June 16, 2009

Sama tapi lain-lain

Bila aku layan anak menakan aku main WWF, aku terfikir agak mewah juga mereka berbanding aku,

walaupun aku membesar dalam rumah 2 tingkat, mereka membesar dalam rumah pangsa.

Mereka ada TV besar dalam bilik.

Lengkap dengan Playstation 2.

Tapi aku terfikir sekali lagi, aku dulu apa kurangnya.
Aku pun ada televisyen dalam bilik walaupun yang agak antik.

Siap dengan video game.

Ya, permainan video.
Aku tak pakai disc, aku pakai catridge je.
Aku tak guna console, aku guna joystick je.
Daripada zaman guna kabel, sampailah zaman wireless joystick.

Hehe. Sama aja kan. Cuma zaman lain, teknologi lain.

Dahulu akulah juara Super Contra, Legend of Kage, Top Gun, Chip n Dale, Ninja Turtles, Bomber Man, TwinBee, Pouyan, Street Fighter dan apa ntah lagi.

Super Mario aku tak masuk list kerana aku kurang minat. Terlalu klise.
Donkey Kong itu annoying. Tapi kadang-kadang layan juga.


Zaman itu aku tak terasa sangat permainan video itu promote violence kerana grafiknya tidak real macam PS. Waktu aku lawan gusti dengan anak menakan aku, aku rasa ngeri jugalah lihat beliau tiada perasaan mahu belasah aku.

Aku sebagai The Edge sudah berlumuran darah dan John Cena dengan tanpa belas kasihan lagi mahu pukul kepala aku dengan pelbagai objek. Siap ada darah menitik atas gelanggang.
Ntah lah, aku rasa aku layak komen begini kerana aku juga pernah mengikuti program-program WWF(sekarang WWE?) di televisyen sampai berjaga malam. Seperti yang kita semua tahu, mereka itu berlakon sahaja walaupun ganas.

Dan aku rasa gusti dalam PS lebih ganas dan lebih sadis daripada yang kita tonton di kaca televisyen. Plus, dalam PS kita sendiri yang membuat keputusan dan bertindak untuk pukul orang.
Kesannya kita tak nampak dalam masa sehari atau seminggu.
Bila kita sudah terbiasa dengan keganasan, kita sudah tidak sensitif dengan isu itu. Maksud aku, hati kita sudah tidak rasa tersentuh lagi. Kita akan jadi ‘sampai hati’ untuk menonton aksi ganas.
Dan, akumulatifnya, sampai ke tahap ‘sampai hati’ untuk bertindak ganas.

Kerana kita tidak rasa perkara itu kejam lagi.

Aku teringat kes-kes pelajar dibelasah hingga mati oleh remaja lain.
Kalau ditembak hingga mati, itu lainlah. Memanglah ganas juga, tapi kau cuma perlu tarik picu satu kali untuk tamatkan satu nyawa.

Tetapi kalau mahu belasah hingga mati perlu lebih usaha, masa, tenaga, kesungguhan, dan kekejaman.
Kau bayangkan berapa kali kita perlu pukul, sepak terajang seseorang untuk hentikan denyutan jantungnya. Di samping mendengar rintihan orang yang dibelasah, mungkin derap tulangnya yang patah. Dan lukanya yang masih berdarah itu.

Sudah hilang sifat kemanusiaan dan belas kasihan, bukan?

Apa guna kalau kanak-kanak bawah 18 tahun tidak dibenarkan menonton rancangan 18SG tetapi dibenarkan bermain game sadis dengan grafik hebat sebegini?




Apa-apa pun,
Kalau anda bayi 80-an macam NeEM, sila nyatakan video game kegemaran anda
.

16 suicidal thought(s):

sol said...

haah kan. kesian yg kene pok sampai mampuih tu....

contra. no1 beb. hahahaha.

n street fighter.

lepas tu metal slug. wah2 bes a zaman kte kan hhahahaha

farizzet said...

aku bayi 80-an seprti kamu tapi tak main video game langsung. takde tv kat bilik. yg ada kat bilik kipas siling atas katil. tu 1 kenikmatan, aku taktau main game pon. kalau tengok 3d grafik kat tv especially game ps aku loya nak muntah. kalau ajak main game aku hanya tau main tekken saje. juara sejak tekken 1 lagi.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

super mario!

