October 28, 2009

Biar mati adat, jangan mati katak. (Atau mati tak bayar hutang?)

Basically itu lah pegangan aku. Tapi kita hidup bermesyuarat beb.
Eh,silap.
Kita hidup bermasyarakat beb. Memang lah tak mahu peduli apa orang kata, tapi dalam masa yang sama mahu jaga hubungan juga.

Kalau aku jenis tak hangin atau tak kecik hati dengan apa orang kata, tak mengapalah.
Tipu lah orang insecure macam aku boleh kebal rasa.


Dolu-dolu, aku pernah berbincang mengenai pertunangan dengan Studiogirls.
Mereka pun sependapat dengan aku. Pertunangan ni untuk kenal-mengenal antara bakal pengantin dan keluarga. Asal-usulnya kerana zaman dolu-dolu bakal pengantin tak kenal sesama mereka kerana keluarga yang uruskan, maka dalam tempoh inilah saling berkenalan.

Aku rasa zaman sekarang ni kalau dah bertahun-tahun berkepit nak bertunang apa lagi. Lebih-lebih lagi yang jenis selalu bertandang ke rumah bakal mertua. Dah macam anak menantu sendiri kut.


Aku tambah hairan kalau majlis bertunang pun dah mengalahkan majlis kahwin kakak aku. Baru bertunang kut, persalinan dah lagi mahal dari baju kahwin kakak aku. Kat depan rumah tu jalan terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada kanopi.

Ntah lah.
Terlebih mampu kut?


Kawan aku Alin, anak Dato’ kut. Bertunang pun pakai baju kurung macam nak pergi kelas je. Tak bersolek apa pun.
So aku pun sendiri fikir la, anak Dato’ pun rilekkk je apahal aku nak beria benar.
Aku terbayangkan kawan-kawan aku akan cakap ’Yang penting, kau mesti tutup aurat.’



Mungkin kerana keluarga aku jenis yang tiada adat (adatless atau raceless?) maka aku amatlah kagum melihat adat-adat orang lain.
Ternganga juga lah aku waktu tingkatan satu dulu dalam subjek Sejarah, adat perkahwinan Melayu ada 7 peringkat. Mak aih.

Aku tahu 2 je. Bertunang, berkahwin. Selesai.



Kemudian bila aku meningkat dewasa, barulah aku tahu bahawa adat perkahwinan orang Melayu banyak dipengaruhi ajaran Hindu.
Berapa kali aku dah tulis dalam blog ni pun aku tak tahu, bahawa orang Melayu ni kan agama asalnya Hindu. Memanglah banyak lagi amalan Hindu yang dipraktikkan kerana orang kita tak tahu beza mana satu ajaran Islam, mana satu ajaran Hindu.

Tentang hantaran pun, adat Hindu juga kan?
Apa yang aku tahu, jumlah hantaran mestilah nombor ganjil, dan pihak perempuan memberi lebih dari yang diterima. Bab nombor ganjil tu, aku sokong.
Bab jumlah berapa dulang tu, kalau tak ikut pun tak salah, bukan?


Adat menyarungkan cincin dikenali juga dengan upacara pembatalan wudhu’.
Aku pernah baca wawancara bersama seorang ustaz, katanya adat ini patut digantikan dengan solat sunat pengantin. Aku tertarik juga dengan idea ini. Lagipun sekarang ni kan trend akad nikah di masjid, apa kata setelah selesai akad nikah, pengantin solat sunat dahulu dan kalau nak sarung cincin pun lakukan selepas itu.

Kalau akad nikah di rumah pun apa salahnya buat juga. Elok juga kalau kali pertama pengantin lelaki jejak kaki ke bilik pengantin adalah untuk solat sunat.


Aku sendiri belum pernah menghadiri majlis akad nikah yang disertai solat sunat. Kalau boleh waktu aku kahwin nanti mahu buat lah. Entah bagaimana pula reaksi makcik pakcik, ya? Heh.
Tambahan pula, tengok lah pengantin perempuannya siapa. Kalau memang jenis perempuan suci murni solehah tak mengapa lah. Tapi Solehah tu tunang abang sepupu aku.




Apa yang aku tahu tentang adat perkahwinan dalam Islam, pihak lelaki wajib menghadiahkan sesuatu kepada pihak perempuan. Dan ia tidak semestinya berbentuk barang kemas mahupun cincin. Tapi sesuatu yang berharga. Maka terpulanglah pada pengantin sendiri untuk menetapkannya, apa yang berharga buat mereka.

Dan, siapa pula pandai-pandai letak hukum kena bagi emas?
Kalau bagi platinum tak boleh? Platinum lagi mahal kut.

Aku rasa rasionalnya ialah kalau kau tak mampu nak hadiahkan even sebentuk emas, apa buktinya kau mampu tanggung anak orang. Mak bapak dia dah jaga dia elok-elok, takkan nak kasi hidup melarat lepas kahwin.



Aku bersyukur yang amat kerana Encik Stateskop bukan jenis yang mahu ikut adat, terutama yang ada unsur Hindu seperti bersanding dan tepung tawar. Dia cakap macam renjis kubur.
Dan tak perlulah nak buat sirih junjung tu sebab memang takde orang akan makan sirih tu hanya pembaziran semata-mata. Pulut kuning nasi semangat pun tak payah sebab pulut yang keras terdedah tu confirm tak termakan dek manusia pun.


