November 06, 2009

Hey perempuan

Aku tak pernah anggap sesiapa musuh aku dalam hidup ini. Aku tak pernah ada sworn enemy. Dan aku percaya aku cuma menyusahkan diri sendiri andai aku membenci seseorang.

Malah, aku selalu yakin bahawa aku tak perlu ganggu hidup orang.
Kerana, walaupun aku tak ganggu hidup orang, masih ada yang ganggu hidup aku. Maka kalau aku yang mulakan? Tentu lebih parah.


Ya, percayalah. Kau tak perlu kacau orang pun, orang lain tetap kacau kau.


***

Dear perempuan,

Aku sangat mahu maafkan kau. Malah, aku rasa aku sudah lama maafkan kau.
Anehnya, kau tak kenal aku. Aku tak kenal kau.

Untuk memaafkan, jauh lebih mudah daripada melupakan.

Jika dalam konteks kau memaafkan bermaksud melupakan, maknanya aku gagal memaafkan kau, dalam konteks kau. Maafkan aku kerana gagal memaafkan kau dalam konteks kemaafan yang begitu.


Aku berani mengatakan aku tak pernah ganggu hidup kau.
Aku tak faham kenapa dulu kau ganggu aku.
Bukannya aku perlu faham pun. Hobi kau kut.


Apa yang aku cuba lakukan sekarang, ialah cuba untuk melupakan.
Untuk melupakan, mungkin aku perlu meluahkan sepenuhnya apa yang terbuku di hati. Kerana selama ini, aku sangka aku sudah melupakan tetapi aku hanya memendam.


Dulu, waktu kali pertama kau muncul dalam hidup aku, aku sangka kau ikhlas.
Aku tak cari kau. Kau yang datang pada aku. Aku buka hati aku pada kau, sekadar mahu menjalinkan silaturrahim. Mana aku tahu kau hanya berniat mengintip kehidupan aku.

Benar, mereka kata ’keep your friends close and your enemies closer’.
Aku tak sangka kau mahu dekat dengan aku kerana kau anggap aku musuh. Aku kagum kau sanggup buang masa untuk aku yang tak pernah kenal kau, apatah lagi ganggu hidup kau.



Dear perempuan,

Kalau lah kau tahu bahawa dahulu aku selalu bersangka baik terhadap kau. Orang sekeliling aku selalu berkata perkara tak elok tentang kau, tapi aku tak endahkan kerana aku rasa tak patut judge engkau sebelum aku kenal kau. Kawan-kawan aku semua tak suka kau, tau tak?

Waktu teman lelaki kau buat perangai, aku yang marah dia. Aku yang suruh dia jaga kau elok-elok. Aku kata kau deserve better.
Lelaki tu cakap pada aku ’you don’t know her.’ Itu saja.

Malu kut aku bila ingat dulu aku gatal nak menyebelahi kau. Mujur kawan-kawan aku tak tahu, kut tak pasti aku diejek mereka.



Kau lah manusia yang mengajar aku bahawa aku tak perlu ganggu hidup orang pun orang akan tetap ganggu aku. Terima kasih. Sekurang-kurangnya kau memberi aku pengajaran tentang kehidupan. Agar sentiasa berwaspada.


Kau sedar tak, kita tak pernah berbicara walaupun sudah hampir 10 tahun sejak aku tahu kewujudan kau dalam dunia ni.
Bila kau telefon aku, aku tak pernah jawab. Mesti kau bengang, kan? Kau simpan sajalah kredit kau tu untuk sms teman lelaki kau.

Cukuplah kau harras aku di internet dan sms. Tak perlu aku nak dengar kau berkata-kata menghina aku. Mujurlah waktu itu aku sudah sedikit bijak untuk pedulikkan kau.

Cara kau dapatkan nombor telefon aku pun agak keji, bukan? Kau ingat aku tak tahu kau gunakan orang yang aku kenal sejak kecil untuk mintak nombor telefon aku? Apa yang kau ceritakan tentang aku pada dia? Takkan kau beritahu dia kau mahu nombor aku untuk ganggu aku yang tak bersalah,kan?



