June 24, 2009

IJN dan Selsema Babi

Ya, sengaja aku gunakan istilah Selsema Babi. Lebih lazat bunyinya jika dibandingkan dengan A(H1N1). What is it with the numbers and letters? Ahini?

Ini adalah usaha dari pengusaha ladang ternakan babi dan para pengimport daging babi untuk membuat kita lupa bahawa virus ini bermutasi dan dibawa dari babi.
Khinzir.
Swine.
Hog.
Pig.
Boar.
Sama aja kan?


Aku rasa salah satu sebab wabak ni susah nak dibendung ialah pesakit-pesakit yang mempunyai simptom tidak diasingkan sebelum mendapatkan rawatan. Maksud aku, kalau kau selsema, kau pergi klinik dan di klinik itu kau duduk di bilik menunggu yang sama juga dengan orang lain. Lagipun, sebagai pengidap, sebelum kau tunjukkan simptom-simptom lagi kau sudah mampu menjangkiti orang lain.


Anyway, sebelum masuk ke bangunan IJN, setiap pelawat dimestikan sanitize tangan dengan sanitizer terlebih dahulu. Aku tak buat pun. Aku pun tak tahu macamana aku boleh lepas.

Kata mereka itu adalah langkah mencegah virus Selsema Babi dari merebak.
Owh well I am skeptical.

Di pintu yang bertulis untuk kakitangan sahaja pun aku main terjah aje. Senyumkan sebuah senyuman lemak manis dengan konfiden pada abang guard dan bila dia buka pintu ucap terima kasih dengan lemah lembut. Sebelum beliau sempat bertanya apa-apa, aku dah berjalan pantas menuju katil Abah.

Dan waktu melawat belum pun bermula. Heh.

Oh ya, bersempena dengan sambutan pencegahan Selsema Babi di seluruh negara, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan untuk semua hospital agar waktu melawat hanya berlaku sekali sehari iaitu dari 4-8pm. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk, dan hanya 2 orang dewasa dibenarkan melawat seorang pesakit serentak.



Yeah, right.
Keluarga aku semua main terjah macam aku.
Memang pesakit lain cuma menerima 2 pelawat, tetapi sekeliling katil Abah ada 15 orang ahli keluarga. Mana tak bising.



Kalau Encik Stateskop ada mesti lagi kecoh. Cis.


Makcik India tu dah bising sebab anak dia tak datang-datang. Abang aku jugak yang tolong jaga dia. Siap dia tanya abang aku, "You India ke Malay?"

He gets that a lot. Haha...
Hidung mancung dengan bulu mata lentik tu memang tak boleh blah.


Ok, just in case you're wondering.... I don't resemble him.
and we're not related to Abang Chombie.

Hik hik
.

5 suicidal thought(s):

fafarafa said...

aku mau ngorat abg ko bole?? hahhahahaha

tembakaujiwa said...

Ya Allah,Kau sembuhkan lah abah Neem..Engkau lah Yang Berkuasa keatas setiap makhlukMu..Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..amin..

=)

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

Neem, aku doa Encik Kildong dan family sentiasa dapat rahmat.

Weed and Bandages said...

bulu mata lelaki yang lentik. kalau tengok depa tidoq, seksi gila ok.

NeEM™ of Suicide Park said...

Fafa.
Silakan.Sy tak cerewet memilih kakak ipar.

Tembakau.
*terharu* oh terima kasih.

Blogger.
Erm, Encik Kildong dan Abah tidak berkaitan.

Weed.
Erm. seksi? erm. erm.