June 27, 2009

Pisang dan Aku

Aku tak tahu apa pisang ini buat dalam Tandas Paling Best Di Dunia


Tadi, aku ke Puchong.


Malam ini aku tersedar, salah satu sebab aku sengal bab mahu ingat route (selain aku memang suck in navigation) ialah bila aku pergi mana-mana aku tidak fokus kepada kaitan antara landmarks. Aku leka membaca segala jenis billboard dan banner dan banting.


Tiba-tiba ada satu iklan yang ditampal pada tiang lampu menarik perhatian. Latar belakangnya hitam, dan terdapat gambar pisang yang amat menarik kekuningannya.

Sila ambil perhatian, aku tiada fetish terhadap pisang. Cumanya aku tertarik dengan warna terang yang berlatarbelakangkan hitam.

Oleh kerana aku rabun jauh, dengan sekilas pandang adalah mustahil untuk aku mengetahui dengan lebih lanjut tentang iklan pisang itu.

Menarik bukan? Orang jual pisang tampal poster seperti itu pada tiang lampu.

Bila hampir, aku baca tulisan di atas imej pisang itu 'iluvbanana.com' or something like that.

Bila lagi hampir, aku baca tulisan di bawahnya pula.

'+SAIZ, KERAS, TAHAN LAMA'

Bongok punya iklan.




3 suicidal thought(s):

sHe pHa said...

salah satu sebab aku sengal bab mahu ingat route (selain aku memang suck in navigation) ialah bila aku pergi mana-mana aku tidak fokus kepada kaitan antara landmarks. Aku leka membaca segala jenis billboard dan banner dan banting.

aku juga ada masalah mengingati jalan.taktau mcm mana nak atasi ni haha

dammit said...

haha memang bongok. Oh aku mengikut pemerhatian aku lah kan, perempuan ada masalah sedikit when it comes to giving direction. Ko rasa ye ke?

NeEM™ of Suicide Park said...

Perempuan susah nak ingat jalan sebab kurang drive berbanding lelaki kut?
aku tak rasa kami kureng bab giving directions, it's just that memang tak ingat jalan. camne nak kasi direction klu mmg tak ingat?