June 11, 2009

Men from Earth, Alien from Venus: Dana Self Esteem untuk NeEM

White lies can save someone’s life.

Itu bukan proverb. I made that up.

Memang kalau berbohong untuk menyelamatkan perhubungan atau nyawa dibenarkan.

Tapi apa yang aku maksudkan di sini agak berbeza.


Ada seorang sahabat aku telah dimasukkan ke hospital kerana kesan sampingan atau overdose pil pelansing, aku tak pasti. Beliau bukanlah gemuk pun.

Difahamkan bahawa teman lelakinya yang curang pernah berkata sesuatu tentang potongan badannya.
Maaf, aku rasa perempuan bila sudah terlalu sayang memang bodoh. Jika dibandingkan dengan lelaki, memang perempuan sayang lebih. Bila dah sayang lebih jadi bodoh. Kau biasa ke dengar lelaki lari dari rumah sebab ikut perempuan Bangla?

Ok, cerita lain.


Perempuan memang menghargai kejujuran. Susah untuk mencari lelaki jujur. Tapi dalam beberapa situasi, adalah lebih baik jika lelaki tidak jujur.
Bukanlah berbohong, tetapi tidak perlu terlalu jujur.

Misalnya, dalam Desperate Housewives musim pertama, Bree tanya Rex,
”You know what, George always has a way of making me feel good about myself. Honey, do your hands still tremble when they touch me?”
Rex jawab “No. But, c’mon, we’ve been married 18 years.”
Bree kata “Yes, we have- and you still don’t know when I need you to lie.”



Bila kamu notice sesuatu kekurangan pada pasangan kamu, mungkin kau tak perlu tegur sekiranya ianya tidak penting. Aku bukan bercakap tentang air kopi yang tak letak gula atau dia suka cakap kuat-kuat dalam majlis. Aku bercakap tentang perut dia sedikit buncit, jeragat, selulit, jari kaki dia besar gabak, suara dia macam kartun atau apa-apa sajalah.

Kamu sendiri banyak kekurangan. Samada isteri kamu tidak perasan kerana dia sayang lebih ataupun dia cuba ignore kerana dia terima kamu seadanya dan dia rasa tak perlu pun tegur.
Mungkin sebenarnya dia geli tengok hidung kamu yang besar bak baldi, atau kening kamu yang lebat bak ulat bulu, atau parut BCG kamu bak bisul. Does she complain? No, because she realizes that you are what you are, lelaki yang diijabkabulkan untuk bersamanya sepanjang hayat.

Kau juga tak perlu terlalu jujur kalau kau rasa ibu dia sangat gemuk, atau abang dia sangat gelap, kakaknya tak cun, kucingnya tak comel, atau anak buahnya annoying.


Bila aku baca kisah perempuan meninggal kerana sedut lemak pun aku sedih.


Bukan tujuan aku untuk meletakkan kesalahan di bahu tegap kamu, lelaki.
Aku cuma ingin mahu menyampaikan sebuah mesej ikhlas dari hati skinny aku.

Ingat, kau tu bukannya flawless. Manusia sempurna pendek umur. Aku kenal ramai manusia elok serba serbi mati muda.

Dan kadangkala ketidakjujuran kamu mampu menyelamatkan nyawa jika digunakan dengan betul.


Kalau geli sangat tengok lemak dia kau make love dalam gelap sudah!

5 suicidal thought(s):

penanya (?) said...

boleh tegur tapi lelaki kena bimbinglah pelan2 isteri jangan terlebih2~ ini kalau jenis lelaki jenis xambil tahu main pom je mmglah jd mcm tu..

farizzet said...

Neem pon bilenye nak kawen? Ke sudah kawen?

NeEM™ of Suicide Park said...

Penanya.
Setuju yg amat.

Fariz.
Apa tanya neem pulak.saya belum bertunang. anda bagaimana?

penyangak said...

or say like i always say, and i quote "MOAR CUSHIN' FOR THA PUSHIN'"

Amy Syairah said...

Yeahhhh, I can still recall the dialog Bree had with that guy. And after what Bree said I was like, "that's soo true". Hahah. How can men know better when to be honest and when to not-really be honest eh? Bila fikirkan, hmmm susah juga tuh. :)