October 30, 2009

Hell yeah

Bila aku baca entri Lega oleh Sarah, baru aku tahu rupa-rupanya bukan aku seorang yang begitu.


Mungkin, interpretasi aku berbeza dengan Sarah, mahupun orang lain.
Dan kalau kau tak faham dengan entri ni boleh tak jangan tanya aku. Tanya orang lain, tapi bukan di sini. Serius, aku tak ada jantung mahu terangkan benda yang aku tulis secara abstrak.


Situasi aku sekarang, masih menanti.
Menanti satu kepahitan. Satu kesakitan.

Bukan aku ketagihkan sakit itu. Tapi biarlah ia datang mengakhiri penantian.
Meletakkan titik noktah pada kemelut emosi ini.
Walaupun azab, biarlah azab itu datang demi menggantikan azab yang ada sekarang.


Walaupun pedih, ngilu, dan seksa tapi sekurang-kurangnya aku kenal diri aku waktu itu. Sekurang-kurangnya aku jadi diri aku. Bukan seorang yang dirasuk entiti itu.


Penantian itu meresahkan, walaupun bukan aku begitu tertunggu-tunggu.
Walaupun yang bakal datang pun azab, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang dah pasti.

Tak perlu lagi kau tertanya-tanya dan fikiran kau tak lagi disemakkan tatkala kau sedang membeli-belah, menonton wayang, atau berendam di dalam bath tub. Kerana kau pasti ia sudah berlaku.



Haih, rimas dengan diri sendiri.
Menanti sebuah kelegaan yang sebenarnya datang dalam bentuk kesakitan.

Biarlah. Aku rela.
Asalkan aku tak lemas dengan kerenah emosi melankolik diri sendiri.



Dan merisikokan hubungan dengan orang lain dengan perangai bitchy ini
.

2 suicidal thought(s):

SUXX said...

Dah lama tak singgah sini. aku suka tulisan ko terawal dulu, byk buat aku berfikir ttg hidup. lately aku tgk ko byk berbicara ttg emosi diri.
aku faham. konfliks dalaman.


ok. itu saje.

Anoneemus™ said...

Sekarang ni pun aku nak buat kamu fikir pasal hidup. tapi hidup aku, bukan hidup kamu.hihi.