Dear Tomok,
Awak tau tak, dulu kan, waktu kita tingkatan 2, tingkatan 3, kita tak minat New Boyz. Kawan-kawan kita, terutama classmate tingkatan 4 semua tak suka New Boyz. Tapi kita kenal vokalis dia nama Tomok. Time form 4 tu memang kitorang sekelas macam pelik sebab semua tak minat Siti Nurhaliza dan New Boyz. Yang lagi pelik, ada pulak mamat nama Aizuddin taruk gambar awak kat meja dia.
Satu hari tu kan, kawan kita Iffah (dia pengawas tau) rampas surat cinta budak form 2. Lepas tu, sebab kita budak nakal kan, kita baca surat-surat tu! Hehe...surat-surat tu semua untuk awak, tapi tak sempat pos la. Pengawas dah rampas. Sekolah tu memang suka masuk campur hal peribadi, tak boleh salahkan pengawas. (Kan, Syara kan?)
Kita gelak terkekek-kekek tau baca surat tu. Antara baris-baris ayat budak junior tu tulis yang kita takleh lupa ialah 'Erm, rasa tak best la saya panggil abang ni Tomok. Saya panggil Shah la ya. Abang Shah sihat?' Wahahaha...
Maaflah, dulu kita memang nakal. Sekarang lagi nakal.
Lepas tu waktu kita masuk pertandingan Choral Speaking peringkat kebangsaan, kita jumpa awak. Awak ingat tak dulu awak buat persembahan selingan sementara tunggu keputusan tu? Awak dengan budak-budak Cheras lah waktu tu. Sampai sekarang kita takleh lupa sebab awak lupa lirik. Hihi.. Waktu tu awak kena nyanyi lagu kumpulan Senario yang jeling-menjeling tu.
Junior kita time tu semua syok betul dapat jumpa awak. Memang awak hotlah di kalangan mereka. Maklumlah, budak sekolah kita tak ramai yang comel. Kalau ada pun budak perempuan batch saya dah kebas dulu...kata semua comel macam saya.
Lepas habis sekolah kita masuk matrikulasi kita kenal Kak Eiwa tau. Alah, Kak Eiwa tu sepupu awak, yang kahwin tahun lepas tu. Dia lah yang beritahu kita. Dia cakap awak comel dan baik.
Saya percaya.
Lepas tu saya dah tak dengar apa-apa pasal awak sehinggalah tahun ini. Angah Kildong beria nak tengok awak dalam OIAM tu. Saya diam aja. Dia ada cakap awak menangis kena komen kaw-kaw. Saya tak hairan. Faizal Tahir dulu menangis juga, tengok sekarang sudah berjaya. Dari tangisan ikhlas awak tu saya nampak ada kesungguhan dalam diri awak maka saya yakin awak boleh berjaya. (Ayat gebang tak hengat).
Oklah, tahniah saya ucapkan. Sebenarnya saya tak tahu apa-apa tentang OIAM musim ini. Saya cuma baca blog kawan-kawan saya.
Awak patut ucap terima kasih pada mereka kerana memberi sokongan padu di belakang awak.
Sekian,
Anoneemus™
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 suicidal thought(s):
kau sekolah kat sekolah cap kunci ke dulu?
surat ini gerenti takder pengawas nak rampas :p
gelimat! hahahahaa
hahaha..
sama sama.
cuma tau dari baca blog dilla.
NeEM here.
Sekolah Cap Kunci tu jgn cakap kuat-kuat. Ada rahasia. Har har..klu sekolah tu pengawas dia x rampas surat untuk Tomok.haha..
tomok???antare artis sengau yg aku kutuk tak hengat dlu2!! hahaha. tp,now..aku rase segan lak nk ckp..aku terkagum kat die, muahahaha
Post a Comment