October 08, 2009

Siri Bercakap Dengan Menjawab Encik .Khairi.

'dah masuk bab hadiah ni, aku nak tanya sikit lah. aku kalau tiba anniversary/birthday mesti 2,3 ari duk pening kepala fikir pasal hadiah. tak de lain dalam kepala aku: bear, perfume, necklace, perhiasan atas meja ke..padahal semua tu dah bagi dah.haha..buntu3! apa lagi eh selain perkara yang disebutkan di atas?'

Basically, jawapan aku lebih kurang jawapan Xeem juga.

Jujurnya aku rasa nak kasi hadiah pada perempuan tak susah. Kerana perempuan lebih appreciate benda-benda yang tak ada fungsi selain estetik.

Dapat bantal Hello Kitty pun seronok.

Dapat paper weight pun seronok.

Dapat sculpture pun seronok.

Dapat apa-apa pun, janji yang warna kegemaran pasti seronok.

Kalau lelaki, nak kena kasi benda yang dia akan gunakan atau pakai, baru dia appreciate kan?
(atau reti tunjuk appreciate).



Hadiah untuk perempuan, boleh terdiri dari pakaian dan aksesori.
Aksesori pun boleh dikategorikan kepada aksesori rambut, jewellery etc.

Hadiah tak semestinya seketul benda yang kau buat atau beli.
Baucer spa, kupon beli-belah, itu semua amat dihargai.


Kawan-kawan aku selalu buatkan video. Tak payah keluar duit, tapi amat sweet.
Kau masukkan lagu dan gambar kegemaran dia, pasti beliau tak jemu menonton.


Kau boleh hadiahkan satu getaway seperti percutian atau honeymoon.
Tak pergi jauh pun tak apa, just make it special. Pergi tempat yang beliau nak pergi tapi belum pergi sebab tak ada masa, atau sebab mahal, atau sebab tak ada orang nak temankan (reason paling bagus).

Dinner di restoran mahal?


Ada juga perempuan yang tak mahu pergi mana-mana, cuma mahu berehat. Kalau untuk golongan ini, hadiahkan beliau rehat. Maka pada 2-3 hari itu beliau tak perlu buat apa-apa kerja. Kau masak untuk beliau, kau basuh pinggan, kau basuh baju, basically semua kerja rumah kau buat. Biar beliau goyang kaki je.
Oh ya, jangan lupa urut dia ye. Dan jangan merungut kena buat chores.

Atau, kau hadiahkan pembantu rumah aje lah. Last longer. Hehe.



Kalau kau tak ada idea sangat, kau bawak beliau pergi shopping senang cerita.
Nak surprise juga? Kau temankan beliau shopping dan perhatikan apa barang yang dia asyik pegang-pegang ataupun cakap berkenan tapi tak beli kerana mahal.
Pada hari lain, kau belikanlah benda tu.



Kau juga boleh bantu beliau capai impian. She's your wife you should know her dreams.
Mungkin kau boleh hadiahkan pendaftaran ke kelas bahasa Perancis, misalnya. Atau kelas menunggang kuda. Atau pendaftaran ke kursus ESQ. Atau program Slimfit (hanya jika dia mahu. Kalau tak ini satu penghinaan pula jadinya).

Kalau beliau mahu jadi jutawan internet sila hadiahkan apa-apa yang berkaitan contohnya laptop baru, atau broadband paling laju.



Kau kasi hadiah berbentuk financial pun boleh. Contohnya satu pelaburan. Untuk masa depan. Sijil premium pun OK.





Excuse me, lingerie? Memang la boleh je kasi lingerie. Tapi lelaki kasi lingerie tu macam tak ikhlas je. I mean, it's for your own visual pleasure kan? kan? kan....
?

6 suicidal thought(s):

aishah_conteng_je said...

oh..dah pergi esq jugak rupanya.
tak sangka.

1412 said...

bagi lingerie? aku pernah terbaca tips bagi hadiah pada teman wanita - jangan bagi lingerie.

MagnusCaleb said...

"hadiahkan beliau rehat. Maka pada 2-3 hari itu beliau tak perlu buat apa-apa kerja" aku paling suka yang tu, top-up sket dengan hadiah berbentuk materi yang tak seberapa mahal,

lagi pun bukankah itu tugasan sang adam sebenarnya :)

.khairi. said...

oh,terima kasih banyak kerana terbitkan entri khas untuk soalan aku tersebut.
err,sebelum tu aku sebenarnya belum berkahwin pun.hehe.jadi kalau aku hadiahkan lingerie pun bukan bole tengok dia pakai.haha..(ke boleh?)

yup,aku dapat buka mata sikit.hadiah tak semestinya dalam bentuk benda kan("Hadiah tak semestinya seketul benda yang kau buat atau beli"). biasa kalau orang bagi barang tu untuk senang ingat( sebab boleh nampak), tapi hadiah percutian pun apa kurangnya.bila nak ingat balik, tengok lah gambar2 percutian tersebut kan. mesti manis.

idea bawa pergi shopping tu memang tak memeningkan kepala nak fikir lah. tapi dari segi suprise tu macam kurang sedikit. sebenarnya lagi elok bagi benda yang dia suka daripada buat suprise gila babi atau barang mahal gila tapi sikit pun dia tak suka.dan apabila dia gembira, kita pula dua kali gembira lah.

NeEM™ of Suicide Park said...

Aishah.
Sy x pernah pergi.itu salah satu impian.

1412.
Ye, jgn kasi lingerie klu belum kawen. tolong bayarkan takpe.

Magnus.
Oh anda sungguh sweet.tak pernah dgr lelaki mengaku yang itu mmg tugas mereka.

Khairi.
Mcm yg sy cakap la, surprisekan dia dgn beli barang yg dia puji2, yang dia ckp suka.

Weed and Bandages said...

hat bawah sekali memang best. hahaha. beli tapi nak suruh guna untuk dia. apalah.. hahah