December 24, 2009

Konspirasi Dendam Lipas

Entri Anna yang terbaru membuat aku lega.

Sekurang-kurangnya, ada juga orang yang faham masalah aku dengan lipas.



Aku dah berkali-kali ceritakan tentang pengalaman aku encounter dengan lipas tapi tak ada orang mahu percaya.

Tak ada orang mahu percaya yang lipas tak takut pada aku langsung.

Ya, itu masalah aku. Lipas, yang rata-ratanya cuma bersaiz ibu jari kanan aku, tak gerun pada aku langsung.

Lipas suka sakat aku.
Suka panjat kaki aku.


Di rumah, di kampung, di hostel lama, di hostel baru.
Semua lipas suka panjat kaki aku.

Waktu aku gosok gigi.
Waktu aku jemur baju.
Waktu aku tidur.

Ya, waktu aku tidur pun lipas suka masuk dalam selimut dan merayap dari jari kaki ke betis aku.


Encik Stateskop kata, ‘lipas itu cerdik.Kalau saya lipas pun saya nak buat macam tu.’
Hmm. Tidak membantu.


Kalau ada lipas di lantai, aku hentakkan kaki dengan niat menghalau.
Tapi kesannya terhadap lipas ialah lipas itu akan berlari mendapatkan kaki yang aku hentak itu. Sudahnya aku yang lari keliling rumah. Bongok.


Kalau lipas di dinding, aku kata shooh shoooh keluar.
Maka lipas itu pun dengan riangnya terbang laju ke muka aku. Ke muka aku!
Kesannya aku akan sakit tekak kerana lari sambil menutup muka dan menjerit secara off key tanpa niat. Silap langkah, aku yang langgar dinding kerana lari dengan menutup muka.


Aku rasa terhina.
Rasa low self-esteem.
Rasa macam the lowest form of life in the universe.

Mana taknya, makhluk sekecil itu pun boleh persendakan aku sebegitu.
Tanpa rasa hormat, apatah lagi rasa gerun.


Aku faham, lipas merupakan haiwan serangga yang paling lama pernah hidup di muka bumi ini. Tapi itu tak bermakna mereka berhak ganggu hidup aku.
Aku masih tak tahu apa salah aku pada mereka sehinggakan mereka layan aku begitu. I don’t even kill their youngs.

Ha, kan dah emo dengan lipas.

Dah banyak kali aku cerita, tak ada yang mahu percaya. Mereka kata kalau kita buat bunyi memang lipas akan lari menyorok. They say ‘roach are afraid of human being. Hell yes, they should!

Aku kut yang menyorok dari lipas.


Dan siapa kata lipas cuma keluar jika kita tutup lampu?
Waktu terang benderang, even siang hari pun aku kena sakat. Terutama waktu pagi ketika gosok gigi.

Kawan aku cakap dia ada pengalaman lipas masuk dalam telinga. Itu lagi horror kut.

Lipas hanya akan lari selepas aku berjaya sembur mereka dengan Baygon Cockroach Control. Selagi tak kena, selagi tu depa duk acah aku. Sebab tu aku kena serang hendap.
Aku bukan suka pun guna benda alah spray tu. Tak environmental friendly. Tapi kalau lipas takut kat aku, tak perlu aku guna benda tu kan?


Begitulah kisah aku dengan lipas.

Jikalau aku percaya pada reincarnation, aku yakin bahawa dalam kehidupan lampau, aku adalah makhluk yang menjadikan lipas sebagai makanan ruji. Waktu ini aku tak dapat memikirkan kemungkinan makhluk apakah itu. Ya, aku bimbo yang cerdik.



Haiwan lain, aku mungkin geli, atau takut. Tapi tak benci.
Lipas, aku benci.


They deliberately make me hate them
.

10 suicidal thought(s):

FreDDy O7ermars™ said...

spray baygon bau macam setan

ridsect pon sama jugak

kalau spray pon mmg dia mati

padahal dia olok2 jer

tengok2 bangun jer pagi bangkai dia dah hilang

memang genius kan lipas?

apa2 pon senjata paling berkesan ialah dengan membela kucing or meerkat kat umah :)..

heh..meerkat susah nk cari kat sini

Weed and Bandages said...

yes. lipas memang boleh buat kita depress.


paling depress hat jenis terbang. sanggup tahan berak kalau ada lipas dalam bilik ayaq

Dammit said...

Aku pun benci lipas. Lipas masuk dalam telinga tu paling ngeri

tembakaujiwa said...

Fire in da hole!!!Move move...(dengan sore selantang mungkin)..

Aku agak2 lah...lipas tuh bg arahan kat member2 dier serang ko...

farizzet said...

oleh kerana neem mengepek kat blog, lipas pon ambik kesempatan gini lah menyakat dengan lebih riang sekali. kerana mereka tau kelemahan neem, ingat mereka tak baca blog? mereka pon ada blog mereka sendiri la.
" hari ni berjaya panjat kaki neem!" mereka tulis kat fb status, pasti beribu lipas komen 'i like'

Darus Interferon said...

kucing aku sangat lah bimbo, tengok lipas boleh main "sep sep, bom bom", nyanyi lagu air pasang pagi..

fafarafa said...

lipas adalah 1 makhluk Tuhan yg paling aku benci.

yeaaa....ko tak keseorangan Neem. ahhahahaha

Anoneemus™ said...

Freddy.
Tp kucing takleh terbang atau panjat dinding mcm lipas.

Weed.
'masalah sembelit disebabkan lipas'.haha

Dammit.
Serius ngeri.kena infection pun dah cukup sakit.

Tembakau.
Tapi mereka tidakla menyerang beramai-ramai mahupun sebatalion.

Fariz.
Haha.gud one there.Mereka add awak eh?

Darus.
Saya masih cuba imajin kucing main sep sep.

Fafa.
Tapi, antara lipas dan perogol kanak-kanak, mana lebih teruk?

.khairi. said...

kadang2 kasi baygon pun, amik masa 2 minit jugak nak separate-kan roh dari jasad lipas tu. jadi cara lebih pantas lepuk dengan selipar.haha. keluar perut. memang gore!
nak cuci pun satu hal.

Anoneemus™ said...

That's why I don't prefer to murder 'em. Coz i'd have to deal with the corpse.

You know, no body no case.