Kawan-kawan,
next time kita jumpa, boleh tak jangan banyak tanya pasal Encik Stateskop?
Unless kau memang kenal dia dulu baru kenal aku lah, coz that makes you more HIS friend than mine. Ataupun kau budak studio dia logiklah kalau cari dia. Mungkin kau ada hal ataupun nak bayar tiket wayang Transformers hari tu. Eh, Salman, bayar kat NeEM pun takpe nanti dia tolak duit nafkah je senang cerita.
Tapi aku sendiri jarang jumpa dia.
Kami tinggal berjauhan OK? I don’t get to see him much.
Or much of him. Whatevasukmaliza.
Susah mahu jumpa kerana dia sedang sibuk cari duit untuk kahwin. Dia betulkan ayat tu, cari duit untuk nikah dia kata. Aku cakap nak nikah RM80 dah cukup. Ni nak cari puluhan ribu untuk kahwin lah, bukan nikah. Dia cakap, erm, betul gak tu.
Aku pulak sibuk belajar. Sebab aku nak grad cepat walaupun tak cepat mana pun jadinya sekarang dah lanjut usia. Nanti aku ada masa berapa tahun je nak beranak.
Aku bosan kut semua orang sibuk tanya aku pasal dia waktu dia takde (which is usually the case).
Kawan-kawan aku, kawan-kawan dia, abang aku, anak menakan aku etc.
Pensyarah aku pun tanya pasal dia kau tau?
Padahal orang bukan tanya dia pasal aku pun.
Aku bosan atau kecik hati aku pun tak tahu lah.
Lepas tu aku jadi perempuan sombong, tak mahu bergaul dengan kawan-kawan dia sebab aku takut jadi kera sumbang. Memang aku tak pandai nak mula berkawan dan beramah tamah pun.
Padahal kawan-kawan aku rilekkk je dengan dia. Macam dah kenal lama. Macam nak ajak main enjit-enjit semut camtulah mesranya.
Dan kenapa kera tu sumbang? Dia menyanyi kah?
Bukan salah dia. Bukan salah kawan dia.
Bukan salah sesiapa.
Ah, Studiofellas pun sama je. Dulu bukan main buat peraturan tak boleh bawak boyfriend/girlfriend ke reunion. Tapi bila aku pergi sorang-sorang semua sibuk tanya kenapa tak ajak Encik Stateskop?
Jawapannya ialah sebab aku hormat pada peraturan alumnai, aku hormat pada Studiofellas sebab korang amat penting bagi aku. Kalau Encik Stateskop dapat pengecualian, sila nyatakan dengan indah. I love you.
Suatu masa dulu, aku pernah rasa bersalah pada dia sebab aku rasa macam sejak kami bersama dia jarang jumpa kawan-kawan. Sedangkan aku still boleh lepak dengan kawan-kawan dan pergi kenduri kahwin kawan lama aku.
Tapi bila aku teringat how nice kawan-kawan aku treat dia, aku sedar fenomena itu berlaku bukan sebab aku possessive.
Sebaliknya sebab memang dia boleh fit in dengan set sosial aku, walhal dia sendiri tak berani nak ambil risiko bawa aku jumpa set sosialnya, risau aku tak diendahkan.
Aku hargai keprihatinan dan langkah berjaga-jaga itu.
Tapi kadang-kadang terkilan jugalah kan itu aku tak boleh tipu. Macam kau terkilan kalau kawan kau berhijrah atau kahwin tak beritahu. Bukannya kau nak marah atau dendam, tapi you can’t help it.
Ya, aku tak boleh tipu tapi aku boleh pendam. Cuma sekarang aku sudah pandai meluahkan perasaan.
Nasib baik dengan adik-adik dia takde masalah dan aku dah sayang macam adik sendiri. Itupun sebab mereka memang sayang aku. Kalau tak aku pun tak tahu lah.
Satu lagi, kenapa kawan-kawan sibuk tanya adakah aku masih dengan Encik Stateskop lagi?
’Adakah awak masih ada boyfriend?’
’Adakah masih bercinta?’
Meh sini aku pulak nak tanya.
Adakah korang betting aku tahan berapa lama dengan dia?
Atau korang tak rasa dia punya cukup kesabaran nak layan aku?
Adakah korang ingat aku tak serius?
Atau korang nampak kitorang macam tak sesuai?
Soalan macam tu sama taraf dengan soalan “NeEM repeat subjek studio kan?” atau “Camne dengan surat rayuan tu?” sedangkan aku tak gagal apa-apa pun.
I’m still with him, we’re still in love (or at least I am) and we’re planning to get hitched instead of to break up.
OK, kesimpulan dari data yang diperolehi adalah aku bosan dan penat menjawab soalan tentang dia. Hipotesis dipatuhi.
And most probably I hate it coz you’re gonna make me think about him constantly, and therefore, miss him more. Inferens dipatuhi.
Geddit, punk
?
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
August 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 suicidal thought(s):
hahahaha..
tadi masa beg aku ada di belakang buntut kawan (bukan dia duduk atas beg aku pun) aku tunduk ambik.
kawan dia cakap, "eh sorry sorry"
aku cakap.. "eh takpa" ya la..sebab tadak apapun..
laki aku sibuk dok cari minuman, then kawan dia respon lagi "sorryyyy *Mr B.."
aku tercengang, laki aku pun tercengang.
pastu dia sambung, "before kau cakap apa2..aku say sorry lahh..hahahaha"
aku senyum saja. dalam hati - erkss??
then aku fikir, dah lama juga aku tak bersosial dengan strangers.
:D
got it?
Bila dok jauh jauh. memang rindu.
tak tau bila PMS lagi rindu :p
kebanyakannya yg bertanya tu laki kan?
mereka bertanya kerana mereka nak mengorat kamu.
kamu kan hot dan seksi?
celah mane ntah seksi, hanya baca tulisan.
Weed.
Faham. Erm, jom bersosial dgn saya.
Blogger.
Bukan bila PMS lagi rindu.Lagi hangin ada lah.
Fariz.
Seksi kat celah mana? erm, celah ketiak kut.
"Macam kau terkilan kalau kawan kau berhijrah atau kahwin tak beritahu."
tiba tiba terasa.. :(
Selalu gak kena soal dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa. "Ko ngn mamat tu lagi ke?" Berasap telinga dengar soalan 'I Want To Be Millionaire' mereka.
Bila jawab Ya, semua buat muka senyum senget macam tak percaya. Takpe lah. Jodoh kita bukan di tangan mereka.
Hanya sebab mereka dah bertunang dan juga ada yang dah kawen, anggap org yg maseh takde pape ni hanya bersosial. cit!
En Laiho.
Terasa sejuk?
Dyana.
Ha'ah betul tu.
pernah rasa ini. kali terakhir tahun lepas. itu yang bila kad kahwin siap rasa nak hantar satu UIA especially ustazah zaman matric yang satu ketika dulu pernah rampas gambar kitorang (yang saya dengan mengadanya tampal kat board dalam bilik ZC). ustazah tu kata "kalau kamu berdua dah kahwin nanti, ustazah bagi balik..."
hah! mana gambar tu???
oh. beremosi pula.
like you said, "can't help it".
:)
Oh, sungguh lega mendengar respon drpd org yg dah selamat nikah :)
Post a Comment