August 14, 2009

Alergi: Orang perasan

Dalam komuniti aku suatu ketika dulu, aku tak boleh cakap pasal alergik. Orang tak suka, menyampah. Orang tak suka dengar cerita pasal alergik atau sakit. Sebab banyak lagi hal penting kut.

Munggin la orang sangka aku mahu tuntut simpati. Whatever.
Macam la aku mintak pun alergik-alergik ni. Macam Deenot tak mintak pun sakit tiroid dia tu. Munggin la orang lain patut bersyukur sebab tak diduga dengan perkara-perkara sebegini. Sepertimana aku bersyukur aku tak rabun tahap kena pakai spek tebal, dan aku tak pekak macam Grissom.



Aku alergik pada habuk dan seafood yang tak fresh.

Syukurlah;
Aku boleh elakkan habuk dengan pakai mask waktu dusting, dan mandi lepas kerja pembersihan.
Aku boleh elak dari makan seafood. Takde siapa paksa aku makan shells. Dan aku boleh makan ubat sinus.



Tapi satu alergik aku belum mampu nak elak.
Aku alergik dengan cuaca panas.

Tapi aku cumalah Makhluk Tuhan Naik Teksi, dan habitat aku tiada aircon.
Ya, amat kasihan.
Maka aku kena juga berjalan tengah panas. Tadi aku keluar sejam je kut.

Ni pipi dan leher aku dah menggerutu dengan ruam panas.
Macam rashes waktu aku buat survey di Melaka pada tahun 2007. Waktu tu Encik K.A. pun boleh tanya aku, NeEM kenapa dengan muka kau? Kenapa dah tak licin?
Itu baru di muka, belum lagi kat leher dan lengan.



Oh serius lah kulit muka aku macam muka anak menakan aku umur 4 bulan kali pertama tinggal di nursery. Sebab rashes tu terus kakak aku cari nanny. Tak sampai seminggu dah baik.



Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Sebab waktu aku kena rashes ni tahun 2007 dulu banyak juga usaha yang gagal. Econazine ke, Dermovite ke, aku tak larat dah. Akhirnya lepas beberapa minggu pulang dari Melaka hilang juga. Syukur.


Lantaklah kau nak panggil aku whiner ke, bayi ke, aku tak boleh nak buat kau faham apa yang aku rasa bila cuaca panas.


Ini pun aku dah kurang percaya pada termometer aku. Takkan lah aku demam dua minggu tak baik-baik lagi. Ataupun suhu badan normal aku dah naik dari 37.5 ke 38.5? Adakah aku semakin hot?
Atau tempoh ovulasi sebenarnya lebih dari 2 minggu?



Haish. Pening aku
.

2 suicidal thought(s):

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

menstrual cycle lama lama sebenarnya tak jimat ovum pun.....

farizzet said...

adik saya ada alergi sama macam kamu. tak bole cuaca panas. keluar kereta nak hantar ke hostel, masuk bilik dah merah muka. tu tak sampai 10 minit. memang takle buat apa. ubat yg mengandungi steroid adalah paling mujarab tapi nanti muke/kulit kamu akan ketagih ubat tu balik.