Anehnya, selama beberapa tahun itu aku tak pernah mahu buruk-burukkan kau.
Kau ingat syaitan tak beri idea pada aku tentang cara-cara memusnahkan kau? Percuma saja dia kasi. Banyak caranya.
Begitu banyak, sehinggakan aku terperanjat aku mampu memikirkan cara-cara untuk menyusahkan hidup orang sebegitu rupa.

Kau ingat kau sorang ada iblis dalam diri?

Misalnya, boleh saja aku gunakan teman lelaki kau sendiri. Tapi aku tak sampai hati kerana kasihankan dia. Aku tengok dia macam budak baik. Pasti dia sangka kau pun budak baik, bukan? Pasti dia tak tahu kau masih mengurat bekas teman lelaki kau, bukan?

Ah, satu dunia pun sangka kau perempuan baik.
Tapi kau tak hot. Fasha Sandha tu at least dia ada figure.

Kau buat aku rasa alarmed bila orang kata muka aku muka sopan. Sebab aku tak mahu disamakan dengan kau. Maklumlah, aku bukan jenis perempuan lemah lembut sopan santun pijak lipan tak kena sengat. Tapi aku comel dan seksi sikit la kan.
Lagipun aku tak gembira perempuan berlitup macam kau buat perangai.



Dear perempuan,

Aku serik. Aku serik ada kamu dalam hidup aku.

Kerana itu aku tak akan mahu ada hubungan dengan kau lagi. Di alam maya, mahupun di alam realiti. Adakah kau ingat aku akan klik ’accept’? sudah tentu aku klik ’ignore’. Kena klik banyak kali pun tak mengapa.
Profesor cakap, hanya baghal yang masuk lubang sama dua kali.


Aku tak perlukan kau hadir untuk mengingatkan aku betapa kau buat aku menyampah. Betapa kau ganggu mood aku waktu aku berhempas pulas siapkan projek, fikirkan design dan mahu siapkan report.
Aku mahu jauh dari kau supaya aku boleh melupakan.


Tapi apa mahu buat, ditakdirkan kau bakal hidup dengan seseorang dari set sosial aku juga. Kerana itulah aku rasa aku perlu berusaha lebih keras untuk memaafkan kau. Kerana aku risau kita bertembung.
Aku bukan seorang pelakon macam kau. Aku tak pandai bermanis muka kalau hati tak senang. Aku ini telus dan mulus.
Dan aku tak pakai produk pemutih kulit sehinggakan muka aku lebih putih dari leher. Itu engkau.
Oh, maaf. Aku nyaris mendedahkan identiti kau.


Maka, tolonglah jauhkan diri dari aku. Beri aku peluang untuk melupakan.
Izinkan aku memaafkan kau. Izinkan aku untuk berfikiran positif tentang kau, seperti dulu-dulu, seperti sebelum kau mula ganggu aku.

Dan tolong, jangan lakukan perkara itu lagi terhadap orang lain.

Aku doakan hidup kau bahagia. Sejak dulu aku doakan begitu.
Kerana aku harap orang bahagia tak kacau hidup orang.



Aku mahu saja tulis di sini yang aku maafkan kau. Tapi aku perlu sedikit masa lagi.
Aku sentiasa mahu maksudkan apa yang aku kata. Bukan bermanis mulut hati busuk macam kau.

Oh, maaf. Terlepas kata. Harap itu kali terakhir aku kutuk kau.

***

Kan aku dah cakap, aku cukup hangin dengan perempuan tak ada sisterhood spirit. Cukuplah kaum lelaki je nak tindas kita, yang kita cari pasal sesama sendiri buat apa
?

7 suicidal thought(s):

Weed and Bandages said...

yeahh.. go sisterhood spirit!

hehe..

Darus Interferon said...

weed, cepat perah otak create logo sisterhood spirit!

oop said...

siapakah prmpuan itu???

faheypairan said...

oklah aku letak nama.. :)

'harras'?i think u meant harass as in harassment.

ihihihi.jgn marah aaa..

penanya (?) said...

another sisterhood pny story~ girls~ comelnya...

Anoneemus™ said...

Cikgu.
Hell yeah!

Darus.
Nape cikgu yg kene buat?

Oop.
Nape nk tau?

Fahey.
Haha silap eja. tp xnak betulkan bleh?

Penanya.
Ya, sy mmg comel.mekasih.

aYuJeLiTa said...

go sisterhood spirit... ;)