June 30, 2009

I don't blame you if you love me, I won't blame you if you give up on me.

Aku selalu juga beritahu Encik Stateskop supaya dia sedar.

Aku beritahu dia, kebanyakan lelaki suka aku kerana mereka sangka aku budak baik lepas tu turn off bila dah kenal aku. Kalau sempat turnoff, nasib baiklah.
Tapi kalau yang love at first sight, tak sempat berkawan sudah ada perasaan. Kalau dah suka, aku buat apa pun nampak OK je kan? Kecuali bila aku date orang lain.
Tapi mereka tak kisah, coz they see what they want to see.

Padahal setakat tengok aku dari jauh dengan berpakaian sopan sebab ikut dress code nak pergi kelas apa lah sangat.
Belum lagi tengok aku mengamuk suatu malam dalam studio sebab ada kakak-kakak yang makan dekat meja aku tak kemas balik. Siap ada air soya tumpah tak lap.
Belum lagi tengok aku serabut tak mandi tak tukar baju 2 hari sebab tak siap kerja. Lepas tu menangis sebab penat. Kak Liza pun tak larat nak pujuk.
Belum lagi tengok aku melalak lagu Faizal Tahir sepenuh hati.



So aku beritahu Encik Stateskop supaya kalau dia rasa aku bukan orang yang dia mahukan, masih ada masa. Masa untuk aku dan masa untuk dia. Tapi aku tak cakap terus terang sebegini lah. Aku tak ada perut untuk beritahu dia yang sebenarnya aku juga mahu dia bersama dengan perempuan yang seperti dia mahu (walaupun dia akan cakap akulah yang dia mahu).

Perempuan baik.
Yang tak buat hal.
Yang tak emosi.
Yang independent.
Yang kuat.
Yang tak pandai kecil hati.
Yang tak tahu bermasam muka.
Yang sentiasa senyum.
Yang pandai sembunyikan perasaan.


Aku tulis ni pun macam tak ikhlas sebab aku tak tahu wujud kah perempuan yang tak pandai kecil hati dan bermasam muka dengan orang tersayang.


The truth is by being myself I always make him feel miserable.
Mungkin la dia cakap itu tak ada apa-apa. Tapi dia bukan Wolverine.
Kalau dia Wolverine, he won't be able to talk about how I hurt him with what I say.
Kalau dia Wolverine dia tak akan ungkit cerita lama waktu dia marah.



Sebenarnya niat asal entri ini adalah untuk menyedarkan manusia yang sedang memendam rasa kerana aku.

Aku bukan bad girl yang mahukan bad boy dan tak mahu good guy.
Aku bukan bad girl yang mahu bad boy supaya aku jadi lagi teruk.
Aku bad girl yang mahu orang terima aku seadanya dan buat aku jadi better. Bukan orang yang sangka aku budak baik kemudian kecewa bila dah kenal siapa aku.

At least my current boyfriend is a good guy.


Kamu cakap kamu kecewa aku boleh bertukar boyfriend tapi tak beri kau peluang.
Oh, bukan setakat itu, ok? I dated some others in between the relationships.

Aku hairan kamu tak pernah terus terang dengan aku, tapi marah aku tak kasi peluang.

Kamu nak marah, marah lah.
Kamu cakap aku pretend to be innocent, kamu bacalah blog ni. Tak innocent langsung.

Tapi aku innocent bab aku tak enjoy making people depressed.
Dan mungkin kau patut tanya Encik Stateskop best sangat ke dapat keluar dengan aku? aku dah banyak kali buat dia serabut. Bukan aku sengaja, tapi aku memang ada masalah emotional dependence. Dan aku sangat degil. Itu salah aku.



Kamu patut bersyukur sebab tak dapat aku.
Jangan marah boyfriend aku, dia tak bersalah - unless dia bomohkan aku lah.

