August 30, 2009

Saya seorang ahli Persatuan Penggemar Karipap Nasional (rujukan: Pipiyapong)

8 Ramadhan.
6.45pm.


Aku memang tak berniat untuk beli kuih. Risau tak habis makan.
Tapi bila kuih yang beraneka melebihi 10 jenis itu kenyit-kenyit mata sama aku, aku akur. Aih, merenyam ye?

Dezaymn, puasa apakah ini tak mengawal pandangan? Lain kali puasa mata tu, jangan lock eyes dengan kuih.


Hmm…nak beli kuih apa ya?
Ada apom, ada kuihyangakutaktahunama(KYATTN), karipap, puding jagung, KYATTN, KYTTAN, dan banyak lah KYTTAN.


Apom ni macam gebu je. OK kut.

Aku pun mintak plastik sebab nak pilih sendiri. Dah ambik seketul apom, nak ambik apa lagi ye?



”Kak, karipap ni inti apa?”

Aku pandang muka akak tu setelah mendapati beliau tidak terus menjawab.
”Erm..karipap ni..erm,


..inti..erm...







…kari.”


Inti kari?

Aku tahan gelak.
Minah yang tanya tadi terkesima.

Nasib baik bukan aku yang tanya.
Kut tak mesti aku dah tanya dengan lebih mendalam.
Minah tu diam je, tapi raut muka blur tak hengat.


Aku pun ambil kuih yang berlapis-lapis macam Jalur Gemilang, masih tahan gelak.
Gelihati lihat air muka si penanya.




Now, kamu tolong aku.
Adakah telah wujud sejenis karipap baru selepas kemunculan karipap inti angin?



I mean, bukankah nama karipap berasal dari perkataan ’curry puff’?
Setahu aku inti karipap yang berasaskan daging atau ayam, mahupun kentang atau keledek semuanya kari juga. Mungkin karipap ikan yang tidak kari.


Baiklah, kalian semua sudah sedia maklum bukan yang aku ni memang makhluk overanalyze?
Sebenarnya boleh je kalau aku tanya lagi akak tu, inti kari apa? Kari ayamkah?
Atau kari kepala ikan?



Maaf. Aku memang tak mengenal kuih muih. Aku cuma kenal karipap, apom, tepung pelita dan err...apa nama kuih Kelantan yang ada gula di tengah itu?


Mungkin karipap kari telah lama menjadi selebriti pasar malam selama ini.


Mungkin aku yang jahil.


Tuan Pipiyapong, sila beri tunjuk ajar
.

7 suicidal thought(s):

dammit said...

kak,

kuih KYATTN satu!

haha. Ade karipap isi ikan ape tah. Datang pahang baru aku tau. Mungkin akak tu bukan asal sel/kl kot?

farizzet said...

saya panggil kuih tunjuk. tunjuk aje nak berapa, pastu holor kepala agong.

1412 said...

kuih Kelantan yang ada gula di tengah itu?

Akok.

NeEM™ of Suicide Park said...

Dammit.
Eh karipap bukan ke sama je seluruh negara.

Fariz.
Tunjuk dgn sopan ye.

1412.
Akok tu yg mcm bahulu tu kan?

bintangbicara said...

taklah, yangada gula kat tengah tu, CEK MEK

farizzet said...

tolongla... akok tu kueh yg macam berger rupanya. akok ada 2 jenis. akok dan akok berlauk. akok berlauk tu ada inti savoury sket. ni org kelantan tolong clarifykan.

yg ada gula kat tengah tu kene tengok bentuk. kalau bujur, cekmek molek. kalau bentuk macam teardrop tu bunga tanjung. kedua2nya warna kuning telur. chemek molk tu biasanya warnanya sedikit macam custard atau org melayu luar (luar kelantan) panggil gula hangus. warnanya ye.

sekian terima kasih

Mael said...

ahahahahaha...

sory tetiba rasa nak gelak

i want curry puff, curry flavor,ok?

akok. hahahahaha... betul la tu farizzet