October 26, 2009

Stop and Stare: Estetika

Kalau diperhatikan benar-benar, cantik juga. Cuba kau zoom in.
Kau akan nampak nilai estetika yang tinggi di situ


***
Dan pada senja itu aku sungguh tak keruan.
Kerana tak dapat apa yang diperlukan.
Aku perlu SAGE.
SAGE itu adalah pangkalan data.
Tapi aku tak boleh log masuk.
Besoknya ada pembentangan penting.
Aku mula rasakan dalam aliran darahku yang sistem limbik telah diaktifkan tanpa sedar.
Kemudian, entah dari alam apa, beliau datang.
Maksud aku, muncul.
Oh, tak. Bukan Ahmad. Ini perempuan, cun punya perempuan.
On second thought, what the heck. Let's call her Ahmad anyway.
Ya, kita namakan dia Ahmad saja.
Maka Ahmad berbasa basi denganku.
"Buat assigment pasal apa ni?"
"Estetik." Aku jawab dengan kadar tertekan.
"Erm. Estetik tu apa? Macam pernah dengar."
(Babak berikutnya memaparkan seorang blogger comel pengsan akibat tertekan. Jangan imajin.)
Parasimpatetik.
Tak cukup oksigen.
Pertama, aku jadi tak keruan memandangkan ada orang yang tak tahu apa itu estetik.
Kedua, aku jadi kaget kerana aku sedar bahawa aku tak punya definisi untuk itu.
Ahmad,
jangan takutkan aku macam tu lagi
.

2 suicidal thought(s):

otak ketat said...

tak tahu apa itu estetik sgt ESTETIK.

farizzet said...

gemok juga kan.