July 20, 2009

Hablo muy poco ingles. No intiendo.

Kalau kau dengar berita tentang 3 beradik yang mendapat C dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, apa tanggapan kau terhadap keluarga mereka?

Yang aku ingat, waktu sekolah dulu, pelajar-pelajar yang lemah English ni biasanya datang dari keluarga yang tidak berpendidikan tinggi. Biasanya pekerjaan ibubapa mereka yang tidak perlu guna English.
Itu di sekolah aku lah.

Aku sendiri, bukan fasih sangat Bahasa Inggeris, tapi aku minat. Maka aku usaha juga sampai mampu dapat A1 dalam SPM. Ya, usaha gigih aku ialah mengkaji lirik lagu. Hobi.


Ada beberapa orang kawan aku yang berusaha lebih keras untuk mendapatkan sekurang-kurangnya B. Mereka tanya aku, bagaimana boleh improve.
Aku jawab “Exposure”.
You read English book, watch English programmes, listen to English stations.

Kawan aku kata, tak suka tonton cerita Inggeris kerana tak faham. Aku jawab, kan ada subtitle. Mereka kata, tak syoklah tonton sambil baca subtitle.
Yet these are people who stay glued to the screen every Saturday afternoon watching Hindustan. Tak tahu lah mereka memang faham Hindustan atau mereka baca subtitle.

Aku kata, baca English newspaper and mags. Jumpa vocab baru, cari dalam kamus. Mereka kata, macam mana nak feel kalau tak faham. Kalau break untuk bukak kamus lagilah tak feel baca buku.
Oh well. Susah juga. Memang susah kalau family sendiri tak galakkan sejak kecil. At least baca komik pun ok juga.



Sebut pasal family, kita berbalik kepada hal 3 beradik yang dapat C dalam mata pelajaran BI. Ibu mereka boleh berbicara dalam English dengan fasih. Macam Minah Saleh. Bapa mereka pula graduan Fresno State. A Kelantanese who grew up in Kelantan, his English is a lot better than his spoken BM. Suami isteri yang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, and they only read English newspapers. I think Buletin Utama is the only non-English program they watch.

Yet their children can’t do better than B-?
Is this a reason to fret or what?


I guess I’ll speak English and only English in the presence of my children. Walaupun aku mungkin tak menggunakan grammar yang betul kerana English aku sendiri tunggang langgang. I won’t worry about their BM. Their peers and grandparents can teach them BM. Or they can learn from TV9.
Oh yeah I would love to pin it on TV9 for the downfall of English proficiency among our kids nowadays. But hey, salah kita juga kalau anak asyik duduk mengadap TV je.
But still, sometimes aku menyampah juga dengan kartun alih bahasa. Bila Patrick Starfish cakap “Surprise!”, anak-anak kita dengar “Kejutan!”

Ya, bila kita buat kejutan pada seseorang adakah kita cakap ‘Kejutan!’?


Aku rasa logik juga kalau masalah budak-budak ini berpunca dari guru. Guru yang tak minat mengajar. Sekadar ambil TESL untuk jadi seorang pekerja sektor awam. Ya, ini tuduhan melulu.




I mean, kau tak rasa pelik ke, ibubapa tiap-tiap hari ’speaking berhabuk’ di rumah tapi anak-anak dapat result English macam hampeh. Classmate mereka yang sekolah elementary di USA pun dapat B aje.

Aku taklah hairan anak akauntan tak pandai matematik. Akauntan pun guna software, bukan main congak je.
Anak geologist tak pandai Geografi pun biasalah. Bukan selalu ayah nak cerita hal kerja dengan anak-anak.

Mungkin lain orang, lain kemahirannya. Kalau dia tak pandai BI, mungkin dia pandai Bahasa Arab. Atau Mandarin. Atau Spanish.

Atau macam aku, apa-apa bahasa pun aku tak master. Heh.

9 suicidal thought(s):

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

hoh, luppi cakap kau power english!
hehehe

penyelamat dunia said...

hehe langgan sotkaba omputih, donga lagu-lagu omputih, tengok memuvi omputih, parents cakap omputih lelama pawer lah omputih ekau eh. tapi dalam bahasa apo pun, hidup itu indah hidup itu indaaadadadada.

tembakaujiwa said...

aku rasa 1 sebab jer kot..malas...atau memang dorang begitu patriotik utk guna BM...hihihi...

Pumpkin Peroz said...

one excuse after another...
biase la tu..
kalo btol2 nk pandai BI..
'exposure' is the best medicine..
aku ajar bdk a level..
ade tu aku cakap sepatah BI..
jawab balik 10 patah BM..
ADEHHHHHH.....*muke x larat nk berleter*

Melayu Inggeris said...

abis hari2 ckp BM ramai jugak amik paper julai

cikgu takde kena mengena, murid tu je

casperakhimi said...

Bila Patrick Starfish cakap “Surprise!”, anak-anak kita dengar “Kejutan!”


sangatlah sweet bila cik neem pakai ayat 'anak anak kita' hahaha....nice entry...something to think about...hurm

Amy Syairah said...

Yeah I think exposure tuh penting. Gue sama macam lo. Dari kecik dah start baca paper BI, English books and watch English programs. Sebab minat kita usaha, bukan? Tapi yang paling favorite, English songs lah! Hahah. Seppp!!

Ayyman Rahim said...

Agak terasa disitu. My mum ambik account tapi i tak pandai maths. Penat dia dok ajar, tapi still tak dapat kehebatan maths tu!

Ayyman Rahim said...

Mak belajar account, anak tak pandai maths. Ehm ehm