarang kamu semua boleh donlot saja. Tapi aku masih sayang VCD ini.
VCD yang sudah calar balar tapi tinggi heavymetal value.
Bapak aku pun layan VCD ni tau!
Nasib baik Encik Stateskop pun menggemari. Yeay!
Boleh kongsi belikan DVD original.

7 suicidal thought(s):
ya, seperti dulu Mr.B tak lupa (tak jemu?) jam tepat 12.00am ucap selamat hari lahir. (chenta sangat kan?)
la ni bukan setakat jam 12 lebih, kalau dia TERingat dah tu dia tanya,
"awak nak suruh saya wish happy birthday ka?" (muka tak bersalah lalu sambung tidoq)
hahaha.. 'awak NAK SURUH' tu yang tatahan tu.
birthday yang kedepan, entah apa ayat yang keluaq pulak.
huhu sokong neem, tengok tajuk dah teringat merka. tak salah tekaan saya, saya pon ada mp3 albumnya dan masih dengar lagi. ;p letak dalam iphoone dan bole dengar selalu.
Concert ni classic! Aku ada CD ni jugak dulu, tapi dah calar dan rosak. One of the best concert i've ever seen. Ok, tonton di screen tv/computer je. Dan aku setuju, tak pernah bosan!
Cikgu.
Takpa2, makin tua biasalah dah nyanyuk.Ingatkanlah beliau.
Fariz.
Right on!
Dammit.
Haha..klu ko pergi US tgk concert tu aku nak autograf hang.
cube layan Portishead Live kat Roseland NYC ngan orchestra!
Sila sponsor dvd.
wonders of technology
www.youtube.com
:P
Post a Comment