July 31, 2009

Yummy (Tapi tak Jarmee)

Geduk kelepuk kepak kepuk.

Bunyi aku jalan. Ganas kan?
Lantai aires puertes itu sungguh berkilat. Kalah bahu aku.

Kaunter check in Air Asia telah dibuka.
Ya, hanya Air Asia yang mampu dinaiki aku.

Aku melangkah dan beratur bersama-sama penumpang lain. Pelbagai bangsa.
Topeng ada dalam beg tangan tapi tidak berminat untuk memakai.


Di sebelah kanan aku merupakan satu keluarga Arab. Aku pun tak pasti Arab atau tak sebenarnya, tapi Middle East lah kan. Aku bukan tau beza pun.
Orang Parsi pun kita panggil Arab, orang Algeria pun kita kata Arab. Afif yang bukan Kepep yang boleh kecek Klate tu pun kita panggil Arab.

Pasangan Arab tu ada dua orang anak, umur dalam 2 dan 4 tahun. Tak jauh beza pun.
Sama besar je.

Si adik duduk dalam troli.
Tapi ni aires puertes, bukan shopping mall. Macam mana pulak dia boleh duduk dalam troli?

Ntah. Aku pun lupa. Mungkin dia duduk atas bagasi. Yang pasti budak tu kat atas troli dan air liurnya meleleh.
Aku paling ingat tang air liur tu. Aku pandang budak tu, bila dia pandang aku, aku senyumlah.
Aku tahu peranan aku untuk menjulang nama negara. Kita kena tunjuk ramah dengan pelancong.


Aku pergi mana-mana pun budak kecik suka aku. Aku pun tak tahu kenapa.
Bila aku dengan Encik Stateskop waktu tu lagilah ketara kesannya. Kalau di tempat makan, memang budak kecik tu taknak makan kalau ada aku dan Encik Stateskop. Budak tu akan berusaha menarik perhatian kami.
Yang duduk atas kerusi makan bayi akan struggle untuk turun dan datang ke arah kami.



So aku tak hairan pun budak Arab ni pandang aku.
Makin banyak pula air liur dia meleleh.

Tiba-tiba dia cakap "Yummy!"
Dan dia ulang sambil jari telunjuk ke arah aku "Yummy!"


Erm..apa yang berlaku ni?

Aku beralih perlahan-lahan ke kaunter lain.



Dia jerit makin kuat sampaikan semua yang ada di kawasan check in tu pandang.
Pandang dia, dan pandang aku.

"Yummy! Yummy!" sambil mengarahkan jari keciknya ke arah aku.
Ibunya suruh diam tapi tak berkesan. Lagi kuat ada lah.



Whadda....?

Aku tak kisah budak-budak nak buat bising kat airport.
Aku tak kisah kalau dia nak jerit Yummy ke, Jarmee ke, Zamey ke...tak kisah pun.

Tapi kenapa perlu dia tunjuk kat aku waktu dia jerit 'Yummy' tu?

Semua orang pandang aku dan kaum lelaki terutamanya, sengih-sengih.




Gila apa sexual harrassment di tempat awam oleh budak kecik. Fobia aku
.

5 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

muahahahhaa.. banyak sangat yang dilarang kot oleh parents dia..

dammit said...

hahaha ni sexual harrassment kategori apa?. Siap meleleh air liur lagi. Tu baru kat airpot, kalau gi Arab macam mana pulak? haha

farizzet said...

yummy! -->neem

Natasha said...

i think diorang tu Persian. yami is one of persian nye word. hehe. anyway, tak pasal2 u dpt publisiti kat situ. hahaha.

NeEM™ of Suicide Park said...

Weed.
Yes, child psychologist?

Dammit.
Takmau...

Fariz.
Yes, i'm yummilicous.

Nat.
Yeah, I hope Yami means 'kakak' or 'auntie'..hehe