Now that you see my true colors kau kena bersyukur. I think you're pretty angry with yourself. Kamu marah kerana hati kamu suka pada perempuan macam aku sedangkan akal kamu sudah nampak I'm not good enough. Mungkin juga kamu marah kerana aku date orang-orang yang kamu kenal.
Lain orang, lain cara untuk heal. Lain juga tempoh masa yang diperlukan.
Kalau dengan membenci aku it helps, then be my guest.


My dear boyfriend pun sama, if you think you can't put up with me anymore, I won't blame you. I know I've got issues.


Oh wow. Sudah cacamarba. Pandai-pandailah extract mana satu untuk boyfriend, mana satu untuk the other guy.
Hati aku serabut dengan orang lain, moral conscience aku serabut dengan orang lain. Akal aku serabut dengan hal keluarga.


[Ini sekadar luahan perasaan. Belum tentu orang yang dimaksudkan membaca blog ini. Jangan memandai-mandai suspek sesiapa]

10 suicidal thought(s):

YobSumO said...

akulah org yg dimaksudkn :p

hahahahaha

Weed and Bandages said...

Walau dah kahwin aku cakap kat Mr B,

dah boring satu ari nanti, cakap je la.

benda 'clear' senang nak setel.

leceh lah kalau serabut.

farizzet said...

oh, terasanya aku ;p

farizzet said...

tiada siapa mampu mengubah seseorang melainkan dirinya sendiri.

tapi bile seseorang sanggup berubah dirinya sendiri demi seseorang lain, maka hargailah pengorbanannya. kalau 2 insan lelaki pompuan sanggup berubah untuk mencapai sesuatu matlamat, maka adalah jodohnya itu.

saya bukan nak memesong agama atau apa, tapi bagi saya jodoh seseorang itu lebih kepada diri sendiri yg tentukan, kerana segala usaha adalah usaha diri masing2.

so kalau sudah tiada usaha lagi, tiada damai lagi, tiadalah jodoh. tapi ingat, usaha dan damai tu masih bole dipupuk jika kita menyedarkan antasa 1 sama lain.

sekian terima kasih

Belly-Button said...

gud, i like ur words. blunt in a gud way.
ble da nmpk true color n still in love, such a luck.
if not, wut to do.

coz i tink man often thought that lady asks too much from them; asks them to follow wut she wants. padahal we just being ourselves yg mmg mcm tu.. klu tak jd mcm tu, mean mcm d lady pulak yg tpksa ubah current self to adapt with d man.

Anonymous said...

Ape ni neem?gaduh ke?Aku dgr org slalu ckp,time2 cintan mmg camni,lame2 tu okler tu..korg pn xdelh lame sgt brkwn kn?yg penting jgn ade terlalu high expectation kat psgn masing2..(ayat aku mcm bagusjer..kalo blh guna,gunalh ek?)..juz my suicidal thought

-phat(aku xphm ape yg die tulis ni..so aku amik anonimo..haha

tembakaujiwa said...

kalo dah suka...yang buruk jadi cantek...=)..

tak penah ader manusia yang sempurna dan takkan penah ada utk selamanya....

cari lah org yg tau utk menutupi kelemahan kita dan menghargai kelebihan kita..

kan??

NeEM™ of Suicide Park said...

Yob.
Oh, selama ni aku gaduh dgn kamu ya?

Weed.
Ya betul tu.klu dah takdak hati buat apa nak simpan.

Fariz.
Awat terasa lak? anyway, nice words.

Belly.
Rasanya 2-2 kena faham dan adapt.tp perempuan lebih cepat terasa dan merajuk.

Phat.
Rilek ah.tak gaduh pun.self-esteem punya issue.Gi blajar Spanish dgn Pedro lah.

Tembakau.
Carilah orang yg nampak kelemahan kita sbg kespecialan.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

pompuan kalau tak reti nak kecil hati dan masam muka tak syiok lah....

ili syazwani said...

i love this, really.
aku selalu teringin nak tulis macam ni kat blog, tapi boyfen aku bukan open-minded.
boleh cetus perang dunia ke-4, so aku tak berani nak ungkit apa2 pasal perasaan aku sendiri.
aku cuma ada tulis sorok2 kat blog rahsia aku.

good. this is really good.