Kebetulanlah aku baru post ini entri tentang dunia penjurusan di universiti.
Pertamanya, aku ucap terima kasih banyak-banyak kepada Kementerian Pelajaran (atau Pendidikan?) kerana prihatin terhadap tekanan yang dihadapi para pelajar sekolah sekarang untuk cemerlang dalam banyak subjek.
Tapi aku rasa 10 subjek itu terlalu sedikit.
Sedikit untuk yang mampu.
Bagi yang tak mampu, 10 dah kira banyak. Tapi ramai juga yang mampu sampai 20.
Tak score A1 semua pun takpelah, janji dapat pujian.
Pujian? Kepujian kut?
Mereka kata, boleh belajar seberapa banyak subjek tapi untuk SPM dihadkan untuk 10 subjek sahaja.
Kau tahu kenapa?
Kerana mereka mahu pelajar yang belajar Biologi untuk jadi doktor, yang ambil Fizik untuk jadi jurutera, dan pelajar bidang sastera untuk jadi akauntan.
Maka tidak perlulah subjek seperti Pendidikan Seni, Rekacipta dan lain-lain yang bukan asas.
Persoalan aku di sini ialah, tidakkah had 10 subjek untuk SPM ini akan menyempitkan peluang pelajar-pelajar untuk ke universiti?
Ya, maksud aku, kalau pelajar itu tidak mahu menjadi doktor/jurutera/akauntan.
Aku rasa isu collectivism yang menyebabkan negara kita seolah-olah taksub terhadap sesuatu bidang pekerjaan.
Zaman banyak penyakit, mahu semua orang jadi doktor dan saintis. Zaman baru kenal IT, semua ambil kursus IT.
Kenapa kita perlu terlalu taksub dengan pemikiran collectivism? Saya tidak berkata bahawa gaya hidup sosial collectivism itu salah, cumanya tidak perlulah sampai menolak terus individualism.
[Sila baca ikut gaya DSAI]
Memang setiap insan ada kewajipan terhadap masyarakat, tetapi masyarakat itu sendiri terdiri daripada individu-individu yang punya hak dan impian. Kita hidup di negara merdeka lagi demokrasi. Setiap orang punya hak.
Dan murid-murid sekolah juga punya hak untuk mengetahui bahawa mereka ada hak individu untuk mencapai impian mereka. Berilah mereka peluang untuk menerokai minat sendiri. Jangan bilang mereka tidak berkhidmat untuk negara andai mengejar impian sendiri.
Dedahkan mereka dengan peluang-peluang yang ada. Jangan sembunyikan dari mereka dunia-dunia yang kamu sendiri tidak pernah ceburi hanya kerana kamu mahu mereka menjadi doktor.
Aku rasa mungkin patut dinaikkan limitnya sehingga, 15 subjek, mungkin?
Someone somehow somewhere memang boleh score lebih 15 subjek tanpa tertekan.
Beri mereka peluang. Yang mampu, teruskan. Yang tak mampu, buat yang termampu.
Yang penting, aku tak mahu para pelajar mindanya tertutup dan semua ikut arus perdana tanpa mengetahui apa peluang yang ada, sedangkan pelajar itu boleh pergi lebih jauh, boleh menjadi seorang yang lain dari yang lain.
Aku mungkin setuju hal limit 10 subjek ini HANYA SEKIRANYA pelajar-pelajar sekolah telah didedahkan tentang peluang-peluang pekerjaan dan jurusan-jurusan yang boleh diambil di universiti sejak zaman persekolahan.
Oleh itu, walaupun mereka cuma ambil 8 subjek waktu SPM tetapi mereka tahu hala tuju selepas tamat persekolahan dan sudah ada perancangan masa hadapan.
Oleh kerana Tuan Penjaga Masa mencemburui saya yang comel lalu membunyikan loceng, saya sudahi hujah saya pada hari ini dengan menekankan bahawa had 10 subjek untuk SPM adalah keterlaluan dan menyekat peluang anak-anak bangsa daripada berfikir di luar kotak dan mara lebih jauh dari biasa.
Malah ianya akan menghadkan jurusan yang boleh dipohon di universiti lantas membataskan diversiti kemahiran anak-anak muda yang bakal menerajui negara.
Fikir-fikirkanlah. Selamat beribadat!
Sekian, Assalamualaikum
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
July 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
wa sokong lu!!
gomen dr dlu buat camni.
cemana pun anak aku isuk..pasti tak leh jadi pemandu F1.sian die xbley merempit.haih
kalau anak ada bakat, hantar anak ke akademi bola sepak antarabangsa. mana tau, bernilai juta juta plak nanti orang nak beli...
OR
aku insyaAllah nak try antar anak ke international skool, atau Adni Ampang ker?
punca sebenarnya ialah bukan 10 subjek tu. puncanya ialah (ni tahun lepas tau) ada pelajar 10 A dapat scholarship tapi ada 16 A tak dapat scholarship. so buat apa belajar macam kononnnya nak jadi einstein tapi masuk uni amik course yg kita suke pastu tak dapat pinjaman sekalipon?
ni fenomena sebenar tau: pastu ada yg dapat 2A dapat masuk UM lagi, ikut merit celah mana? ramai lagi yg dapat 10A menggagau cari uni. yg ada private la kan... dan private uni nih bukan semua diiktiraf sijil/diplomanya.
(saya kenal kedua2 individu diatas)
mana keadilan?
so apa kementrian pendidikan/peelajaran buattu seharusnya betul. apa yg mereka perlu buat ialah tingkatkan kesusahan spm tu macam zaman saya belajar ke, zaman 80an ke... dimana peratusan yg dapat 10A tu hanya 10% dari jumlah pelajar. kalau semua pandai, buat la nak dapat A tu 90 markah A1 tu 95 markah.
farizzet:sbb per-1 tu aku rasa x berkaitan psl sikit atau byk subjek..itu dr segi sistem pemberian scholarship..aku rasa lah..
pada aku x perlu dihadkan..bg lah bdk2 meneroka potensi mereka..cuma kemaskan pd sistem scholarship itu sendiri..aku rasa lah..
sumtyms kids wanna do sumthing different..
but the problem lies in their parents..
mind set elderly payah benor nak ubah..
Hi, i'm outta topic here but since u were an architecture student u sure know where to get fancy stationaries like a small tip silver marker. any suggestions? yg sy jumpa jenis tip yang besar gabak. nak marker yg boleh tulis atas plastik tu. thanks!
Aku rasa masalah scholarship tu sebab guna backdoor ataupun main pilih rambang je.tak kisahla limit sampai 5 subjek pun benda ni still berlaku.
Burung biru,
nak cari kat area mana? Saya pun tak sure, klu kat KL, Win's Art ada kut. tak pun kedai2 yang jual t-shirt art supplies. Kat One Utama ada satu kedai, tapi lupa dah nama dia.
burung biru, saya tau di skudai ada kedai nama rainbow art. dekat ngan utm. kat shah alam ada kedai 'fabel castell' dekat la ngan uitm tu.
tapi lokasi kamu mana?
owh...rumah saya satu taman dgn rainbow art tu! tapi skng ni dekat kl la plak. kat amazon terjumpa sharpie yg metallic tapi berminggu la pulak nak tunggu smpi malaysia.
uitm shah alam tu dekat seksyen mana ye?
pape pun, thanks farrizet!
Post a Comment