May 11, 2009

Selsema Arnab [excuse the error, please]

I’m back.

Maka keluarlah Si Anoneemus™ dari tempat persembunyiannya selama seminggu itu.

Kembali ke Bumi.

Kembali ke Malaysia.

Kembali ke Blogosfera.

I was so sick last week that I quarantined myself with supplies of Gardenia Butterscotch leftover, biscuits, a lot of chocolates, a toilet roll, books and a bottle of peach beer in the absence of bottle opener.

Kemaskini: Botol beer tu masih tak dapat dibuka sehingga sekarang.

Dan, lain kali aku mahu dikuarantin di tempat yang ada akses internet.

ThankGod for the technology of text messaging for I’d lost my voice over the week.

Apa yang berlaku?

Aku pun tak pasti.

Yang aku ingat aku lupa mahu salam dengan ibu waktu keluar dari rumah kerana anak menakan aku muntah di dapur.

Yang aku ingat hari yang sama aku tonton Wolverine.

Yang aku ingat pukul 9.30 pagi 6 haribulan aku berada di MATRADE, cari parking.

Pukul 5.45 petang hari yang sama aku masih di MIHAS. Maknanya 8 jam aku berjalan sambil makan/minum sampel.

Oh ya, pukul 3 pagi aku terjaga tanpa sebab dan tak mengantuk langsung. Terkebil-kebil kehairanan. Kemudian baru aku ingat, kali terakhir aku terjaga begini keesokannya aku pengsan di stesen LRT.

Few years back, being a design student, aku paling ngeri untuk jatuh sakit. Kalau kau sakit, kau tak dapat siapkan projek dan kalau tak siap akan gagal subjek studio. Maka secara tak sedar, segala pening sakit demam tak dihiraukan. Yang penting, kerja kena siap. Oleh itu, aku dah tak sensitif pada perubahan suhu badan. Aku tak sedar kalau aku demam. Tu yang pengsan kat LRT, dah demam lagi mau berjalan-jalan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku sediakan termometer untuk diri sendiri. Once in a while, aku kena ambil suhu badan sendiri. Suhu badan normal aku 37.5-38° Celcius. Nak dapat MC bila-bila pun boleh. Waktu sekolah selalu kelentong.

Back to the story, aku pun suspek yang aku demam. Yang peliknya, aku rasa dahi dan leher aku sejuk je. Tak panas langsung. Tapi aku guna juga termometer.

Aik? Penanda aras suhu tu tak berhenti pun. Bila dah sampai 40.5° menuju ke 41° Celcius aku mengalah. Gila apa taknak berhenti? Dah lebih dari 38 tu demam lah.

Rupa-rupanya tangan aku pun panas, patut pun tak rasa dahi aku panas. Heh.

Esoknya aku mintak Angah Kildong bawa aku pergi klinik. Skali suami dia ada daa...segan aih dua-dua teman aku macam bawa anak.

4 hari aku tak makan nasi dan berlingkar atas katil je. Lemah semacam. Tak pening pulak tu asyik tidur je. Tak pulak gastrik walau tak makan.

Kenyang makan ubat ja. Mau taknya ada 10 jenis.

Tu lah, bila demam asyik tahan-tahankan. Buat-buat sihat, mindsetting.

Skali datang yang ni tak boleh tahan punya dah.

Sudahnya seminggu aku kencing bau antibiotik. Nasib baik dah abis dah.

Pengajaran yang aku dapat ialah,

1) Bak kata doktor aku, skang ni bukan zaman final project lagi. Dah tak payah tahan-tahan sakit tu.

2) Badan aku tak sekuat minda. Minda tak boleh seksa badan aku kalau penat.

Oklah, aku nak tukar cadar. Aku waktu demam berpeluh sakan, kepanasan.

Aku bukan jenis yang menggigil dalam selimut kalau demam. Lagi mau bukak baju ada la. Kalau tak batuk dan selsema dah lama aku buat.

Serius, bila aku demam panas, aku kepanasan.



[Bongok betul. Aku guna IE tak jadi, Firefox pun tak jadi. Spacing semua lari.
Sorry ]

7 suicidal thought(s):

xxeemm said...

la. tak sempat nak tengok2 arnab. ada orang pesan suh bagi makan. :P

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

ish
kasihan

farizzet said...

sakit mata la bila baca putih atas hitam. tidak semua pembaca kamu muda ya.

ezz-thetics said...

woits!! tak habaq mai ofc gua!! boleh jumpa...;p

NeEM™ of Suicide Park said...

Xeem.
Ambik lah arnab2 tu.tak larat nak jaga taik dia.

Blogger.
Terima kasihan.

Fariz.
Sedar diri takpe.

NeEM™ of Suicide Park said...

Ezz.
Memang teringat kat Ezz pun pagi tu..skali kul 6 baru balik daa..dah lembik lutut.Len kali,k!

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

"Oklah, aku nak tukar cadar. "

Ingatkan kencing malam..... hahah