October 07, 2009

Siri Bercakap Dengan Lelaki – Episod 5 kut?

Ni nak habaq mai, perempuan zaman la ni pun masih suka bunga tau.
Kalau dia nampak macam tak suka bunga pun, tu mungkin sebab dia takdak tempat nak simpan.

Jangan la kasi bunga plastik. Memang la tak kekal, tapi macam boring la asyik dapat yang plastik pastu tak boleh nak buang.


Basically, kalau dia tak suka bunga pun, perasaan mendapat bunga tu sendiri pun boleh buat dia senyum.
Cumanya most of the time, macam segan kalau dapat bunga sebab benda tu obvious. Bukan boleh sorok dalam bag macam coklat. Lagi-lagi kalau duk hostel. Nak bawak bunga sejambang dari kelas ke kolej maunya sepanjang jalan kena hon.

(Oh tiba-tiba teringat muka tension Amnah bila dapat bunga ros berbalut butter paper waktu first year. Haha!)




Point aku kat sini ialah, untuk lelaki yang dah berkahwin tu rajin-rajin la belikan bunga untuk isteri. Bukan waktu ulangtahun dan Valentine’s je.

Waktu dia sakit, waktu korang berjauhan sebab outstation, waktu dapat tahu dia pregnant, waktu dia bersalin, waktu lepas bergaduh etc.



Bukan semua perempuan suka bunga ros. Cuba belikan bunga lili, atau daisy atau apa-apalah selain ros. Memang la bagus kalau kau tahu favorite dia, tapi tak syoklah kalau kau tanya dia lepas tu kau kasi bunga tu.
Pandai-pandai la korek sendiri.




Aku ada satu pengalaman, seorang lelaki ni sedang berada di gerai florist, dan dia tanya aku warna kegemaran. Tak surprise lah kan sebab aku tahu dia nak beli bunga.
Tapi ada juga yang nak buat surprise tapi end up membazir. Sebab aku tak tahu dia nak kasi bunga, dan aku macam malas nak jumpa dia. Rupa-rupanya dia dah beli satu jambangan ros, keesokan harinya dia terpaksa buang je sebab dah layu.
Aku bukan kisah tak dapat bunga tu, tapi aku kisah pasal duit dia yang melayang beli bunga tu. Aku kan duitlistik.




Dan seperkara lagi aku nak beritahu lelaki, jangan sesekali menghadiahkan isteri anda home appliances. Kau nak beli, beli lah. Memang kewajipan kamu pun maka kamu tak boleh anggap itu sebagai hadiah.

I mean, apakah hadiah tetapi mengingatkan pada chores?
Contohnya, kalau kau beli ketuhar gelombang. Lepas tu dia masak, kau jugak yang makan. Kalau kau beli penyedut hampagas, dia kemas rumah, kau jugak yang melepek atas sofa.


Lame gila lah aku rasa kalau hadiahkan appliances. Kalau dia mintak sekalipun, belikanlah sesuatu yang lain juga.



Nak belikan kerusi urut tu boleh juga tapi tak special sebab kau pun akan guna juga. Kalau most of the time kau yang guna, tolonglah jangan anggap itu hadiah buat isteri, OK.



Yang penting, korang kena kenal isteri masing-masing. Aku cuma boleh kasi tips secara general tapi aku bukan tahu isteri kamu suka apa.


"Phillips always gave me appliances for our anniversary. On our last one, he
gave me a vacuum cleaner. 2 weeks later he died.

I didn’t cry."

.

5 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

at least ada juga hadiah.

*sigh

.khairi. said...

dah masuk bab hadiah ni, aku nak tanya sikit lah. aku kalau tiba anniversary/birthday mesti 2,3 ari duk pening kepala fikir pasal hadiah. tak de lain dalam kepala aku: bear, perfume, necklace, perhiasan atas meja ke..padahal semua tu dah bagi dah.haha..buntu3! apa lagi eh selain perkara yang disebutkan di atas?

An Ikram said...

kalau dah kahwin, belikan lingerie..haha. takpun bagi beg tangan yang dia dah lama nak, atau cd music kegemaran dia. perempuan suka hadiah, tapi segan nak mintak.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

well, aku bagi bunga cameroon highland rm4 satu jambak.

bini aku senyum 7 hari.

kau betul neem. pompuan sangat appreciate kalau kita kasi barang.

btw, bila baca ni, ptt la bini aku tak suka bila aku semangat nak beli dapur.

wakakaka, itu cerita lain.

xxeemm said...

Hm.. Tak penah dapat bunga. Time konvo dulu pon kena buat bouquet sendiri. Konon hebatla dapat 4 bouquet. Padahal dipaksa mak menggubah pagi sebelum gi konvo....

Ala kan dah rasa single and sad.

I know that .khairi. is asking Neem the question tapi nak nyebok bagi suggestions.

Write a snail mail. Make dinner. Belanja gi spa. Make a mixed video (cam mixed tape laa). When guys get creative, it shows his efforts. And efforts always score big.