Di LCCT itu aku masuk dalam kereta dan aku nampak ada tali leher atas dashboard maka aku pakai. Encik Stateskop kata dah habih Avril Lavigne la tu ha? Aku sengih je dan dia kata nanti lupa nak bukak mula lah tu tapi aku jawab balik alah bukannya hina di sisi masyarakat pun pakai macam ni lagipun bukannya aku pakai selendang lilit-lilit lepas tu lilit neck tie pula. Dia kata nanti dicemuh jua.
Sampai di stesen minyak aku tanya nak isi berapa? Beliau buat tak tau terus keluar dari kereta tapi sempat pusing belakang dan kata tu, tali leher tu bukak. Aku buat tak tahu je lah setakat duduk dalam kereta siapa nak peduli lagipun tali leher tu aku yang kasi dia aku pun nak rasa pakai juga.
Bila dia kembali dia tanya pandai isi minyak ke? Aku terus keluar kereta dia suruh aku bukak penutup tangki aku bukak guna tangan kiri dia tanya aik kidal ke apa? Aku cakap tangan kanan untuk makan nanti malas basuh tangan kemudian lepas isi RM50 aku tertumpahkan pula sedikit minyak.
NeEM, isi minyak pun tumpah ke?
Hellooooo.....!
Lepas tu aku tutup balik tangki minyak tapi lupa guna tangan kiri habis tangan kanan aku kena minyak. Dia gelakkan aku dan pakcik kat sebelah yang tengah isi minyak pandang je walaupun sebenarnya dari tadi dia asyik pandang aku. Aku fikir apa pakcik ingat saya tak reti isi minyak ek?
Masuk dalam kereta baru aku perasan sebenarnya pakcik tu pandang sebab aku pakai tali leher macam pakai leash mesti sekarang pakcik tu tengah jamming lagu Freak On A Leash sebab teringat kat aku. Yelah aku agak je takkan dia jamming lagu Karma Police pulak bila teringat aku tapi ikut suka dialah aku bukan kenal pun dia. Aku cuba bukak tali leher tu dengan tangan kanan Encik Stateskop kata habis tali leher tu bau minyak kang. Aku hidu tali leher dan kata too late! Dan dia tonyoh tali leher tu pada hidung aku sebagai hukuman padahal aku tipu je mana ada bau pun.
Tada!
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
June 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 suicidal thought(s):
aku rasa comel pulak entry nih!
Haha. I enjoyed reading this ;)
Freak On A Leash dan Karma police memang best. Aku rasa pakcik tu jamming dua-dua lagu, tapi tambah lagi satu, lagu avril. haha
sila cuci baek2 ya itu neck tie.. =p
agak la, agak comel
Blogger.
Hey, yang comel itu NeEM. bukan entri.
Amy.
Ya, sebab NeEM comel.
Dammit.
Lagu Avril yg mana?
Belly button.
Tau belly dancing?
Yob.
Trimas. Saya tau saya comel.
Apa-apa lagu, asalkan bukan lagu hot atau girlfriend. Aku tak dapat bayangkan.
Post a Comment