(Episod 1-3 adalah di Suicide Park yang lama)
Dalam akhbar NST 3 minggu lalu, terdapat satu artikel tentang perempuan yang dress up(berhias/melawa) untuk perempuan lain.
Aku mengambil kesempatan itu untuk memberitahu lelaki-lelaki di luar sana, (terutama yang terlalu ego untuk mengaku bahawa kau tak faham perempuan langsung), perempuan dress up untuk beberapa sebab;
Untuk diri sendiri, untuk lelaki, untuk perempuan lain, sebab mak ajar dress up sejak kecik, untuk kerja, untuk jaga status dan lain-lain.
Noted, lelaki hanyalah salah satu dari faktor-faktor itu.
Dan kebanyakan perempuan dress up untuk perempuan lain. I’m not talking about lesbian. We girls want to look good and sexy in front of other girls.
Aku lah antara perempuan itu. Percaya atau tidak, teman lelaki aku sendiri pernah argue kenapa aku dress up bila keluar dengan orang lain tetapi tidak dengan beliau.
Memang kalau mahu jumpa perempuan aku bersiap lebih, mahu mekap juga kalau boleh. Kalau keluar dengan lelaki haram la aku nak melawa.
I don’t know, I guess I would want to impress other women with my look…but I wouldn’t want the same effect on guys. My girlfriends know me well enough they don’t need to be charmed by my personality.
Or maybe I don’t dress up for guys because I know most of them are rupalistik.
Most of them, not all of them. Aku kenal juga beberapa yang jenis tak rupalistik, dan percayalah lelaki begini yang aku kenal semuanya baik hati dan calon suami sejati.
If you are not one of them why bother? Can’t accept the fact that your brothers are chauvinist pigs, unlike you?
Pandang sekeliling, bro. Kau pergi tempat orang dating. Beritahu aku berapa banyak pasangan yang terdiri dari lelaki buruk dan perempuan cun? Dan berapa banyak pasangan lelaki hensem dan perempuan plain.
Lagi kau taknak mengaku lelaki lebih rupalistik berbanding perempuan?
What’s wrong with being rupalistik then, sampai kau tak nak mengaku? Memang kita suka keindahan kan? Siapa tak suka benda cantik?
What’s wrong is when you take it to the level yang dipengaruhi halo effect dan positive illusion. Contohnya di sekolah BFF aku, lelaki akan undi perempuan cantik untuk satu-satu jawatan kerana mereka kata “Perempuan lawa sedap dipandang dan lebih rajin buat kerja.” Nasib baik aku takde kat situ, kalau tak confirm aku akan bertindak di luar batasan.
What’s wrong is when kau cuma mahu berkawan dengan perempuan cantik. Atau kau cuma mahu tegur seorang perempuan plain itu untuk berkenalan dengan kawannya yang cantik.
Perempuan pun suka lelaki hensem. Ada juga yang rupalistik. Aku berkawan dengan orang hensem je sebab kawan aku semua hensem. So what? Tapi perempuan lebih memandang pada karisma, status, leadership dan ehem, ka-ching.
Fair enough, lelaki rupalistik, perempuan materialistik.
Dah.
Anyway, percayalah kebanyakan perempuan berhias untuk perempuan lain. Buktinya, perempuan melawa juga untuk pergi Bachelorette Party atau Pyjama Party.
Di asrama perempuan, di tempat yang tiada lelaki, ramai yang berhias juga. Dan aku tak akan pergi bilik kawan dengan rambut tak bersikat. Di bilik pun kami mahu pakai klip rambut yang sesuai dengan warna baju. Aku sentiasa pakai anting-anting. Ramai je perempuan belum berkahwin yang beli lingerie cantik-cantik. Untuk diri sendiri juga.
Ramai juga kawan perempuan aku yang komplen, bila pakai mekap, teman lelaki cakap ”Tak apa, tak mekap pun saya dah suka dah.”
Well, nak termuntah juga aku dengar cerita perasan macam ni berulang kali. Purpose wanita diciptakan Tuhan untuk jadi entertainment lelaki ke? Berhias pun untuk lelaki saja ke? It wouldn’t be fair for the visual impaired, right?
Wanita memang suka berhias. Tak perlulah ada lelaki baru nak melawa.
Kalau tak, mestilah ustazah-ustazah yang dah berkahwin semua selekeh mangai bila di belakang suami sebab mereka berhias untuk suami sahaja.
Kesimpulannya, aku buat ayat sopan sikit ya, tolonglah jangan perasan yang perempuan melawa dan menyeksi itu semata-mata untuk lelaki. Bersyukur je lah dengan nikmat mata yang Tuhan bagi. Yang pasti tujuan hidup aku bukan untuk memuaskan nafsu lelaki.
I’m not here for your entertainment,
You don’t really wanna mess with me tonight…
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
May 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

11 suicidal thought(s):
seriously, perempuan melawa juga salah satu sebab semua nak sama-sama cantik dalam gambar!
lelaki yang mengendeng-ngendeng dekat perempuan cantik dan totally mengabaikan kawan kepada kawan perempuan cantik yang kurang cantik di sebelah adalah super rude!
'Ramai je perempuan belum berkahwin yang beli lingerie cantik-cantik. Untuk diri sendiri juga.'
aahh sangat betul.terima kasih la cik neem.
Perfect.
wahahhahah. btol2. org yg aku suka, langsung tak menepati taste paras rupa aku. tp sebab dia menarik hati aku, maka aku x heran pon dgn muka dia. (well, dia xde laa huduh sgt sbnrnya)
hehehehheheh
hahaha... entri ni mcm lawan entri aku. tak kesah, bagus.
tapi
aku hensem gf plain
memang banyak sebab perempuan melawa, demi perempuan lain, demi lelaki, demi kucing, demi cuaca, demi pak guard klcc, tetapi sebab utama every perempuan dalam dunia melawa ialah untuk pleasure adik penyangak.
"Fair enough, lelaki rupalistik, perempuan materialistik."
Couldn't agree more. Apa kata teruskan siri ni. oh, seronok pulak main teka lyric. haha
aku bace sume siri berckp dgn jin by tamar jalis. time tu kecik lg. takot.
Sarah.
Oh yes, mana aci org lain cantik dlm gambar tp kita selekeh ye tak?
Casper.
Suka La Senza?
Fafa.
Eh sama lah kita!
Fariz.
Hang bukan dah tunang ka?
Penyangak.
Ha'ah. aku pakai selendang pun sebab nak please adik ngko tu.
Dammit.
Setiap entri aku letak lirik, ko teka. ok tak?
Satan.
Eh aku pun collect siri tu. time tu baru umur 6-8 tahun.
Suka!
ada perempuan melawa kerana Tuhan, kerana Tuhan itu cantik dan menyukai kecantikan...
"Kecantikan itu hak milik setiap insan" - Felisha Cosmetic
"Cantik sangat" - wife basyir -
Bukan Felisha la..itu yang NV apa nama ntah yg Filipina tu.
BTW, komen yg sangat bernas. I loike!
Post a Comment