HariHaz said...

tak tahula dia tajuk apa. tapi pasal clown ni dia kena lompat2 masuk gelung api sambil jalan2 atas bola.

n satu lagi, game yg lebih kurang macam mario. tapi dia lagi susah.

pac man layan?

fafarafa said...

aku dulu main Dome. Mario. Popeye. Donkey Kong. 1942. dan banyak lagi yang aku tak ingat. hahahhahaha

haihhh...miss those good old days (^_^)

eryzal zainal said...

game kapal terbang..1942

bintangbicara said...

dr mario !

1412 said...

Contra yang ada 30 nyawa tu. Boleh main sampai muntah.

Main video game. Ahak ahak. Jariku sakit. Ahak ahak

Té la mà Maria - Reus said...

very good blog, congratulations
regard from Reus Catalonia
thank you

mr jem said...

ice climber lgik best. maen kat mesin tikam kdai dpn umah. kalau lpas dia punya boss. kna lompat tggu burung amek kita. last last dpt kacang free. yeay. bukan stakat kpala otak relax. siap dpt makan lagik. hahaha...

Anonymous said...

xmen game.begusti ngan adik sndiri je sampai dia nangis sumpah xnk lawan kakak dia lagi.heh.

finas

penanya (?) said...

CABAL! game ni super action n super funny hahaha tgk rambo dia kangkang2 serius funny..

atreyu strange said...

Contra dan Donkey Kong. LOL.

Tapi ada satu yang aku ske main tu, x ingat name la plak. Game kete kebal. Ape ek..

Suiko-Sama said...

bayi 90-an, mahu tulis juga.

super mario. kadang-kadang sampai hentak-hentak keyboard, asyik mati je. tapi main juga.

bomberman. kalau poop keluar bom itu tidak menarik, tak tahulah.

donkey kong. sebab ada pisang dan syiling. tapi tak suka makan buahnya.

wild wild west. masa tu game dalam disket, tahun 1994~95. ala-ala Mario, tapi koboi.

barbie detective. sungguh. semua penjenayahnya kacak.

mungkin permainan sekarang ganas sebab mereka tak keluar main konda-kondi, baling selipar, galah panjang, kejar-kejar, jatuh tergolek berdarah lutut calar balar macam kita(80-90an) dulu.

sebab kalau game pun dah ganas, takkan ada punya yang berani nak mencederakan diri sendiri. kita dulu main game baik-baik, patu petang-petang main betul-betul balik maghrib nangis jatuh berdarah lutut.

tak habis-habis lutut.

Suiko-Sama said...

bayi 90-an, mahu tulis juga.

super mario. kadang-kadang sampai hentak-hentak keyboard, asyik mati je. tapi main juga.

bomberman. kalau poop keluar bom itu tidak menarik, tak tahulah.

donkey kong. sebab ada pisang dan syiling. tapi tak suka makan buahnya.

wild wild west. masa tu game dalam disket, tahun 1994~95. ala-ala Mario, tapi koboi.

barbie detective. sungguh. semua penjenayahnya kacak.

mungkin permainan sekarang ganas sebab mereka tak keluar main konda-kondi, baling selipar, galah panjang, kejar-kejar, jatuh tergolek berdarah lutut calar balar macam kita(80-90an) dulu.

sebab kalau game pun dah ganas, takkan ada punya yang berani nak mencederakan diri sendiri. kita dulu main game baik-baik, patu petang-petang main betul-betul balik maghrib nangis jatuh berdarah lutut.

tak habis-habis lutut.

NeEM™ of Suicide Park said...

Sol.
Tak tau pulak mental slug tu.

Fariz.
Tekken tu tikam ke apa?

Blogger.
Klise.

Harihaz.
Circus Chablie.

Fafa.
Hey, I heart 1942!

Eryzal.
Ditto.

Bintang.
Klise. lagi.

1412.
Muntah? kena joystick?

Maria.
Hablo no inglis.

Mr Jem.
Suka juga!

Finas.
Jgn gusti dengan kakak ipar.

Penanya.
Cabal dah ada ke zaman 90-an?

Atreyu.
Itu 92 Tank kan?

Suiko.
Lutut saya lebam.tp sebab swimming.haha.