Lupa pulak aku nak tanya, untuk yang main Super Contra, korang main guna peluru apa?
Aku guna Shote. Heheh. Up 30 dengan peluru Shote, memang lah boleh tewaskan makhluk asing dan naik helikopter. Aku lupa dah apa nama hero dia.
Berbalik pada isu buku zaman kanak-kanak, aku memang salute sama itu Tidurlah Intan punya buku.
Oh, bahasa apakah yang aku guna ni seperti tidak membaca buku pun?
Bagi aku koleksi Tidurlah Intan (aku pun tak pasti ada berapa) adalah koleksi must have. Kiranya kalau kat UK macam buku Neil Geiman lah kan.
Rugi kalau tak baca masa kecil sebab waktu tu kita masih percaya pada cerita fantasi. Owh well, macamlah sekarang ni kita tak percaya kut?
NeEM ni sweet kan?
Dulu kamu suka baca siri penyiasatan? Aku tak tahu kenapa aku baca. Mungkin kerana senang nak dapat. Nancy Drew, Enid Blyton, Hardy Boys.
Siri penyiasat kanak-kanak tempatan pun ada, tapi aku rasa tak boleh nak relate. Mungkin kerana gaya hidup Malaysia ni macam kurang sesuai untuk jadi penyiasat yang ada tempat mesyuarat rahsia, guna password, boleh sneak out waktu malam.
Dan aku masih ingat cerita Sarah telefon polis buat aduan dan mintak lencana Penyiasat Remaja. Sungguh lawak dan comel.
Kalau buku kanak-kanak riang comel, aku baca siri Poodle Lane.
Koleksi paling tak comel adalah buku kisah seram. Buku Tamar Jalis macam Siri Bercakap Dengan Jin tu memang dah khatam, padahal bukan faham sangat pun. Lepas tu takut gelap, takut belalang. Padan muka.
Buku yang aku boleh saran untuk baca ialah Roald Dahl kut. Aku pun tak tahu arwahnya Dahl ni
tulis untuk peringkat umur apa. Tapi dah banyak yang dibuat filem/drama aku pun tak pasti.
Dan, aku juga, waktu sekolah rendah, membaca novel remaja yang dikarang seorang penulis beraliran Bangsar. Ya, beliau.
Duhhh...Setakat Novel Creative Remaja dan Melati Publisher itu aku ada dalam lebih kurang 80 naskah kut. Kalau aku nak jual ada yang nak beli ke?
Sekali lagi, duhhh..

10 suicidal thought(s):
Hi.. buku-buku cerita tu memang saya baca masa kecik! Haha termasuklah buku tak guna Siri Bercakap Dengan Jin tu.. pastu nak p bilik air pun mintak orang teman. ekeke. Ada satu siri pengembaraan yang ala-ala interaktif apa ke namanya, udah lupa. Tapi ia bagi kita buat pilihan, kalau nak A ke ms sekian atau B ke ms sekian. Giler.. ulang baca dua tiga kali pun still enjoy.
err.. tumpang lalu yer. Saya first time masuk dah bagi komen. Terover plak.
yeay i like so much tidurlah intan
pasal novel creative dgn tidurlah intan tu...
tak nak beli, nak pinjam!
:)
sy masa kecik2 bace manga jepun sebelum tido.mcm mutiara naga,dr.slump,GTO yg abg beli,kreko dan sbgainya.
finasafa
alamak ak x ingt laah tp bapak aku beli buku2 keluaran disney besar separuh badan aku.. kira boleh bukak buku tu dan baring2 atasnya
tak baca buku. dulu kini selamanya.
tak ingt la pakai pluru ape jadah~
Dulu cover novel buat tiru untuk drawing.
siri tiga penyiasat.
ali, gopal, ah meng (betul ke? tak berapa nak ingat)
tiba-tiba ada nama alfred hitchcock.
zaman tu mana kenal siapa alfred hitchcock. sekarang dah kenal. ceh, rupanya bukan buku tempatan.
*memperkenalkan, - misteri hantu hijau.*
Som.
Itu Kailan Wolf ke apa?
Sarah.
Tidurlah Sarah.
Casper.
Sewa ok?
Finas.
GTO? Gile pervert abang anda.
Penanya.
Buku tu besar atau anda yg kecil?
Sol.
Siriyes?
Weed.
Eh samalah kita!
1412.
Ya, Hitchcock saya masih ingat.
Salam,
Saya juga salah seorang peminat siri Tidurlah Intan sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Selalu meminjam di perpustakaan sekolah. Sudah lebih 5 tahun saya mencari siri ini untuk koleksi peribadi & anak2. Pencarian saya sudah berakhir.
Kalau sesiapa interested untuk dapatkan siri Tidurlah Intan ( edisi terbaru ) keluaran DBP jemputlah ke blog saya . Harga murah . Stok terhad .
http://almarimimie.blogspot.com/2011/09/bacalah-sayang-box-set-jilid-1-12-fka.html
Post a Comment