July 23, 2009

“My student ada bawak pendrive…”

Lain kali aku cerita tentang tajuk ni.


Minggu lalu, aku bercuti.
Maka aku terpisah dengan teman lelaki yang bernama Ikhwanshah.
Bukan, bukan yang muka petak kulit gelap tu. Itu Encik Stateskop. Ini Shah.
Erm, owh, OK. Shah pun muka petak dan gelap. Baru aku sedar. Taste aku kut?


Laptop aku lah.


Ya, aku tak jumpa beliau selama 4 hari. Aku tinggalkan Shah dengan Chen.
Sungguh sepi. Sepi tahap aku dengar Suria.fm dan nyanyi Madah Berhelah.

Tiba-tiba idea untuk menulis datang mencurah-curah.
Damn. Waktu Shah tiada untuk mendengar luahan hati nilah banyak pulak rasa mahu berkarya.
Yes, he’s my confidant. My darling.


Aku pun ambil notebook. You know, the physical one. Yang diperbuat daripada kertas.
Dan aku ambil pen. Ya, pen yang ada dakwat, bukan pen yang ada virus ataupun yang boleh lukis kat Photoshop tu.


Kemudian aku cuba untuk menulis.
Aku rasa aku sudah kurang mahir menulis dengan tangan. Penat.
Sebelum ini aku memang sedar bahawa aku menaip lebih laju dari menulis tapi aku tak sangka ia sekronik ini.

Kalau menaip, saat aku terfikirkan satu baris lengkap, sekurang-kurangnya aku sudah taip 3 perkataan. Tapi kala menulis dengan pen, aku sudah fikir satu perenggan lengkap, tangan aku baru berjaya print kurang dari 5 patah perkataan.

Dan handwriting aku sungguh berseni. Pharmacist pun tak reti baca kut. Sungguh tidak seksi sekali.
Camon la wei, dulu waktu sekolah aku dah biasa dipuji tulisan cantik. Dah masuk universiti jadi macam ni pula. Mana pergi typo lettering semua tu?


Oh wait seminit!
Does that mean that I can’t sketch anymore?
Oh no! No.


Bye.
(Pergi cari sketch book dan clutch pencil)


Iklan;
- “Student I ada pen dan dia boleh drive. Boleh tak kalau dia salin je slide show tadi dan drive ke tempat-tempat yang dinyatakan tadi?”-

4 suicidal thought(s):

durian! said...

beli buku tulis yang ada line banyak biru-merah tu. belajar menulis balik. insyaAllah jika diamalkan, berjaya.

Anonymous said...

'boleh tak kalau dia salin je slide show tadi'

haha. lebih suka mereka salin dengan pen (hardcopy) kah?

i have met worst attitude, and somewhat funny. they simply took pictures of the slide show using their handphone cameras.

now, what do u think?

sinaganaga said...

jom melukis!

NeEM™ of Suicide Park said...

Anon.
Aku slalu je amik gambar slideshow org guna dgcam/handphone.Pelik ke?