September 26, 2009

Kepada Si Dumbass yang memandu Mercedes merah saga...

...yang hampir mengakibatkan aku menjadi saksi kemalangan maut.



Kecuaian, I can tolerate.

Tapi apa yang kau lakukan itu kebodohan.
Kalau memang nak mati pergi lah berjuang di Palestin. Sekurang-kurangnya kau mati syahid. Tak perlulah susahkan orang lain di tengah jalan raya ni. Tak perlu kau nak korbankan satu keluarga dalam Proton Waja tu disebabkan kebebalan kau.


Yeah, it's not kebodohan. It's beyond stupidity.
It's kebebalan.




It's Hari Raya, and it's residential area. Depan rumah orang kut.
Kenapa perlu kau ambil risiko nak bunuh orang semata-mata untuk potong que dengan kelajuan 140km/jam. Kitorang tak peduli kau nak mampus tapi jangan menyusahkan orang lain.




Jujurnya waktu kereta kau berputar180 darjah di tengah jalan (sebab kau tekan brek) depan mata aku tu, in a split second aku doakan kau selamat sebab kau pun ada keluarga. Lagipun bukan kau sorang dalam kereta tu. Dan kereta tu mungkin milik orang lain.

Tindakan tak cerdik kau ialah cuba untuk berhenti sebab patutnya kau boleh terus blah je dari situ memandangkan tiada trafik dari opposite direction. Tapi aku harap kau insaf dan berhenti untuk minta maaf pada keluarga yang menaiki Proton Waja tu.

Dan kau patut minta maaf juga pada pakcik yang berhenti di bahu jalan tu kerana kau nyaris langgar dia juga waktu kereta kau terbabas tu. Dia boleh kena strok kau tau tak?
Ya, kau tak patut tekan brek.




Kerana kalaulah yang berada di dalam Proton Waja itu anak saudara aku yang masih kecil, atau ayah aku yang ada penyakit koronari, atau mak aku yang ada hypertension, atau sesiapa yang aku kenal,

sebaik saja kereta kau berhenti berputar, aku akan keluar dari kereta dengan steering lock di tangan.

Aku tak akan buat apa-apa pada kau. Aku tak mahu mak kau menangis sebab aku.
Aku cuma nak buat sesuatu pada windshield kau. Tak berderai pun tak mengapa.
Janji kau kena tukar cermin baru.

Betul, aku mungkin ada perasaan tak puas hati sebab kau tak cedera langsung.



Yeah, dub me the karma police.



Aku dah rasa peritnya kehilangan seseorang di jalan raya. Don't you dare make your family experience the same.




Kecuaian, I can tolerate.

Kebebalan,
kau memang cari nahas
.

2 suicidal thought(s):

Dammit said...

Yeah, it's beyond stupidity. Bukan tak tahu, tapi buat-buat tak tahu.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Saya yakin bahawa di cermin belakang kereta Mercedes tersebut ada pelekat salah satu skim Jualan MLM di negara ini.