June 09, 2009

Skrip perbualan Aku dengan Tuhan, hanya Dia yang faham sedangkan Aku masih mencari pengertian rasa sendiri (selain rasa malu itu).

Kalau kau rasa jauh dari Tuhan, aku rasa aku faham.

Kerana aku juga begitu. Yang itu aku pasti.

Dan kalau kau merintih kerana itu, aku rasa aku faham.

Kerana aku juga begitu.



Dan aku janji tak akan pandang rendah pada kau. Kerana rintihan itu tanda kau masih ingat.
Aku juga masih ingat. Walaupun jauh.

Sejauh mana pun aku yakin kau mampu kembali.
Aku yakin aku mampu kembali.



Kerana bila aku (dan kau) derita, aku (dan kau) akan mencari Dia.

Walaupun malu itu hadir, kerana kala derita baru mahu mencari,
tapi sakit yang ditanggung aku (dan kau) akan mengatasi malu itu, bukan?

(Bak kata Aiman ”waktu kat hospital tu aku dah sakit gila babi aku dah tak malu dah!”)


Sejauh mana pun kita tersasar, aku (dan kau) masih ingat.
Kalau tidak, kamu takkan merintih menyebut-nyebut namaNya.
Sejauh mana pun kita tersasar, aku (dan kau) masih ingat
Pertolongan yang pasti itu. Yang Satu itu.


Siapa lagi kalau bukan Dia?

5 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

Yeah.

Setuju

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata uang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

-jalaluddin rumi-

fafarafa said...

rasa macam semua orang penah rasa macam tu.

isk isk....insaf kejap

dammit said...

Ramai antara kita(termasuk aku lah), kadang-kadang rasa jauh. Tapi bila fikir balik, Dia tetap di 'situ' tapi kita je yang menjauhi Dia. Apapun, Dia maha mendengar dan mengetahui :)

NeEM™ of Suicide Park said...

Weed.
Hell yeah. erm. heaven yeah.

Blogger.
Nice! thanx.

Fafa.
Alhamdulillah.

Dammit.
Betui! Tepat!