December 30, 2009

Menjawab Incik Dammit

Incik AfiqDammit nampaknya begitu yakin bahawa dalam hidup ini aku horni dengan banyak perkara. Memandangkan beliau sudah mendakap ideologi pengertian horni aku, aku menghargainya dengan membuktikan bahawa beliau salah - bahawa aku takdela horni dengan banyak benda pun. Hihi.

Oh, senarai ini tidak tertakluk kepada ranking, tetapi tertakluk kepada perubahan semasa. Sila buat-buat faham.

1. Kamera canggih. Sebab aku minat fotografi tapi tak memiliki kamera yang decent. Tak mampu nak beli. Nak tunggu korang klik Advertlets kat tepi neh sampai bila ntah nak cukup.
Makanya jika terjumpa seketul DSLR aku akan menggunakannya seperti hak milik sendiri walaupun tak reti nak adjust apa-apa. Apa? Bokeh? Apa tu?


2. Kebaya nyonya. OK, actually kalau dah masuk kategori baju memanglah sah jadi kehornian buat seorang NeEM, kan? Sekarang mahu kumpul oversize cardigan juga.
Dan ya, baju cantik yang dijual oleh perempuan cantik memang kelemahan daku. Kau bayangkan, kalau awek cun yang jual, mesti la aku suka lepak kat kedai dia sebab nak usha dia. Dah lepak situ mesti la nak tengok baju. Baju cantik, perempuan cantik, duit terbang. OK?

3. Kolam renang. Terutama yang berbumbung. Rasa nak terjun. Walhal bila aku betul-betul berdiri tepi kolam tu tak berani pula nak terjun. Gayat. Jujurnya, aku nak langkah longkang pun takut. Maka jangan ada hati mahu ajak aku terjun bungee.


4. Kasut platform. OK, booties juga. Aku masih cari platform zaman Spice Girls dulu. Platform yang aku pakai pada tahun 1998. Malangnya platform NOSE yang aku nak beli dah sold out pula. Heck.


5. Tak, huruf K tidak menghornikan aku. Kebetulan sahaja list ini dimulakan dengan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf K. Tapi aku tetap horni dengan aktiviti shopping. Makanya kalau nak shopping pun tiada mood itu bermakna aku mengalami PMDD yang kronik. Bak Mirtazapine sepam dua. Terima kasih.


6. Lukisan yang sangat real. Macam karya Ahmad Zakii Anwar. Guna charcoal pun boleh nampak hidup. Oh, teringat lukisan terung dalam mangkuk filem My Spy. Amir Hafizi punya kerja la tu.


7. Audi! Ya, aku mula horni terhadap Audi sejak usia 6 tahun. Sekarang ini Audi S5 masih bertakhta di hati. Sexy, smart and elegant. Awww…daymn!

8. Watercolor. Oil base. Rindu mahu berkarya semula dengan watercolor. Ah..those soft sabertooth brushes. Dan pallet yang tak pernah dicuci. Eh betul ka ejaan pallet tu?


9. Filem Val Kilmer. Ya, jangan sangka aku tak minat lelaki berusia. As long as it is Val Kilmer, why not?



Happy Birthday, Val. I think he’s 50 today. Dah buncit kut?




Ha, tengok..list aku kurang panjang berbanding Dammit.

Maka, siapa yang lebih horni?

:p

11 suicidal thought(s):

Darus Interferon said...

dammit!

MagnusCaleb said...

tahun lepas aku amat terpersona dengan gadis cantik yang sedang dengan memilih barang di kedai antik (CM), tiba-tiba dia bertanya akan baju kebaya-nyonya antik yang tergantung, tawkey kedai jawab "rm1600", gadis itu kata "ok i take it",

sekarang aku amat terpersona dengan tawkey tu :)

Budak Pemalas said...

val kilmer da gemuk skang. tak ingat tgk kat mane, tapi muka dia sgt lebar.

tp still minat dia ;)

farizzet said...

audi! sejak ironman saya minat audi. r8 tu yg ideal la tapi harga sejuta. adik r8 ialah audi tt. bole tercapai, jika ada bapa mertua kerja jual kerete sekenhen.

Weed and Bandages said...

guna water color cuba campoq garam. tapi color ataih water color paper lah.


kesannya lagi horny.

:)

Anoneemus™ said...

Darus.
Dammit!

Magnus.
Skrg aku amat terpesona dengan duit RM1600.

Dyana.
Dah la muka petak, tembam lak tu.konfirm lebar semacam.

Fariz.
Ironman? Itu masih baru. silalah tonton lakonan Audi dalam Hitman dan 17 Again.

Anoneemus™ said...

Weed.
Letak garam? byk mana?

Dammit said...

Err, maksudnya aku lebih horni? I take it as a compliment. Tak sangka aku terpengaruh dengan ideologi ni. Masa kecik2 dlu, aku suka Val Kilmer berlakon jadi batman. Kalau nanti ade batman baru n dia dapat watak penguin, ko tetap horni?

Matematis Muda said...

kenapa kolam renang berbumbung lebih menghornikan berbanding yang tak berbumbung?

Anoneemus™ said...

Dammit.
Pasti! tapi abang Kilmer terlalu tinggi utk menjadi seorang penguin.

MM.
Supaya klu berenang di siang hari badan tak berbelang, dan kolam itu tetap dibuka jika hujan andai berbumbung.skang ni badan berbelang dh ni.

farizzet said...

sebenarnya dalam cerita irobot pon ada. masa tu dah minat juga tapi takde alasan nak berkereta sendiri sebab belum kenal gaji. tapi audi r8 tu paling mengancamlah! anthing less still less appealing.