"Ilham, jom gi swimming."
"Tak boleh. Petang ni kita nak gi majlis baca doa akhir tahun kat opis ayah."
Emm..kenapa- oh, patut pun orang cakap Jumaat cuti.
Tapi aku dah semangat nak bersenam.
Lepas kelas, aku tanya Ferd Black, yang dianggap Mufti kelas aku
"Ferd, awak tau tak bila kena baca doa akhir tahun?"
"Heh? apsal nak kena baca lak? Tunggu la tahun baru."
"Esok kan awal muharram."
Dalam hati aku harap apa aku sebut tu betul.
"Eh ye ke? saya tak perasan lak. Baca before Maghrib. Lepas Maghrib baca doa awal tahun."
Tiba-tiba ada orang tanya "Ni tahun empatbelas berapa eh?"
Aku jungkit bahu. Ferd Black pun sama.
Hampeh kawan-kawan aku pun macam aku.
Sebagai seorang bimbo yang cerdik, aku sms Encik Stateskop.
Korang assume je la 'sms' tu kata kerja. Macam tak biasa pula.
'Syg online tak? i'm going swimmin.Could u emel me doa akhir tahun so i can recite it by maghrib?.'
Aku dapat reply yang positif.
Pukul 7pm, tanpa mandi dan dengan kesan klorin dibadan,
aku baca doa akhir tahun dan minta diampunkan dosa lampau.
Lepas tu aku makan keropok dan goreng pisang.
Lepas azan Maghrib, masih belum mandi, aku baca doa awal tahun dan minta dimurahkan rezeki.
Dan mahu jadi better person.
Lepas tu aku makan mi rojak ayam.
Burp. Alhamdulillah.
Tiba juga kita di tahun baru ni.
Salam maal hijrah pada semua
.
[KISAH BIMBO YANG CERDIK]
December 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 suicidal thought(s):
hehe salam maal hijrah juga kepada kamu,neem dan semua:)x silap 1431 hijriah kut
selamat tahun baru. :)
selamat tahun baru.
semoga hati aku agak tak berbelah bagi nak 'cakap' dengan Tuhan.
sebab setan tu ada, kadang2 aku menyalahkan setan dari diri sendiri.
1431 hijriah. if i'm not mistaken :). salam maal hijrah!
Pipon.
'Kamu,neem dan semua'.haha ku sangkakan ucapan utk 3 org td.
Monolog.
Itu ucapan, bukan monolog.
Weed.
Saya amatlah faham perihal itu.mahu berbincang dgn lebih lanjut?
Ketat.
Slamat!
selamat. pasti sekarang badan berklorin sudah bersabun, kan? :)
Post a Comment