November 25, 2009

Suatu ketika dahulu: Mimosa

Maka berdirilah aku di tepi mesin basuh Toshiba berwarna kelabu itu sambil mengomel, separuh melaung.
Suara pitching tinggi ku itu berkumandang di rumah, mengejutkan arnab-arnab di dalam kandang yang sedang beromen. Cis, buat anak lagi ke?


”Lain kali taruk baju kotor dalam bakul laundry, bukan dalam mesin basuh.”
Aku hangen betul la sistem tak kena ni. Sistem tu penting. Walaupun untuk seorang yang mengaku anarkis dan nihilis.

Abah, tiba-tiba saja ada di sebelah aku dengan sehelai baju pagoda di tangan kanan, bertanya ”apahal ni?”

”Tak, ni ha diorang ni main letak baju kotor dalam mesin basuh. Dah tu sampai bila nak habiskan baju dalam bakul ni?”
Aku jawab gaya makcik-makcik yang ditemuramah Karam Singh Walia.



Abah diam. Campak baju pagoda dalam bakul dan berlalu.

Tu mesti baju pagoda yang terkena kuah gulai semalam. Abah aku macam aku la, sikit-sikit tumpah. Tak tumpah air, tumpah kuah. Benarlah madah pujangga, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Atau in this case, ke atas baju sebenarnya.
Baju sendiri atau baju teman lelaki, itu belakang cerita.


Selepas makan tengahari, Mak kata ”tadi Abah cari seluar dia, yang basuh semalam.”


”Oh ya ka? Tu yang dia pi cari kat ataih tadi?”
Aku selamba je lah respon.



Mak jawab.
“Ha’ah. Abah cakap semalam dia campak seluar tu dalam mesin basuh.”



Erk.


Patut pun tadi terkedu je.





Houston, kita ada masalah
.

1 suicidal thought(s):

farizzet said...

kene la pujuk abah balik :p