October 13, 2009

Siri Bercakap Dengan Lelaki – Kita anggap ajelah ni episod 6

Few weeks ago, ada seorang kawan lelaki aku tanya,
NeEM, perempuan ni kalau cerita masalah sebab nak solution atau saja nak luahkan perasaan?



Aku tergelak besar dengan soalan ini.
Bukan kerana lucu, tapi kerana lega. Ya, aku lega kerana ada juga seorang hamba Allah berhalkum yang ada bola nak tanya aku soalan sebegini.

Dude, if you’re reading this, you’re totally cool.
God bless you, bro.

I mean, kalau kau tak faham perempuan, mengaku je lah.
Tak tahu, tanya. OK?
Tak perlu control macho berlagak Mr Nice Guy. Eh, I mean Mr Know-it-all.



Macam yang aku selalu cakap, aku jenis perempuan yang suka berkawan dengan lelaki. Platonik, yes.
Maka aku dah biasa jadi tempat kawan-kawan lelaki aku luahkan masalah.

Pernah juga aku cadangkan, ceritalah pada kawan lelaki; mereka kata tak biasa bercakap soal hati sesama lelaki. Betul gak tu. Dalam Ocean’s 13 je ada lelaki straight macam tu.

Lagipun kalau kau cerita masalah berkaitan perempuan, nanti kawan kau cakap
“Ko cari awek lain je bro, senang cerita. Aku tengok Si Nora Danish(bukan nama sebenar) tu boleh tahan. Weh, malam ni Liverpool versus Arsenal. Mapley jom?”

One thing, aku faham bila lelaki cerita masalah pada aku ialah tak semestinya mereka mahukan solution. Kalau mereka mahu solution buat apa cari NeEM.
Solution contact lense aku ada. Jenama Solo Care.


Berbalik kepada soalan kawan aku tadi, yes, bila perempuan cerita masalah, beliau hanya mahu meluahkan perasaan.
Kalau kau nak cadangkan penyelesaian, boleh je tapi jangan expect dia akan segera bertindak. Tak payah buang masa kau nak hangin sebab dia mengadu tapi tak bertindak.
Most of the time, bukannya dia tak tahu apo nak dibuek. Cumanya untuk meluahkan perasaan itu menjadi satu kemestian.


You know, macam kisah isteri Khalifah Umar tu.

Aku selalu je kena marah dengan lelaki sebab bila aku cerita masalah dan dia bagi penyelesaian aku tak nak buat. Saja je aku taknak buat. Sebab buat masa tu, aku just nak get things off my chest.
Lepas tu mula la lelaki tu bising suruh aku proaktif la, responsive la, Kevin Lynch la…
Boring…betul. Ok, love you too.

Sebab tu, perempuan dianggap sebagai good listener.
Well, it depends actually. Tak semua pun.


Dan lelaki pula, meluahkan perasaan untuk mendapat nasihat dan penyelesaian. Maka kalau cerita pada lelaki mesti dia suruh kau buat tu, buat ni.
Kadang-kadang aku macam hangin jugak la sebab rasa kalau macam ni baik aku jumpa consultant je. Dan boleh tak jangan judge aku waktu tu.


Satu lagi, kalau perempuan tengah bitching pasal co-worker dia ke, akak kaunter Bank Islam ke, profesor dia ke, kau tak payahlah nak tolong jernihkan keadaan.
Kau setuju je dengan dia. Bukan aku nak suruh kau lagi bakar, tapi kalau kau nak rasionalkan keadaan pada ketika dia tengah mengomel tu, itu memang simbah petrol pada api.
Jangan sesekali kau nak backing atau cakap benda baik tentang orang yang sedang dia hanginkan tu. Kemungkinan besar dia hangin dekat kau pula sebab kau macam membantutkan luahan perasaan dia.

Salah satu episod Everybody Hates Chris ada isu ni. Kau tengok lah bagaimana ayah Chris handle ibu Chris waktu dia membebel tentang co-workernya. Simple je. Tapi kasi nampak ikhlas la.



So, aku harap korang faham apa yang aku tulis ni.
Biasanya, perempuan cuma mahu pendengar dan mahu orang faham situasinya. Kalau dia nak solution dia akan mintak. Dan jangan hairan kalau dia tak bertindak. Lebih-lebih lagi orang melankolik macam aku, mesti nak menikmati perasaan down itu sehabis-habis sebelum melakukan sesuatu.



Dan, para lelaki, Encik-encik sekalian jangan lah halang teman wanita atau isteri anda untuk hangout dengan kawan-kawannya baik lelaki mahu perempuan.


Bukan semua benda boleh dicerita kepada teman lelaki/suami.

Dan sebenarnya,

Bukan semua benda syok untuk dicerita kepada teman lelaki/suami.



Admit it, kau apa peduli gosip tentang artis perempuan tiru gaya artis lain,

atau, ada kau peduli Susan Mayer nak ceraikan Mike Delfino
?

11 suicidal thought(s):

fafarafa said...

hahahhaha. satu lg attitude aku....time aku tgh mengomel tu...jgn nk buat lawak bangsat kalo xnak kena debik dgn aku. ~evil~

sbb tu kwn baik yg tau segala rahsia aku adalah seorang lelaki. xtau aa time aku dh kawen nnt camne. huhhuhuhuhu

penyelamat dunia said...

oh awak tengok citer everybody hates chris eh neems, bagos!

Mat Not said...

patot la bini aku dok cheghita masaalah tapi tak mintak jalan penyelesaian.........

Padan la dengan aku pon.... dok dengag saja dan tak bagi pendapat......(aku pon ada masaalah gak tapi tak boleh cheghita kat dia pasai tau larutan(solution) dia tak akan larut dalam masaalah aku.

terompahkayu said...

hi sis. btol tu. kdg2 lelaki ni konservatif sgt.

Anonymous said...

Susan nk ceraikan Mike?
aku pedulik hape...!

hahahahahahahahahahah

-lelaki yang tgk Desperate Housewives sebab nk tgk pompuan omputeh cantik & seksi je.

sweetlabyrinth said...

most perempuan is a good listener. it's just we choose not to obey. XD

i need to pass this post to my bf. thanx neem!

Ladynoe™ said...

suka lah dengan entri ni.

tapi susan mayer punya watak memang paling tak relevan den kelam kabut sekali lah. kadang-kadang macam menyampah tengok.

Weed and Bandages said...

yes. bukan semua benda syok yang boleh diceritakan.

satgi sakit hati.

fyza said...

haha..baru je tunjuk blog ni kt bf pg td..kite tgh hangin ngn housemate mcm sial..bf plak bley kate 'try to put urself in her shoe' wat the fishh??

cik rye said...

cik neem,

write a book.

pasti best seller :)(:

its all about me ; nadya :) said...

two thumbs up for you bebeh !
im totally agree with you.
entry neh i nak copy paste ltk kt entry i boleh ?

*mintak izin dulu.tkowt org ckp i amek entry post tp tak bgtaw tuan pnye belog.
huu !

anyway,keep it up.(i baru visit belog u,and tros jtoh chenta nak update ur belog terus2 after this.ngee !)

:)