November 30, 2009

Semangat

Jari jemari comel-ku berpeluh.
Lenguh. Penat.


Namun perjuangan harus diteruskan.
Manusia-manusia kerdil di sekeliling memberi peransang dan sokongan padu.


"Kamon, Chik, kamon!"

Aku ketandas. Maksud aku, terkandas.


"Fokus, fokus!"


Aku tersungkur lagi.

"Jangan putus asa."
Jeritan mereka kedengaran jelas di telinga.




Yang paling kecil menjerit
"Kuatkan semangat!" (Ulang sampai penat)



Baiklah, demi kalian, daku berjuang hingga mikrosaat terakhir.

Peluh dingin 15 darjah selsius mula membasahi ruang antara bibir atas dan hidung.
Masih seksi.

.
.
.
.
.



BAM! BOOM!


"Aaaaa....ooooo....."

Serentak dengan itu, console di tanganku bergegar.
Audi Q7 yang dipandu bergelimpangan di tepi litar.




Dah, tak nak main ah dengan korang.

Gi ajak Mak Teh.



Hish anak menakan aku ni saja je nak tengok aku kalah. Bukannya mereka tak tau aku tak reti main
.

5 suicidal thought(s):

Dammit said...

Baik ko ketandas sebelum terkandas dalam game tu. Takde lah obvious sgt ko tak reti main.

Hann Haidar said...

bila console dah kat tangan, rasa andrenaline rush, seolah fugazi, battling for life.

semangat yang meresap tu, mak haihh, lain macam.

oh btw, sila edit.

jiwadarilangit @ ahli jiwa

sudah tamat riwayat

ini nyawa baru
muka surat baru
rumah baru

nak masuk, cuci kaki

Weed and Bandages said...

kedai angsana kat kulim. :)

-main game memang ms weed tak reti. tau main solitare saja.

Darus Interferon said...

aha...kena buli

Anoneemus™ said...

Hann.
OMG U're back! awatla aku baru tahu...MISS U!

Weed.
klu ada solitaire dlm PS?

Darus.
Dah buli balik dah.hari ni dah menang 3x.ahaha.

Dammit.
Ketandas tu anak menakan aku yg tersasul..waktu aku eksiden tu.