Kakak aku bagitau Ustaz Harun Din kata pakai inai buat corak di anggota badan tu dikira tattoo maka ianya haram. Ustaz cakap pakai di hujung jari sahaja.
Owh, teringat pula aku pernah ada henna tattoo berbentuk rama-rama. Setakat sticker tattoo tu dah banyak kali aku pakai.
So aku bukan la nak berlagak alim. Tak kuasa mak. Tak layak pun.



Itulah, basically aku suka yang simple aja. Tapi kita hidup bermasyarakat majmuk dan bermakcik-makcik.


Nanti aku kahwin nak buat makan sempoi je, 3 lauk cukup. Takde dessert. Minum air mineral je OK tak? Lepas tu takde kek. Takde makan-makan VIP. Aku nak makan berdua dengan suami je.



Ikut suka kami lah kan, kami yang nak kahwin. Apahal orang lain bising-bising nak suruh kami spend banyak duit dan masa.

Tapi aku taknak lah simple sangat sampai macam aku tak worth it. Well, maksud aku, taknaklah sampai lebih simple dari wedding janda dan duda.
Ini first time kahwin, kang orang saspek aku bukan anak dara pulak kalau simple sangat. Ataupun, macam wedding cousin aku, simple sebab dia kahwin dengan suami orang. Itupun buat kat rumah aku sebab takut madu dia pegi serang rumah dia. Maka, lokasi dirahsiakan.

Ataupun, nanti orang ingat Encik Stateskop tu tak berpendidikan atau miskin sangat sampaikan tak mampu nak prepare majlis yang proper untuk aku.


Kalau aku anak petani atau anak nelayan mungkin aku tak kisah.
Masalahnya orang tau kut aku anak pegawai kerajaan (yang dapat hidangan daging rusa di IJN). Pakcik-makcik aku pun orang kenal sebab ramah sangat.



Dan, aku taknaklah berjimat sampai tahap tetamu tak selesa berada di majlis aku. Aku tak rela nanti in the future kawan-kawan aku yang nak kahwin menjadikan majlis aku sebagai contoh yang perlu dijauhi.
Dan aku taknak keluarga aku mengingati majlis aku sebagai memori buruk.

Ya, majlis kahwin abang aku memang memori buruk kerana aku terlampau penat dan tiada masa untuk enjoy. Hasilnya tiada sekeping pun gambar aku pada hari tersebut. Dan kau ingat pengantin aware perkara ni? Tak langsung. Dia ingat wedding dia habis grand la tu kan.




Kalau ikut kan memang aku malas nak layan kerenah orang lain, tapi aku bukan jenis kebal rasa. Aku cepat terasa juga, dan kalau terluka aku susah mahu heal. Maka aku kena elakkan orang yang bakal melukakan. Baiklah, aku tahu aku melalut.



Apa kata aku tidur dulu sekarang. Kerana sesungguhnya tidur elok untuk kulit dan minda.
Bye
.

9 suicidal thought(s):

mr jem said...

tetiba jek ader entry psl kawen.. hahaha.. hnzzz.. bau sesuatu..

Anoneemus™ said...

Bau? Ya,neem tau neem harum walaupun tak mandi.mekasih.

Darus Interferon said...

Righto...apa pun janganlah sampai membazir, atau sampai jatuh standard pengantin, sbb nanti itu lah yang orang amik point nak mengata.

Sederhana.

Aku suka bab solat sunat tuh...tapi wrong timing kot kalau nikah lepas Asar. Tak der solat sunat after asar kan?

Ps/ Wah....rasa macam Neem dah hidup kembali :p

fafarafa said...

hahahah. tp kan, kdg² tok kadi tu sndr yg soh sarung cincin dpn dia, bila ktorg bgtau nk pengantin solat sunat+sujud syukur sblm upacara batal wuduk tu...dia kata...nnt² bole buat.

farizzet said...

terbaik la neem. setiap orang ada dilema masing2. aku pon pernah tulis entri yg hampir serupa tapi situasiku lain dan terpaksa ikut. yg bestnya diri sendiri tak mampu nak sampai standard tu. heh, bukan masalah kamu kan...

Dammit said...

Entri kahwin? tak kesah ah. aku gelak-gelak baca. Nak kahwin nanti ajak aku. Err maksud aku, ajak datang. Aku tangkap gambar banyak2.

Anoneemus™ said...

Darus.
Saya masih mati.

Fafa.
macam tu pun ada?

Fariz.
Heh?

Dammit.
Bleh.tp satu gambar pun ko tak bleh publish.Ko rajin ke nak travel klu aku kawen?ingat nak buat kat spain.haha

Weed and Bandages said...

kitaorg kawen dulu, aku jalan cepat2 ok. takdak nak lenggang lenggok. siap satu kontek lens terjatuh masa mekap, lantaklah.

fotografi tadak. sepupu sepapat mana yang ada tolong amik. yang pasti semua pic candid pelik2 muka aku dengan laki aku.

kat sebelah laki, agak meriah sikit dan aku disuruh jalan pelan pelan.. haha..

sebelah rumah aku lagi lah simpel, tadak sanding sanding. inai pakai tapi belemoih(comot) nak mampuih sebab bubuh sendiri. hahaha.. pakai sebab teringin nak pakai inai india.

bajet tetamu makan memang kena, semua habis, tak buang macam sepupu aku pulun membazir sampai tanam dalam tanah. dah la membazir, tamak pula.

kenduri aku taklah se grand kenduri Elizebeth Hurley tapi tak lah secikai sampai sekeping pun tadak.

:P

Dammit said...

Whoa sronok baca pengalaman ms.Weed. Nak buat dekat Spain? ok jgk sbb wedding plg jauh aku pgi pun kat Terenggau so far. haha